Site icon MuslimahHTM News

Palestin Tidak Akan Terbebas Dengan Hanya Membantu Mangsa, Sedangkan Pemangsa Dibiarkan!

Kenyataan Media

Palestin Tidak Akan Terbebas Dengan Hanya Membantu Mangsa, Sedangkan Pemangsa Dibiarkan!

 

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenuhi janjinya semasa perhimpunan di Axiata Bukit Jalil pada 04/08/2024, dengan membawa balik rakyat Palestin yang sakit dan cedera. Seramai 41 pesakit warga Palestin dan 86 waris mereka telah diterbangkan dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor pada 16/08/2024. Anwar mengaitkan kejayaan misi tersebut dengan hubungan erat antara Malaysia dan Mesir, serta beberapa negara Timur Tengah yang lain. “Saya telefon Presiden Mesir minta kerjasama kerana tak mungkin kita dapat bawa mereka ke sini jika tiada kerjasama dengan Mesir. Kejayaan ini kerana kita ada hubungan baik dengan Qatar, Mesir, Arab Saudi, UAE (Emiriah Arab Bersatu), Iran, itu yang membolehkan kita laksanakan operasi ini,” kata beliau.

 

Tatkala Anwar berbangga dengan kejayaannya itu dan dengan hubungan baiknya dengan para pemimpin Arab, khususnya Mesir, adalah penting untuk menghadapi realiti pahit bahawa para pemimpin inilah yang telah memanjangkan penderitaan rakyat Palestin. Anwar sesungguhnya sedar bahawa keengganan Presiden Mesir untuk membuka sempadan dengan Palestin-lah, yang membolehkan rejim Zionis membantai rakyat Palestin tanpa sebarang hukuman. Beliau tahu bahawa penindasan berterusan oleh Yahudi ke atas rakyat Palestin dan pendudukan kaum terlaknat di Tanah Yang Diberkati itu, adalah kerana sikap berpeluk tubuh para pemimpin Arab ini. Daripada meraikan kerjasama dengan para pemimpin Arab ini, Anwar seharusnya mempertanggungjawabkan “sahabat-sahabatnya” ini atas pengkhianatan dan kemunafikan mereka terhadap Palestin – dan Anwar seharusnya bercermin diri akan peranannya dalam isu ini!

 

Umum mengetahui bahawa para penguasa ini tidak banyak bertindak untuk Palestin dan jika ada secebis tindakan yang mereka lakukan, itu pun hanyalah untuk mencantikkan imej mereka di mata umat Islam secara umumnya, dan di mata rakyat mereka secara khususnya. Hakikatnya, semakin mereka cuba untuk mencantikkan imej mereka, semakin banyak kepura-puraan dan kemunafikan mereka terdedah. Ibarat perempuan yang banyak bersolek untuk menyembunyikan kecacatan mereka, para pemimpin ini gagal menyedari bahawa usaha seperti ini hanya menarik lebih banyak perhatian terhadap “kehodohan” mereka.

 

Tanpa menafikan yang rakyat Palestin mesti diselamatkan, namun amat penting untuk kita mengambil jalan yang benar dalam menyelesaikan masalah. Kita hendaklah mendudukkan masalah Palestin pada tempatnya – Palestin merupakan tanah umat Islam yang dijajah dan diduduki oleh Yahudi la’natullah dengan bantuan ketenteraan dan material daripada kuffar Barat. Inilah akar permasalahan Palestin. Justeru, selagi akar permasalahan ini tidak dicabut, maka selagi itulah masalah Palestin tidak akan pernah selesai. Atas dasar ini, masalah Palestin perlu dilihat dari dua aspek iaitu “yang dijajah” dan “yang menjajah”, yang secara langsung terkait dengan aspek “mangsa” dan “pemangsa”. Rakyat Palestin adalah mangsa yang tanah mereka dijajah, manakala Yahudi adalah pemangsa yang menjajah. Ya benar mangsa wajib diselamatkan. Namun dengan hanya menyelamatkan mangsa, tetapi membiarkan pemangsa, maka sudah pasti masalah tidak akan selesai.

 

Sebagai mangsa, rakyat Palestin wajib diselamatkan, dan dalam masa yang sama tanah Palestin yang terjajah wajib dibebaskan. Sungguh, tidak ada cara lain untuk menuntaskan kedua-dua kewajipan ini sekali gus kecuali dengan memerangi dan menghapuskan pemangsa! Para penguasa kaum Muslimin mengetahui akan hal ini, dan mereka mampu melakukannya jika mereka benar-benar ingin membebaskan Palestin. Sayangnya, hati mereka sering dibaluti kebusukan dan kemunafikan. Mereka berbicara mengenai usaha menyelamatkan mangsa, tetapi mereka terus membiarkan pemangsa; mereka berbicara mengenai kekejaman Yahudi ke atas rakyat Palestin, tetapi mereka terus membiarkan Yahudi membunuh rakyat Palestin; mereka berbicara mengenai keamanan dan pembangunan semula Palestin, tetapi mereka terus membiarkan Yahudi merajalela melakukan segala jenis kejahatan dan kerosakan di Palestin; mereka berbicara mengenai kemerdekaan Palestin, tetapi mereka mencadangkan penyelesaian dua negara untuk Palestin dan entiti penjenayah Yahudi. Inilah realiti para penguasa kaum Muslimin!

 

Wahai Perdana Menteri Malaysia! Sesungguhnya anda tahu bahawa, jika pun anda berjaya membawa keluar kesemua rakyat Palestin yang sakit dan cedera, ini sama sekali tidak akan membawa kepada pembebasan Palestin! Anda tahu bahawa rakyat Palestin tidak mahu meninggalkan tanah air mereka – mereka mahu tetap tinggal di Palestin kerana itu adalah tanah nenek moyang mereka dan tanah yang Allah berkati. Apa yang mereka mahukan ialah pembebasan Palestin sepenuhnya daripada pendudukan dan cengkaman Yahudi, dan hal ini tidak mungkin terjadi kecuali dengan cara memerangi dan menghapuskan pemangsa. Inilah satu-satunya cara untuk membantu rakyat Palestin. Namun, para penguasa Muslim, termasuk anda, hanya memilih untuk fokus pada tindakan-tindakan yang tidak membawa perubahan yang nyata. Lebih ironi, terdapat sebahagian penguasa kaum Muslimin yang bukan sahaja tidak membantu mangsa, sebaliknya sangat aktif membantu pemangsa!

 

Wahai kaum Muslimin! Kita benar-benar memerlukan seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa; yang jujur dan amanah; yang ikhlas dan berani; yang akan menggerakkan tentera untuk membebaskan Palestin; yang akan melenyapkan entiti penjenayah Yahudi; yang akan memastikan Masjidil Aqsa dan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati kembali ke pangkuan umat Islam; yang akan mempersatukan umat ini; yang akan menyebarkan rahmat Allah (swt) ke seluruh alam; yang tidak akan berehat selagi tidak ada penjuru dunia ini yang tidak dimasuki oleh cahaya Allah (swt). Dengan izin-Nya, kita akan menyaksikan semua ini apabila Daulah Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah untuk kali yang kedua kembali tegak sedikit masa lagi.

 

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia

 

Sumber: mykhilafah

Exit mobile version