PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 3
REAKSI UMAT ISLAM
10. BAGAIMANA KITA MENJELASKAN PELBAGAI REAKSI UMAT ISLAM TERHADAP PENJAJAHAN PALESTIN?
Kolonialisme bukan sekadar peristiwa sejarah yang datang dan pergi mengikut peredaran zaman. Ia masih bersama kita, sentiasa berubah bentuk, dan masih mempengaruhi pencorakan semula kehidupan peribadi dan politik kita.
- Ada di kalangan kita yang secara rahsia meraikan pendudukan, malah ada yang melakukannya secara terbuka. Mereka adalah orang-orang munafik dan telah menempatkan diri mereka dalam kem penjajah dan perlu diperlakukan sedemikian.
- Terdapat sekumpulan orang Islam pula yang hanya ingin meneruskan kehidupan mereka. Bukannya mereka menerima atau gembira dengan pendudukan itu, hanya saja pendudukan ini telah memberikan impak yang besar, maka kelompok ini memilih jalan ke hadapan yang meminimumkan bahaya selanjutnya.
- Satu lagi kelompok umat Islam adalah yang menentang pendudukan tetapi telah menerima, secara sedar atau tidak sedar, untuk terikat dengan kekangan-kekangannya. Mereka adalah pragmatis yang cuba mendapatkan tawaran terbaik untuk umat Islam. Kategori ini mudah diurus oleh entiti pendudukan kerana ketidakseimbangan kuasa mereka memastikan hasil rundingan akan sentiasa memihak kepada penjajah.
Masalah dengan dua kategori di atas adalah bahawa idea-idea ini sengaja didorong kepada orang Islam untuk membuat kita menerima pendudukan, jika tidak pada dasarnya, sekurang-kurangnya secara praktikal. Hujah-hujah teologi Islam bahkan terkesan kepada kita untuk mengesahkan sentimen tersebut.
- Kategori terakhir ialah mereka yang enggan menghalalkan pendudukan, secara prinsip atau praktikal. Mereka berterusan dalam penentangan mereka dan menolak semua usaha untuk melegitimasi, memanfaatkan kepercayaan Islam mereka sebagai inspirasi dan ketenangan (dalam perjuangan menolak pendudukan), sementara dalam masa yang sama tetap sabar menyediakan cara untuk meraih pembebasan Palestin yang praktikal dan menyeluruh.

