Site icon MuslimahHTM News

MENGAPA BEBERAPA BENTUK PENENTANGAN DIBERIKAN TOLERANSI MANAKALA YANG LAINNYA TIDAK?

PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 3

REAKSI UMAT ISLAM

 

MENGAPA BEBERAPA BENTUK PENENTANGAN DIBERIKAN TOLERANSI MANAKALA YANG LAINNYA TIDAK?

 

Keutamaan penjajah yang paling mendesak hari ini adalah untuk meyakinkan umat Islam agar menerima pendudukan tersebut. Tidak kira perkara ini berdasarkan prinsip atau pragmatisme, keutamaan mereka adalah untuk mendapatkan penerimaan umat Islam dan menormalisasikan kewujudan entiti pendudukan.

 

Entiti pendudukan sudah mendapat sokongan kuasa penjajah. Ia juga mendapat sokongan daripada para pemerintah muslim lainnya. Ia juga malah mendapat sokongan badan antarabangsa dan empayar media global. Semua sokongan politik, ketenteraan dan ekonomi di dunia akhirnya akan berjumlah sifar jika para penduduk enggan menerima pendudukan. Itulah sebabnya entiti pendudukan, walaupun selepas 75 tahun, masih hidup dalam kewujudan yang rapuh.

 

Sebarang usaha yang menjurus ke arah normalisasi akan sentiasa disokong, termasuk bentuk penentangan yang boleh dikawal atau dirundingkan. Pengalaman PLO/Fatah menunjukkan perkara ini dengan jelas.

 

Termasuklah bentuk-bentuk penentangan yang sedikit atau tidak memberikan impak. Usaha sebegini akan diterima, malah diraikan, kerana ia hanya akan mengukuhkan kekalahan ummah. Sebaliknya, usaha penentangan yang tidak dapat dikawal dan menolak rundingan akan diperangi dengan keras.

 

Pada peringkat praktikal, ini termasuk semua bentuk penentangan yang mengangkat senjata dalam menentang pendudukan. Pada peringkat strategik pula, ini termasuk semua usaha penentangan yang bertujuan untuk membentuk semula keadaan geopolitik yang memungkinkan pendudukan.

 

Garis merah bagi Barat dan entiti pendudukan ialah sebarang percubaan untuk melibatkan tentera Islam dalam usaha penentangan. Di bawah pengaturan semasa, tentera Islam terpaksa menjadi penjaga kepada entiti pendudukan yang melindungi sempadannya dan mengekang sebarang ancaman luar. Kumpulan kecil pejuang yang kurang dari segi persenjataannya boleh diuruskan, tetapi pengenalan pasukan tentera tetap sebaliknya akan mengubah skala secara radikal.

Exit mobile version