Site icon MuslimahHTM News

[Pemikiran Politik Islam] Komuniti Antarabangsa: Norma dan Undang-undangnya (Bahagian 3/5)

[Pemikiran Politik Islam] Komuniti Antarabangsa: Norma dan Undang-undangnya (Bahagian 3/5)

Penulis: Syeikh Abdul Qadim Zallum

 

[Sambungan dari Bahagian 2/5]

 

Gagasan konvensyen antarabangsa dimaksudkan untuk mengatur penyelesaian setiap urusan dan permasalahan dengan cara perundingan antara berbagai negara Eropah berdasarkan kepentingan mereka sendiri. Pemikiran tersebut saat ini berkembang menjadi berbagai konferensi negara-negara adidaya untuk merundingkan berbagai urusan antarabangsa sesuai kepentingan negara-negara adidaya tersebut.

 

Kedua gagasan tersebut merupakan sumber penyelesaian bagi dunia antarabangsa dalam usahanya menghapuskan dominasi kaum imperialis dan negara-negara besar. Itulah awal mula munculnya undang-undang antarabangsa. Inilah peraturan yang memberikan dalih kepada kekuatan adidaya untuk ikut campur tangan dan mengendalikan negara-negara lain.

 

Itulah undang-undang yang menjadi rujukan bagi negara-negara dalam melaksanakan aktiviti politik mereka untuk memelihara kepentingannya atau bersaing untuk mendapatkan kedudukan utama di dunia. Peraturan-peraturan antarabangsa tersebut telah mengalami beberapa modifikasi.

 

Modifikasi dilakukan sesuai kepentingan negara-negara adidaya dan untuk mengorganisasikan kepentingan-kepentingan mereka. Dengan kata lain, pembahagian berbagai sumber daya dunia di antara mereka dilakukan dengan suatu cara yang tidak menyebabkan perang dan konflik bersenjata.

 

Pemikiran konvensyen antarabangsa diubah menjadi suatu organisasi antarabangsa yang dirancang untuk mempertahankan keamanan antarabangsa. Namun, modifikasi ini tidak mengubah apa pun kerana negara-negara adidaya tetap saling berebut sumber daya sampai ketika perang dunia kedua.

 

Ketika perang dunia kedua berakhir, negara-negara adidaya membentuk suatu organisasi antarabangsa sebagai cara terbaik untuk mengatur hubungan di antara mereka. Awalnya mereka membentuk organisasi negara-negara yang ikut serta dalam perang. Kemudian mereka memperluasnya menjadi organisasi antarabangsa yang terbuka untuk semua negara di dunia.

 

Mereka mengatur hubungan antarabangsa sesuai dengan konvensyen organisasi ini. Dengan begitu, hubungan antarabangsa berkembang dari suatu konvensyen negara-negara adidaya yang mengendalikan dunia dalam rangka mengagihkan sumber daya dunia di antara mereka dan menghalang munculnya kekuatan adidaya baru.

 

Ini kemudian menjadi suatu organisasi antarabangsa yang mengatur hubungan antara mereka dan menjamin kelangsungan dominasi mereka. Selanjutnya, hubungan antarabangsa berkembang menjadi suatu organisasi yang berperilaku seperti sebuah negara global yang mengatur kepentingan negara-negara di dunia dan mengendalikan mereka.

 

Negara-negara Kristian kapitalis tidak meninggalkan peraturan-peraturan kuno yang berkembang menjadi undang-undang antarabangsa tersebut sebagai kewajipan moral sebagaimana norma antarabangsa. Mereka menerapkan peraturan-peraturan tersebut bukan saja kepada negara-negara yang berkomitmen pada peraturan tersebut, tetapi juga kepada seluruh negara di dunia.

 

Sebelum perang dunia pertama, negara-negara Kristian secara individual mahupun kolektif bersikap seperti polis dunia yang menegakkan undang-undang antarabangsa. Bahkan setelah berdirinya Liga Bangsa-Bangsa dan dilanjutkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sesudahnya, negara-negara kapitalis menganggap diri mereka sebagai polis dunia yang bertanggungjawab menegakkan undang-undang dan peraturan dunia.

 

Hal ini mengakibatkan situasi yang buruk. Salah satu penyebab utama kesengsaraan dunia adalah berdirinya komuniti antarabangsa yang berusaha menegakkan undang-undang antarabangsa. Oleh sebab itu, perlu dibahas masalah cara membebaskan dunia dari undang-undang antarabangsa dan menyelamatkannya dari kesengsaraan.

 

Penyelesaian masalah tersebut adalah sebagai berikut: Apabila terdapat suatu kelompok negara dalam komuniti antarabangsa, maka kelompok tersebut tidak boleh disamakan dengan masyarakat biasa. Pada masyarakat biasa, perlu ada suatu institusi yang bertugas menyelesaikan berbagai perselisihan dan menegakkan keadilan.

 

Dengan kata lain, bagi setiap masyarakat diperlukan keberadaan suatu negara dan suatu pemerintahan. Dalam setiap masyarakat juga diperlukan keberadaan suatu undang-undang yang mesti ditegakkan kepada seluruh anggota masyarakat.

 

Di lain pihak, komuniti antarabangsa terdiri dari berbagai kelompok masyarakat yang saling menjalin hubungan. Setiap kelompok masyarakat mempunyai hak, kedaulatan, dan kebebasan tanpa batas.

 

Pemaksaan suatu undang-undang tertentu kepada kelompok-kelompok dan negara-negara tersebut bermakna merampas kedaulatan mereka. Hal ini merupakan perhambaan dalam bentuk imperialisme, kawalan negara asing, dan pemaksaan. Menghentikan suatu negara dalam melaksanakan keputusannya sendiri samalah juga maksudnya dengan mengikat tangan mereka dan melumpuhkannya.

 

[Bersambung]

 

Sumber: Syeikh Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, Upaya Membumikan Politik Sebagai Mainstream Gerakan.

 

Exit mobile version