PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 4
12. JIKA KITA TIDAK BERSETUJU DENGAN PENENTANGAN YANG DILAKUKAN OLEH SEBAHAGIAN MUSLIM, MAKA APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?
Ikatan persaudaraan Islam merupakan satu ikatan yang suci. Kalaupun kita tidak bersetuju dalam sesuatu perkara, kita akan berbuat demikian dengan penuh rasa hormat dan ikhlas. Ikatan persaudaraan Muslim adalah bertujuan untuk mendekatkan antara satu sama lain dengan apa yang diredhai oleh Allah SWT.
Kita perlu sedar betapa besarnya cabaran yang berada di hadapan kita dan betapa sukarnya untuk mengekalkan penentangan yang bermakna. Kadangkala jalan kemenangan tidak selalunya jelas dan mudah. Kerana itu, kita perlu ada rasa belas kasihan, saling memahami dan saling mendukung ketika memberi nasihat atau pandangan.
Tetapi bagi mereka yang menempatkan diri mereka dengan teguh di posisi musuh, maka tiada belas kasihan yang sewajarnya. Kejahilan tidak boleh dijadikan alasan begitu juga dengan pengkhianatan. Orang seperti ini perlu dijauhi dan ditolak serta perlu dipastikan bahawa mereka hanya mewakili diri mereka sendiri dan bukannya umat Islam.

