Site icon MuslimahHTM News

MENGAPAKAH TERDAPAT USAHA BERSEPADU DI BARAT UNTUK MENJENAYAHKAN ATAU TIDAK MENGABSAHKAN SERUAN UNTUK MELAKUKAN PENENTANGAN?

PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 4

 

15. MENGAPAKAH TERDAPAT USAHA BERSEPADU DI BARAT UNTUK MENJENAYAHKAN ATAU TIDAK MENGABSAHKAN SERUAN UNTUK MELAKUKAN PENENTANGAN?

 

Dalam jangka masa pendek, keutamaan Barat adalah untuk menghapuskan apa jua jenis penentangan yang dilakukan sama ada melalui pertempuran sebenar, melalui politik, ideologi mahupun ekonomi. Tujuannya adalah untuk mengehadkan keupayaan umat Islam untuk menentang kebiadaban entiti pendudukan.

 

Penentangan yang dimasukkan adalah seperti demonstrasi dan propaganda, walaupun perkara itu tidak dinginkan oleh Barat, tapi lebih mudah untuk dibendung.

 

Dalam jangka masa panjang, Barat melakukan segenap usaha untuk memastikan umat Islam tidak mencabar rangkaian politik global yang membenarkan penjajahan itu terus berlaku. Secara ringkasnya, ia membawa maksud bahawa umat Islam tidak boleh ada kekuatan yang membolehkan mereka memutuskan tali yang digunakan oleh Barat untuk mengikat umat Islam.

 

Kunci kepada potensi ini adalah tentera-tentera umat Islam yang mempunyai kekuatan untuk merampas kuasa daripada sistem pemerintahan korup sekarang dan memberikannya kepada kepimpinan politik yang benar-benar mewakili rakyat. Kerana itulah segala kaitan atau hubungan dengan ketenteraan atas tujuan ini dianggap ‘garis merah’ oleh Barat, bahkan menyatakan keinginannya untuk dijadikan sebagai satu jenayah di Barat.

 

Jadi, selagi mana kita tidak melampaui ‘garis merah’ yang ditetapkan, Barat tidak semestinya akan menghalang anda daripada menyatakan penentangan terhadap entiti pendudukan. Anda juga mungkin akan mendapati suara anda diraikan, terutamanya jika ia berpusatkan Barat, kerana semua usaha ini akhirnya akan mengukuhkan penjajahan.

Exit mobile version