PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 5
Menuju Dunia Pasca ‘Israel’?
16. ADAKAH HUBUNGAN ANTARA ENTITI PENDUDUKAN DENGAN BARAT SUDAH KONKRIT?
Menyerahkan Palestin kepada Zionis sentiasa bertujuan untuk melayani kepentingan negara-negara Barat. Jika kepentingan-kepentingan ini tidak dapat dicapai lagi, atau harga yang perlu dibayar untuk mencapainya melebihi faedah yang diperoleh, maka ini adalah satu prinsip duluan politik (precedent) yang telah sebati dipraktikkan oleh Barat bahawa ia akan, tanpa teragak-agak, membelakangkan sekutu-sekutunya. Hal ini kerana dalam politik Barat, tidak ada istilah kawan ataupun musuh yang kekal.

