[Pemikiran Politik Islam] Kesedaran Politik (Bahagian 2/2)
Penulis: Syeikh Abdul Qadim Zallum
Rasulullah SAW mengetahui bahawa suku bangsa Khaibar bernegosiasi dengan Quraisy untuk membentuk aliansi dalam rangka menyerang Madinah dan menghabisi beliau. Pada akhirnya ini akan menghancurkan Islam. Kemudian beliau menentukan langkah-langkah perjuangannya. Beliau memutuskan untuk mengajukan tawaran gencatan senjata atau perdamaian kepada bangsa Quraisy. Ini dilakukan dengan maksud agar dapat menghancurkan bangsa Khaibar.
Dari sudut pandang dakwah, ini bererti bahawa beliau mengambil jalan perdamaian sebagai cara menjaga kelangsungan dakwah. Pada saat menunaikan umrah, beliau menerima penolakan bangsa Quraisy. Ini menunjukkan toleransi beliau terhadap sikap keras kepala bangsa Quraisy, meskipun hal itu tidak disepakati oleh para sahabat. Beliau juga melakukan tindakan-tindakan lainnya yang sesuai dengan kebijakan beliau untuk mengambil cara damai.
Pandangan beliau mengenai aktiviti politik terhadap musuh-musuh Islam didasarkan kepada sudut pandang yang khas, iaitu menyebarluaskan dakwah. Dengan demikian, semua kebijakan yang diambil disesuaikan dengan keperluan sudut pandang tersebut.
Demikianlah dua contoh tindakan Rasulullah ﷺ. Salah satunya bersifat umum, iaitu beliau memusatkan perhatiannya kepada suatu negara utama yang memiliki kekuatan paling besar di antara musuh-musuhnya. Kedua bersifat spesifik, manakala beliau memusatkan perhatiannya kepada satu tujuan tertentu, serta mengambil langkah-langkah politik dan militer berdasarkan sudut pandang tertentu.
Kedu-dua contoh tersebut menunjukkan bahawa sudut pandang yang khas dalam mengamati aktiviti politik mendominasi penentuan berbagai tindakan dan aktiviti politik. Kedua-dua contoh tersebut juga menunjukkan bahawa tanpa sudut pandang yang khas, berbagai aktiviti dan tindakan politik yang diambil tidak akan bermakna.
Selepas Persidangan Berlin, kuasa besar mula melucutkan wilayah Khilafah Uthmaniyyah. Langkah penghancuran Khilafah tidak menjadi sudut pandang mereka, walaupun sesungguhnya mereka telah membahas pilihan ini sebelumnya.
Mereka sepakat menghancurkan Khilafah, tetapi tidak menjadikannya sebagai sudut pandang mereka dalam aktiviti antarabangsanya. Sebagai hasilnya, mereka menentukan seluruh aktiviti politiknya sesuai dengan sudut pandang ini. Mereka memasuki kancah konflik politik dengan Khilafah hingga memakan waktu lebih dari satu abad.
Konflik politik ini memang berakhir dengan kehancuran Khilafah, tetapi hal ini bukan sudut pandang negara-negara tersebut dalam aktiviti politik mereka. Setelah perang dunia kedua, Amerika Syarikat menyatakan bahawa dunia merupakan suatu korporasi atau organisasi. Amerika memiliki bahagian terbesar dalam korporasi tersebut sehingga dunia berada dalam genggamannya.
Mereka menggunakan pernyataan ini sebagai sudut pandangnya dalam mengamati aktiviti antarabangsa. Mereka menentukan kebijakan-kebijakannya dan mengamati peristiwa-peristiwa politik dunia atas dasar sudut pandang tersebut. Berdasarkan pandangan ini, mereka juga membentuk pakatan dengan Kesatuan Soviet dan menentang Britain dan Perancis.
Ini menunjukkan bahawa pemerhatian berdasarkan sudut pandang tertentu memengaruhi aktiviti politik di dunia. Sudut pandang tersebut dapat bersifat umum, seperti sudut pandang dakwah sebagai landasan bagi urusan luar negeri negara Islam. Sudut pandang dapat pula bersifat spesifik, seperti mengehadkan rasa permusuhan dengan negara lain yang lebih lemah. Hal ini dapat meningkatkan kedudukan suatu negara di mata antarabangsa.
Sudut pandang dapat lebih spesifik lagi, seperti memulakan suatu konflik politik dengan maksud untuk menunjukkan kepada dunia kemampuan politik mereka. Menerapkan suatu sudut pandang dalam bentuk berbagai aktiviti politik merupakan hal yang mudah kerana hanya memerlukan keterlibatan sebenar dalam kehidupan politik. Bahkan untuk sekadar memahaminya, cukup diperlukan analisis yang mendalam mengenai berbagai peristiwa politik.
Demikianlah, jelas bahawa pemerhatian terhadap berbagai aktiviti politik dan pemahaman terhadap konsep-konsep politik perlu membangkitkan kesedaran politik.
Demikian pula telah jelas bahawa kesedaran politik bukan hanya penting bagi perjuangan politik, tetapi perlu berpengaruh bagi setiap peristiwa politik. Sesungguhnya kesedaran politik negara-negara adidaya telah menjadi sesuatu yang nyata. Demikian pula pemerhatian terhadap berbagai peristiwa politik antarabangsa merupakan makanan sehari-hari para ahli politik. Oleh sebab itu, wajib bagi kaum muslim untuk menjadikan kesedaran politik sebagai konsep politik yang paling penting yang perlu mereka miliki.
Kesedaran politik hendaklah menjadi landasan dalam aktiviti politik ahli politik muslim. Mereka perlu berusaha menjadikan kesedaran politik sebagai sebahagian daripada ummah dan menjadi sesuatu yang jelas dalam masyarakat. Mereka perlu menjadikannya sebagai aktiviti sehari-hari para ahli politik muslim.
Tugas terbesar dan tanggungjawab utama kaum muslim adalah menyampaikan dakwah Islam ke seluruh dunia dan menyebarluaskan pedoman hidup kepada seluruh umat manusia. Tugas ini tidak dapat dilakukan tanpa menjadi ahli politik yang mengamati dunia dari sudut pandang dakwah dan tanpa memiliki kesedaran politik yang lengkap.
Kesedaran politik bukanlah sesuatu yang sukar diperoleh. Umat perlu faham bahawa untuk mendapatkan kesedaran politik adalah sesuatu yang mudah, bahkan untuk orang-orang yang buta huruf dan dan tidak berpendidikan, sebagaimana pada para ulama dan kalangan terpelajar.
Umat perlu tahu bahawa kesedaran politik tidak bermakna perlu memiliki pengetahuan yang lengkap tentang semua peristiwa politik atau mengenai Islam secara keseluruhan, atau tentang apa yang patut dijadikan sebagai sudut pandang dalam mengamati dunia. Kesedaran politik bermakna memandang dunia secara keseluruhan, serta sudut pandang tertentu yang digunakan sebagai landasan.
Hal terpenting adalah pandangan universal dan sudut pandang tertentu yang digunakan untuk mengamati berbagai peristiwa di dunia, walaupun tindakan dan sudut pandang tersebut dilakukan dan ditentukan oleh seseorang. Adanya pandangan yang universal dan sudut pandang yang khas cukup untuk mengindikasikan seseorang memiliki kesedaran politik.
Kekuatan dan kelemahan kesedaran politik seseorang berbeza-beza sesuai dengan pengetahuannya mengenai dunia dan berbagai peristiwa politik, serta pengetahuannya tentang sudut pandang tertentu yang digunakan. Namun demikian, hal itu tetap merupakan kesedaran politik yang memberikan hasil yang sama, iaitu menghindari kedangkalan dalam berpolitik dan dalam memandang berbagai hal di dunia.
Oleh sebab itu, kesedaran politik tidak tertutup hanya untuk para ahli politik dan cendekiawan saja. Kesedaran politik perlu dimiliki oleh setiap orang, termasuk orang-orang yang buta huruf dan masyarakat biasa. Bahkan sesungguhnya, kesedaran politik mesti dibangkitkan di kalangan umat. Ini kerana umat adalah tempat tumbuh dan berkembangnya individu-individu.
Justeru, untuk membangunkan manusia, menilai prestasi pemerintah, menilai tindakan manusia, dan menghadapi ancaman musuh umat, maka umat perlu memiliki kesedaran politik. Metode untuk membangkitkan kesedaran politik dalam diri individu dan umat adalah melalui pembinaan politik.
Pembinaan ini dilakukan dengan pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum Islam, atau mengikuti peristiwa-peristiwa politik, bukan sebagai teori-teori abstrak. Kemudian, pemikiran dan hukum tersebut dikaitkan dengan berbagai peristiwa dan kejadian politik. Individu muslim dan umat secara umum perlu senantiasa mengikuti setiap peristiwa politik, bukan sekadar sebagai wartawan yang haus berita dan ahli akademia yang rajin mengumpulkan informasi. Namun, sebagai ahli politik yang mengamati berbagai peristiwa dari sudut pandang yang khas, untuk selanjutnya menilai dan mengaitkannya dengan peristiwa dan gagasan lain atau dengan tindakan-tindakan politik yang terjadi.
Pembinaan politik melalui ideologi dan aktiviti-aktiviti politik merupakan metode untuk menciptakan kesedaran politik dalam diri individu muslim dan umat. Pembinaan politik juga merupakan alat untuk melaksanakan tugas utama kaum muslim, iaitu menyampaikan dakwah ke seluruh dunia dan menyebarluaskan pedoman hidup kepada seluruh umat manusia.
Oleh sebab itu, ada keperluan yang amat mendesak untuk melakukan pembinaan politik secara maksima di kalangan umat. Ini kerana pembinaan politik merupakan satu-satunya metode membangkitkan kesedaran politik di kalangan umat Islam yang dapat menghasilkan sejumlah besar ahli politik muslim yang penuh inisiatif.
Sumber: Syeikh Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, Upaya Membumikan Politik Sebagai Mainstream Gerakan.

