Site icon MuslimahHTM News

[Ath-Thariq] Konsep Islam tentang Hal-Hal Ghaib

[Ath-Thariq] Konsep Islam tentang Hal-Hal Ghaib

Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat

 

Dalam tulisan sebelumnya, dengan menggunakan dalil aqli yang qath’ie kita telah sampai pada kesimpulan bahawa Al-Quran itu adalah kitab yang berasal dari Allah dan tidak mungkin dari selain-Nya. Juga terbukti bahawa Muhammad saw. adalah utusan Allah, kerana barangsiapa yang terbukti membawa risalah-Nya, maka dia adalah Rasul yang diutus-Nya. Ketika Muhammad datang dengan membawa risalah dari sisi Allah Swt., dapat dipastikan bahawa beliau itu menjadi utusan-Nya.

 

Dengan terbuktinya Al-Quran sebagai kalamullah dan Muhammad sebagai utusan Allah, maka kita telah sampai pada ideologi Ilahi yang qath’i dengan benar sehingga menyampaikan kita pada kebenaran asasnya. Terbukti pada kita secara akal tentang adanya Sang Pencipta dan kemestian agar aturan yang memecahkan segenap urusan manusia itu berasal dari Allah Swt., serta terbukti pula bahawa Al-Quran itu kitabullah dan Muhammad adalah utusan Allah.

 

Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa ideologi Islam itu berasal dari Allah Swt. sehingga mewajibkan kita untuk mengimani ideologi ini, sebuah ideologi yang tidak diragukan lagi menjadi satu-satunya ideologi yang benar yang menjamin realisasi kebangkitan yang sahih yang membawa manusia—dengan karakternya sebagai manusia—pada kebahagiaan dunia dan akhirat.

 

Dengan demikian, setiap orang yang berakal hendaklah mengimani semua yang dikhabarkan oleh Al-Quran tentang segala hal yang ghaib yang tidak dapat diindera, seperti hari kebangkitan, kiamat, hisab, ganjaran, seksaan, syurga, neraka, malaikat, jin, syaitan, dan sebagainya, tiada lain semata kerana keimanan kita akan keberadaan Pencipta yang mutlak dan keyakinan kita bahawa Al-Quran itu merupakan firman-Nya. Keimanan tersebut memerlukan kita untuk membenarkan segala yang dikhabarkan dalam Al-Quran.

 

Seandainya dalam Al-Quran terdapat berbagai hal yang tidak boleh diindera, pada dasarnya perkara-perkara tersebut terbukti berdasarkan dalil yang qath’ie pula, yakni Al-Quran, sebagai yang memastikan hal ghaib apa pun yang keberadaannya belum dibuktikan secara qath’ie. Sedangkan keimanan akan hal-hal ghaib (segala hal yang tidak boleh diindera oleh manusia) mesti berdasarkan pada dalil yang qath’ie. Dalil qath’ie tersebut adalah akal atau dengan mendengar keterangan yang dipastikan kebenarannya yakni Al-Quran dan hadis mutawatir (yakni hadis yang sampai melalui jalur periwayatan hadis yang mustahil ada kebohongan di dalamnya).

 

Oleh kerananya, segala sesuatu yang tidak terbukti dengan salah satu dari dua cara ini tidak boleh dijadikan akidah secara mutlak. Kerana akidah dan alam ghaib tidak diadopsi dalam Islam kecuali dengan salah satu dari dua cara yang telah disebutkan tadi. Begitu banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang mengharamkan berakidah yang berdasarkan al-dzan (praduga), yakni tidak dengan akal atau hadis mutawatir.

 

Allah Swt. berfirman dalam surah Al-An’am,

وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى الْاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗاِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلَّا الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلَّا يَخْرُصُوْنَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (TMQ Al-An’am: 116).

 

سَيَقُوْلُ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا لَوْ شَاۤءَ اللّٰهُ مَآ اَشْرَكْنَا وَلَآ اٰبَاۤؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِنْ شَيْءٍۗ كَذٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ حَتّٰى ذَاقُوْا بَأْسَنَاۗ قُلْ هَلْ عِنْدَكُمْ مِّنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوْهُ لَنَاۗ اِنْ تَتَّبِعُوْنَ اِلَّا الظَّنَّ وَاِنْ اَنْتُمْ اِلَّا تَخْرُصُوْنَ

“Orang-orang musyrik akan mengatakan: “Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun”. Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta”. (TMQ Al-An’am : 148).

 

وَمَا يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ اِلَّا ظَنًّاۗ اِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِيْ مِنَ الْحَقِّ شَيْـًٔاۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ ۢبِمَا يَفْعَلُوْنَ

“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.”(TMQ Yunus: 36).

 

اِنْ هِيَ اِلَّآ اَسْمَاۤءٌ سَمَّيْتُمُوْهَآ اَنْتُمْ وَاٰبَاۤؤُكُمْ مَّآ اَنْزَلَ اللّٰهُ بِهَا مِنْ سُلْطٰنٍۗ اِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْاَنْفُسُۚ وَلَقَدْ جَاۤءَهُمْ مِّنْ رَّبِّهِمُ الْهُدٰىۗ

“Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.” (TMQ An-Najm: 23).

 

وَمَا لَهُمْ بِهٖ مِنْ عِلْمٍۗ اِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلَّا الظَّنَّ وَاِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِيْ مِنَ الْحَقِّ شَيْـًٔاۚ

“Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (TMQ An-Najm: 28).

 

وَقَالُوْا مَا هِيَ اِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوْتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَآ اِلَّا الدَّهْرُۚ وَمَا لَهُمْ بِذٰلِكَ مِنْ عِلْمٍۚ اِنْ هُمْ اِلَّا يَظُنُّوْنَ

“Dan mereka berkata, ‘Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa,’ dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.” (TMQ Al-Jatsiyah: 24)

 

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ ۗاِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ اُولٰۤىِٕكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔوْلًا

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” (TMQ Al-Isra’: 36).

 

Allah Swt. mencela orang-orang kafir kerana sikap taqlid mereka pada nenek moyang mereka. Allah Swt. berfirman dalam surah Al-Baqarah sebagai celaan pada orang-orang kafir kerana sikap taqlid mereka pada nenek moyang mereka dalam masalah akidah tanpa menggunakan akal untuk membuktikan kebenaran apa yang dilakukan nenek moyangnya itu.

 

وَاِذَا قِيْلَ لَهُمُ اتَّبِعُوْا مَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ قَالُوْا بَلْ نَتَّبِعُ مَآ اَلْفَيْنَا عَلَيْهِ اٰبَاۤءَنَا ۗ اَوَلَوْ كَانَ اٰبَاۤؤُهُمْ لَا يَعْقِلُوْنَ شَيْـًٔا وَّلَا يَهْتَدُوْنَ

“Jika dikatakan pada mereka, ‘Ikutilah apa yang diturunkan oleh Allah dan Rasul, mereka mengatakan, ‘Akan tetapi, kami akan mengikuti apa yang ditinggalkan oleh nenek moyang kami.’ Padahal, bukankah nenek moyang mereka tidak mengerti apa pun dan tidak mendapatkan petunjuk.” (TMQ Al-Baqarah: 170).

 

وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ تَعَالَوْا اِلٰى مَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ وَاِلَى الرَّسُوْلِ قَالُوْا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ اٰبَاۤءَنَا ۗ اَوَلَوْ كَانَ اٰبَاۤؤُهُمْ لَا يَعْلَمُوْنَ شَيْـًٔا وَّلَا يَهْتَدُوْنَ

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?” (TMQ Al- Maidah: 104).

 

بَلْ قَالُوْٓا اِنَّا وَجَدْنَآ اٰبَاۤءَنَا عَلٰٓى اُمَّةٍ وَّاِنَّا عَلٰٓى اٰثٰرِهِمْ مُّهْتَدُوْنَ

“(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja”. (TMQ Az-Zukhruf: 22).

 

Dari apa yang kami paparkan tadi, jelaslah bahawa Islam mengharamkan manusia membuat landasan akidahnya atau asas berfikirnya di atas dalil yang tidak qath’ie dan ini sangat selaras dengan realiti dan sejalan dengan berbagai bukti yang boleh terindera, tiada lain kerana jika seseorang membangun akidah atau landasaan berfikirnya (yang akan menghuraikan simpul besar permasalahan manusia dan menentukan tingkah lakunya melalui aturan yang terlahir darinya atau berbagai solusi yang tegak di atasnya) di atas angan-angan dan khayalan yang tidak memiliki realiti apa pun, maka asas ini akan cepat jatuh ketika diterpa goncangan “gempa”, baik goncangan pemikiran ataupun kesulitan yang bersifat materiel. Allah Swt.berfirman,

 

اَفَمَنْ اَسَّسَ بُنْيَانَهٗ عَلٰى تَقْوٰى مِنَ اللّٰهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ اَمْ مَّنْ اَسَّسَ بُنْيَانَهٗ عَلٰى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهٖ فِيْ نَارِ جَهَنَّمَۗ وَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَ

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (TMQ At-Taubah: 109).

 

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّعْبُدُ اللّٰهَ عَلٰى حَرْفٍۚ فَاِنْ اَصَابَهٗ خَيْرُ ِۨاطْمَئَنَّ بِهٖۚ وَاِنْ اَصَابَتْهُ فِتْنَةُ ِۨانْقَلَبَ عَلٰى وَجْهِهٖۗ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةَۗ ذٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِيْنُ

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.” (TMQ Al-Hajj: 11).

 

Inilah keadaan mereka yang akidahnya –asas berfikirnya- tidak dibangun diatas dalil yang qath’ie baik secara akal (logika) atau pun naqli (penukilan)

 

Dari sinilah, kita tidak menemukan sesuatu pun dalam ideologi Islam yang meminta kita mengimaninya tanpa disertai dalil yang qath’ie padanya. Adapun berkaitan dengan akidah Islam, akidah ini telah menuntut kita untuk mengimani Allah Swt., malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari akhir, serta qada dan qadar, baik buruknya berasal dari Allah Swt., semua ini memiliki dalil yang qath’ie.

 

Beriman kepada Allah memiliki argumentasi rasional, dengan menggunakan argumentasi rasional yang qath’ie, kita sampai pada kesimpulan bahawa Allah itu ada. Berkaitan dengan malaikat, maka dalilnya merupakan dalil naqli yang asalnya terbukti dengan akal, kerana dalilnya tercantum dalam Al-Quran, sedangkan Al-Quran telah terbukti secara rasional sebagai firman Allah Swt., asal dalil keimanan pada malaikat itu aqli, walaupun realitinya naqli. Allah Swt. berfirman,

 

شَهِدَ اللّٰهُ اَنَّهٗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۙ وَالْمَلٰۤىِٕكَةُ وَاُولُوا الْعِلْمِ قَاۤىِٕمًاۢ بِالْقِسْطِۗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

“Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Menegakkan Keadilan. Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan demikian).” (TMQ Ali Imran: 18).

 

اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖۗ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ ۗ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ

“Dan orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya.” (TMQ Al-Baqarah: 285).

 

Adapun dalil keimanan akan kitab samawi, bila dikaitkan dengan Al-Quran, maka argumentasinya rasional juga, kerana realiti Al-Quran yang bisa terindera, dan akal telah membuktikan bahawa Al-Quran tersebut berasal dari Allah Swt. dan mewajibkan beriman atas hal itu. Sedangkan kitab-kitab selain Al-Quran, maka dalilnya naqli yang qath’ie yakni Al-Quran itu sendiri yang telah terbukti berdasarkan akal sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Swt..

 

Adapun dalil tentang keimanan pada para rasul, maka dalil kenabian Muahmmad saw. berbeza dengan para rasul lain. Dalil kenabian Muhammad saw. bersifat aqli dan bukan naqli, kerana mukjizatnya senantiasa ada di hadapan kita. Adapun dalil kenabian para nabi yang lain selain Muhammad saw., maka menggunakan dalil naqli yang diambil dari Al-Quran yang pasti kebenarannya berdasarkan akal. Adapun dalil tentang hari kiamat dan apa yang terjadi di sana, maka dalilnya bersifat naqli yang terbukti melalui Al-Quran.

 

Adapun dalil qada dan qadar itu bersifat aqli kerana objek qada dan qadar itu adalah perbuatan manusia yang menjadi realiti yang boleh diindera oleh manusia dan memungkinkan menetapkan hukum realitinya melalui pengarahan dan pilihan.

 

Dengan ini, maka sampailah kita pada ideologi Islam yang menghuraikan simpul besar permasalahan manusia dengan solusi yang memuaskan akal dan sesuai dengan fitrah dan menetapkan aturan sempurna bagi kita yang membawa pada kebahagiaan dan ketenteraman kerana terpenuhinya keperluan dan naluri dengan cara yang benar. Dengan demikian, Islam menjadi satu-satunya ideologi yang benar yang menjamin terwujudnya sebuah kebangkitan yang sahih, sedangkan seluruh ideologi selainnya batil dan salah.

 

Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)

 

 

Exit mobile version