PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 5
Menuju Dunia Pasca ‘Israel’?
19. BAGAIMANAKAH RUPA SEBUAH PALESTIN VERSI ISLAM?
Satu-satunya masa Al-Quds dan Palestin memperlihatkan keharmonian sebenar antara orang Islam, Kristian, dan Yahudi adalah ketika ia berada di bawah pemerintahan Islam.
Apabila umat Islam memerintah Palestin, tidak ada rekod pembunuhan beramai-ramai atau penganiayaan terhadap orang bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam di Palestin, walaupun tanpa media massa, tatacara komunikasi yang cekap, atau organisasi “hak asasi manusia” antarabangsa sebagaimana yang ada pada hari ini yang kononnya untuk mengekang dari terjadinya publisiti buruk.
Satu-satunya penyelesaian untuk Palestin adalah pemerintahan Islam, kerana Syariah Allah (swt) adalah kebenaran mutlak dan satu-satunya yang akan melaksanakan keadilan di bumi berkah tersebut.
Pembunuhan beramai-ramai semasa di Gaza adalah hasil sampingan semula jadi dari penerapan tatanan dunia Kapitalisme yang mentadbir dunia hari ini, dan satu-satunya alternatif yang berdaya maju ialah pembinaan semula struktur antarabangsa baharu yang berpaksikan pada rahmat Islam.

