[Pemikiran Politik Islam] Aktiviti Politik
Penulis: Syeikh Abdul Qadim Zallum
Pergelutan di antara negara-negara di dunia pada masa damai dilakukan melalui aktiviti-aktiviti politik dan adakalanya disertai dengan tindakan militer. Aktiviti politik yang perlu menjadi pertimbangan utama adalah aktiviti politik yang dilakukan negara-negara adidaya.
Oleh sebab itu, perlu tersedia informasi yang memadai mengenai karakteristik negara-negara adidaya, serta kekuatan masing-masing negara tersebut. Negara adidaya adalah negara-negara yang berpengaruh kuat pada politik antarabangsa dan melakukan aktiviti-aktiviti politik yang berpengaruh pada negara adidaya lainnya.
Jadi, negara adidaya tidak bererti negara yang populasi penduduknya besar atau yang kaya raya, tetapi negara yang berpengaruh kuat pada politik antarabangsa dan negara-negara lainnya. Aktiviti-aktiviti politik yang dilakukan setiap negara dalam kehidupan dan persaingan antarabangsa antara lain adalah untuk menyiapkan perangkap global dalam rangka memperlemahkan negara lain atau menyusun manuver-manuver politik lainnya.
Dengan demikian, para ahli politik perlu memiliki wawasan luas dalam menjangkakan setiap aktiviti politik negara-negara adidaya. Dalam mengamati berbagai aktiviti politik, para ahli politik perlu menghindari absolutisme dan generalisasi. Mereka hendaklah mengaitkan setiap aktiviti politik dengan situasi dan keadaan yang melingkupi aktiviti politik tersebut.
Tidak satu pun aktiviti politik dapat dipisahkan dari situasi yang menyelubunginya. Begitu juga, tidak satu pun masalah dapat digeneralisasi atau dianalogikn dengan masalah lainnya. Rangkaian aktiviti politik juga tidak dapat ditempatkan berdasarkan urutan logik dalam rangka mendapatkan kesimpulan logik dari peristiwa-peristiwa tersebut.
Semua tindakan tersebut mestilah dihindari kerana bahaya terbesar dalam kehidupan politik adalah pemahaman setiap aktiviti politik berdasarkan logik dan analogi. Setiap tindakan dan kehidupan akan selalu bervariasi. Demikian pula setiap aktiviti politik memiliki situasi dan keadaan yang berbeza-beza.
Oleh sebab itu, setiap aktiviti politik perlu dihubungkan dengan informasi politik yang berkaitan dengannya dan menganalisis situasi dan keadaan yang melingkupinya. Dengan demikian akan diperoleh pemahaman yang mendekati kebenaran.
Aktiviti politik adalah tindakan yang dilakukan untuk mengurus kepentingan rakyat (umat). Tindakan ini dilakukan oleh individu-individu, parti-parti, kelompok-kelompok, suatu negara, atau sekelompok negara. Aktiviti politik muncul sejak adanya kelompok-kelompok masyarakat di dunia.
Suku bangsa-suku bangsa dan para penguasa melakukan aktiviti-aktiviti politik sejak dahulu kala. Rakyat selalu terlibat dalam aktiviti politik selagi terdapat sekelompok orang yang mengurusi kepentingan mereka. Oleh sebab itu, aktiviti politik tidak memerlukan keahlian atau kepakaran politik tertentu atau kepakaran khusus dalam ilmu pemerintahan.
Kemampuan melakukan aktiviti politik secara semulajadi dimiliki setiap individu, kelompok, dan negara. Namun demikian, aktiviti politik yang perlu menjadi pusat perhatian dan keutamaan setiap masyarakat yang menginginkan kemerdekaan atau umat yang mengemban misi untuk seluruh umat manusia adalah aktiviti politik yang berhubungan dengan negara-negara lain. Terutama, apabila aktiviti politik tersebut merupakan bentuk perjuangan melawan negara kolonial dan usaha melindungi umat dari maksud-maksud buruk negara-negara lain.
Dengan demikian, merupakan kewajipan bagi umat Islam yang berjuang membebaskan diri dan menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh umat manusia untuk memberikan perhatian utama kepada aktiviti-aktiviti politik yang ditujukan untuk melawan kekuatan-kekuatan asing.
Aktiviti politik ini perlu ditempatkan di atas aktiviti-aktiviti lainnya dan dijadikan sebagai keutamaan. Meneliti berbagai aktiviti politik pada masa lalu dan masa kini, kita akan menemukan bahawa sejarah penuh dengan aktiviti politik. Bahkan sesungguhnya, keseluruhan sejarah umat manusia terdiri dari rangkaian aktiviti politik.
Aktiviti-aktiviti politik senantiasa menyibukkan dunia. Aktiviti politik jugalah yang dapat menjamin kemenangan suatu negara, serta mendudukkan negara itu beserta rakyatnya dalam posisi yang terhormat di mata antarabangsa. Dengan demikian, seringkali negara-negara tidak memerlukan kekuatan militer untuk menundukkan negara lain.
Rasulullah SAW pernah menawarkan dirinya kepada suku-suku yang mahu menerimanya. Beliau SAW telah mengambil baiat kedua dari kaum muslim. ‘Abdullah bin Jahsy pernah diutus Rasulullah SAW untuk memantau aktiviti suku bangsa Quraisy di Mekah. Beliau SAW pernah merampas kafilah dagang Quraisy yang menjadi penyebab perang Badar. Semua itu merupakan bukti bahawa beliau SAW sedang melakukan aktiviti-aktiviti politik (tindakan politik).
Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengutus Nu’aim untuk melemahkan keberanian kabilah-kabilah dan menyebarkan keraguan di kalangan mereka semasa perang Khandaq. Begitu juga dengan tindakan beliau SAW berangkat umrah dan tinggal di Hudaibiyah, atau ketika beliau SAW mengangkat Sa’d ibn Mu’adz sebagai hakim di kalangan Bani Quraizhah. Pada waktu itu sesungguhnya Rasulullah SAW sedang menjalankan berbagai tindakan berupa aktiviti politik.
Demikian juga ketika Al-‘Abbas membawa Abu Sufyan bersamanya dalam perjalanannya ke Mekah, atau ketika Rasulullah SAW menandatangani perjanjian, menerima utusan dari berbagai suku Arab, atau beliau SAW melakukan mubahalah (saling melaknat kesalahan dan kebohongan) ketika menerima kunjungan kaum Nasrani. Nabi SAW juga pernah memerintahkan pengusiran Bani Nadhir dari kampung halamannya, serta mengangkat kembali penguasa Yaman setelah dia masuk Islam. Semua itu tidak lain adalah tindakan-tindakan politik yang dilakukan Rasulullah ﷺ.
Hal yang sama dilakukan Khulafa‘ Ar-rasyidin dan para khalifah sesudahnya. Semua yang mendominasi tindakan mereka terhadap bangsa asing adalah bentuk aktiviti-aktiviti politik. Hal ini sesuai dengan kenyataan bahawa tatkala mengangkat seorang panglima perang, Rasulullah SAW selalu memerintahkan kepadanya untuk menyerukan agar rakyat suatu negara masuk Islam.
Apabila mereka menolak, beliau SAW menawarkan kepada mereka untuk membayar jizyah. Namun jika mereka tetap menolak tawaran tersebut, Allah memberikan pilihan dan mengizinkan untuk memerangi mereka. Dengan demikian, peperangan merupakan cara terakhir Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah ke seluruh dunia.
Aktiviti-aktiviti politik mesti dilakukan terlebih dahulu. Dengan demikian, aktiviti politik merupakan tugas umat Islam yang paling penting dan merupakan keutamaan untuk dilaksanakan. Dengan demikian, bukanlah hal yang aneh apabila aktiviti politik merupakan tindakan yang paling penting dalam usaha mencapai kemerdekaan dan menyampaikan dakwah Islam ke seluruh dunia.
Tanpa aktiviti politik, Islam tidak akan tersebar luas dan tidak mungkin disampaikan kepada seluruh umat manusia. Pelaksanaan aktiviti politik memerlukan pemahaman terhadap hubungan antara negara di dunia. Oleh sebab itu, kaum muslim perlu senantiasa memerhati hubungan-hubungan tersebut, serta memahami rahsia-rahsia dan tujuan-tujuan di sebalik hubungan itu.
Kaum muslim perlu mampu membezakan manuver politik dari aktiviti politik lainnya, serta membezakan berbagai aktiviti dari tujuan-tujuannya. Mereka juga perlu memahami bentuk hubungan antara negara yang paling mutakhir. Untuk itu umat memerlukan pembinaan politik yang terus-menerus.
Perlu juga diusahakan agar umat senantiasa mengikuti dan memahami politik antarabangsa secara berterusan dan realistik. Selain itu juga perlu ditekankan bahawa penyampaian dakwah Islam adalah kriteria muktamad (final) untuk menentukan dan melaksanakan kebijakan.
Sumber: Syeikh Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, Upaya Membumikan Politik Sebagai Mainstream Gerakan.

