Site icon MuslimahHTM News

[Ath-Thariq] Konsep Islam tentang Kebebasan (Bahagian 2/2)

[Ath-Thariq] Konsep Islam tentang Kebebasan (Bahagian 2/2)

Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat

 

Berkaitan dengan perkataan yang bertentangan dengan salah satu ajaran Islam, maka Rasulullah saw. telah bersabda pada Mu’adz bin Jabal dengan redaksi hadis yang panjang,

 

“Jagalah benda ini agar tidak mencelakaimu (seraya menunjuk pada lidahnya).” Muadz berkata, “Wahai Rasulullah, apakah kita juga akan diminta pertanggungjawaban kerana sesuatu yang kita ucapkan?” Beliau saw. bersabda, “Ibumu meratapi kematianmu wahai Mu’adz, tidakkah manusia itu akan ditelungkupkan di atas wajahnya—ada juga yang mengatakan di atas hidungnya—terlebih dahulu di neraka, melainkan kerana apa yang dilakukan oleh lidahnya.”

 

“Barang siapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka bersiap-siaplah mengambil tempat di neraka.”

 

Berdasarkan hal ini, maka perkataan atau pendapat yang menyalahi Islam menjadi sebuah kejahatan dan dosa sehingga pelakunya akan dihukum di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, jelaslah bahawa tidak ada sesuatu yang disebut dengan kebebasan berpendapat dalam Islam.

 

Adapun berkaitan dengan kebebasan yang terakhir atau keempat, yakni kebebasan kepemilikan, maka ketetapan Islam atas sebab kepemilikan atau tatacara yang boleh dilakukan seorang muslim dalam memiliki sesuatu dan mengharamkan kepemilikan dengan sebab dan cara yang menyalahi Islam menjadi dalil dan bukti terkuat akan ketiadaan kebebasan kepemilikan dalam Islam, kerana kebebasan kepemilikan—pada dasarnya—bererti memberikan kebebasan bagi manusia untuk memiliki sesuatu dengan cara apa pun yang dia inginkan, tanpa kecuali.

 

Ajaran seperti ini tidak ada dalam Islam, kerana Islam, walaupun membolehkan seorang muslim untuk memiliki sesuatu sebanyak apapun yang dia inginkan, telah mencegah seorang muslim memiliki sesuatu kecuali dengan sebab yang telah ditentukan saja:

 

  1. Bekerja, sebuah syarat yang telah ditunjukkan oleh dalil-dalil syarak akan kebolehannya dan tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya.
  2. Waris, berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan Islam.
  3. Memperoleh harta dari orang-orang yang wajib menafkahinya, dengan tatacara yang telah diatur oleh hukum syarak.
  4. Memperoleh harta dari pemiliknya tanpa bekerja, seperti zakat.
  5. Harta yang diperbolehkan Islam terhadap seseorang untuk memperolehnya dari orang lain seperti hadiah dan hibah.

 

Dengan demikian, tidak boleh seorang muslim memiliki sesuatu dengan selain sebab-sebab di atas. Tidak boleh pula seorang muslim memiliki sesuatu dengan cara mencuri, menipu, berjudi, dan sebagainya.

 

Salah satu contoh yang menunjukkan sebab-sebab yang dibolehkan Islam dalam hal kepemilikan adalah firman Allah Swt.,

 

اُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهٗ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ

“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan.”(TMQ Al-Maidah: 96).

 

Rasulullah saw bersabda,

أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

“Berikanlah pada pekerja upahnya sebelum kering keringatnya.” (HR Ibnu Majah).

 

تَهَادُوا تَحَابُّوا

“Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian saling mencintai.” (HR Bukhari).

 

Beberapa contoh yang menunjukkan kepemilikan yang haram kerananya:

 

قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ  الرَّاشِىَ وَالْمُرْتَشِىَ.

“Rasulullah melaknat penyuap, yang disuap, dan perantara di antara keduanya.” (HR Ahmad)

 

Allah Swt. berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang risywah,

وَلَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوْا بِهَآ اِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوْا فَرِيْقًا مِّنْ اَمْوَالِ النَّاسِ بِالْاِثْمِ وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (TMQ Al-Baqarah: 188).

 

Dari paparan ini kita boleh memahami bahawa tidak ada kebebasan dalam Islam. Oleh kerana itu, para fuqaha mengatakan: Secara asal dalam perbuatan seorang muslim—seluruh perbuatannya yang berkaitan dengan seluruh aspek—terikat dengan hukum syarak, yakni perintah Allah dan larangan-Nya, kerana hukum syarak itu adalah seruan Allah yang berkaitan dengan perbuatan hamba.

 

Dengan demikian, jelaslah berbagai propaganda dan seruan menganjurkan kebebasan, selain menyalahi realiti manusia dan membawa pada penderitaannya sebagaimana telah kita bahas dalam bab “Kapitalisme”—juga haram hukumnya. Oleh kerana itu, menyeru dan mempropagandakannya merupakan sebuah keharaman dan sang penyeru dianggap berdosa, bahkan telah berbuat jahat dalam pandangan Islam.

 

 

Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)

 

 

Exit mobile version