[Fokus] Sampai bila Dunia akan Mengabaikan Gaza?
Tentera Israel mengubah “zon kemanusiaan selamat” di Semenanjung Gaza menjadi timbunan runtuhan dan abu. Sehingga Ogos 2024, entiti Zi0nis Yahudi telah meninggalkan hanya 9.5% daripada wilayah yang dipanggil “zon selamat” untuk orang awam yang dipindahkan.
Semasa pencerobohan darat Israel ke atas Gaza pada awal November 2023, tentera Israel mengusir ratusan ribu orang awam dari utara Gaza ke selatan Gaza dan mendakwa kawasan tersebut sebagai “zon kemanusiaan yang selamat”.
Pada mulanya zon itu seluas 230 kilometer persegi atau 63% daripada keseluruhan wilayah Gaza, termasuk tanah pertanian dan kemudahan komersial, ekonomi, serta perkhidmatan yang tersebar di wilayah seluas 120 kilometer persegi. Bagaimanapun, apabila serangan tentera Israel berterusan, saiz zon selamat mengecil secara drastik.
Tidak dapat tidak, hal ini memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza kerana orang awam mempunyai tempat yang lebih kecil untuk melarikan diri dari tindakan keganasan. Sekatan juga telah menyebabkan kekurangan bahan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan, serta membawa kepada kemusnahan sebahagian besar wilayah tersebut.
Pengabaian Dunia Islam
Kekejaman Israel menyerang Gaza telah meragut banyak nyawa. Serangan yang berlaku sejak 7 Oktober 2023 itu telah mengorbankan lebih 40,200 rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak. Serangan itu turut menyebabkan lebih dari 93 ribu orang cedera.
Walaupun krisis di Gaza sudah begitu teruk, Israel bertegas untuk menolak gencatan senjata. Dasar PM Benjamin Netanyahu telah berubah meskipun peringatan dengan ancaman gencatan senjata telah datang daripada penyokong terkuat Israel selama ini, yakni AS. Sikap Israel ini tentu saja berpotensi meningkatkan jumlah mangsa.
Sementara itu, sikap pengabaian dunia Islam terhadap Gaza semakin menyedihkan. Negara jiran dan terbesar di semenanjung, iaitu Arab Saudi, diketahui sedang membina 15 stadium tersergam indah sebagai persiapan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 tanpa sedikit pun peduli terhadap tumpahan darah saudara seislam di Gaza.
Begitu juga dengan Mesir. Walaupun bersempadan langsung dengan Gaza, Mesir enggan membuka pintu sempadannya, apatah lagi memberikan bantuan logistik. Negara-negara Arab lain sebaliknya menormalisasi hubungan dengan Israel, tanpa sedikit pun rasa bersalah terhadap Gaza. Sementara jauh nun di sana, terdapat Turkiye yang hanya boleh mengkritik dengan berbasa-basi.
Ini semua menunjukkan bahawa sikap pengabaian dunia Islam terhadap Gaza adalah hasil sentimen nasional. Ikatan akidah sesama Islam tidak kelihatan di barisan hadapan dalam menangani krisis kemanusiaan besar-besaran di Gaza. Sebaliknya, idea nasionalisme yang sudah bertapak di negara-negara umat Islam telah menjadi racun politik yang menyebabkan negara-negara Islam tidak bergerak untuk membela saudara mereka di Palestin.
Seharusnya, penguasa negara-negara umat Islam boleh melakukan lebih daripada sekadar mengkritik dan mengutuk kekejaman Israel. Selain menghantar tentera sebagai langkah strategik, langkah lain yang boleh diambil oleh penguasa Islam ialah melaksanakan dasar pemboikotan terhadap produk Israel dan negara penyokongnya. Namun, langkah-langkah ini tidak diambil. Ini adalah bukti jelas kepincangan kepimpinan penguasa di negara umat Islam.
Bukan itu sahaja, cintakan kekuasaan juga menghalangi penguasa negara umat Islam untuk bersatu atas nama akidah Islam demi memerangi kekejaman Zi0nis Yahudi. Meskipun sebahagian penguasa Arab dan negara Islam menghantar bantuan kemanusiaan, mereka berbuat demikian hanya untuk mengurangkan kemarahan rakyat yang sangat kecewa dengan pemerintah mereka kerana mereka tidak pernah mengambil pilihan tentera sebagai solusi dalam rangka membantu Palestin dan menyerang Zi0nis Yahudi.
Rasulullah SAW. telah mengingatkan kita dalam sabdanya, “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota badan yang sakit maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakit).” (HR Bukhari dan Muslim).
Juga dalam hadis, “Hampir saja orang-orang (yang kafir dan sesat, pen.) mengerumuni kalian dari segenap penjuru, seperti mereka berkumpul untuk menghadap makanan di dalam pinggan.” Kemudian seseorang bertanya, “Katakanlah wahai Rasulullah, adakah kami pada waktu itu sedikit?” Rasulullah berkata, “Bahkan kalian pada waktu itu banyak. Akan tetapi, kalian umpama sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut dalam hati musuh kalian dan akan menimpakan penyakit wahn dalam hati kalian.” Kemudian seseorang bertanya, “Apa itu wahn?” Rasulullah berkata, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR Abu Daud dan Ahmad).
Sejarah mencatatkan bahawa Sultan Abdul Hamid II sebagai khalifah umat Islam pernah marah kepada Theodor Herzl (pengasas Zi0nisme) yang ingin merasuah beliau untuk mendapatkan tanah Palestin. Sultan pun berkata, “Aku tidak akan melepaskan walaupun seinci tanah ini (Palestin) kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan Palestin. Mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Silakan Yahudi menyimpan harta mereka. Jika suatu hari Khilafah Turki Uthmaniyyah tumbang, kemungkinan besar mereka akan dapat mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Namun, selama aku masih hidup, aku lebih rela menghunus pedang ke tubuhku sendiri daripada melihat bumi Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Khilafah Islamiyyah.”
Langkah Sultan Abdul Hamid II ini mencerminkan sosok pemimpin yang tegas menolak kemungkaran yang dilakukan oleh Zi0nis Yahudi. Inilah sepatutnya sikap pemimpin Islam sejati yang muncul di persada antarabangsa, sebagai penantang bagi krisis kepimpinan di dunia Islam hari ini.
Perang Ideologi
Sungguh, berdirinya sistem kapitalisme yang jahat telah menyebabkan negara-negara Islam mati rasa. Ketidakpedulian mereka terhadap Gaza mengesahkan sikap individualistik mereka, walaupun Gaza memerlukan perkara yang lebih tinggi daripada kepedulian mereka. Ini kerana krisis di Gaza bukanlah serangan biasa.
Krisis Gaza adalah genosid sebagai akibat kekejaman sistem kapitalisme yang selama ini melahirkan dan mengasuh Israel. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, pemimpin Islam lebih sibuk dengan politik sekular, malah lebih rela menjadi ejen dan sekutu musuh Islam. Ini mencerminkan kepincangan kepimpinan dalam dunia Islam.
Lebih dari itu, krisis Gaza bukan sahaja krisis kemanusiaan. Krisis Gaza adalah manifestasi perang ideologi. Di sana terjadi pertarungan antara ideologi kufur kapitalisme dan ideologi sahih, iaitu Islam. Israel yang sangat angkuh dengan sokongan kuasa besar AS berasa selamat walaupun sentiasa menjadi perhatian dan kritikan masyarakat antarabangsa.
Begitu juga negara-negara Islam yang menganut ideologi kapitalisme, mereka juga mengikuti sahaja AS dan Barat. Akhirnya, mereka gagal menterjemahkan hubungan mereka dengan tanah dan rakyat Palestin sebagai ikatan akidah dan keimanan. Negara-negara Islam tetap tidak berganjak tanpa mengerakkan bantuan strategik seperti menghantar pasukan tentera.
Lebih teruk lagi, kerana kebergantungan kepimpinan dunia berada di tangan negara-negara kapitalis, suara solidariti dari seluruh penjuru dunia kepada Palestin boleh diabaikan dengan mudah. Pada masa yang sama, tiada bantuan dalam bentuk penentangan tentera dihantar dari negara-negara Islam.
Sebenarnya, menghantar tentera adalah solusi praktikal yang seharusnya dilakukan oleh negara-negara yang paling hampir dengan Palestin, iaitu negara-negara Arab. Bantuan lain yang sepatutnya mereka berikan ialah membuka sempadan supaya aliran bantuan logistik mudah disalurkan kepada rakyat Palestin, sama ada makanan, pakaian, selimut, mahupun ubat-ubatan.
Malangnya, ideologi Islam sebagai penentang yang layak kepada kapitalisme, hanya dianut oleh individu dan belum dianut oleh negara. Berhubung Israel adalah negara kafir harbi fi’lan (negara kafir yang sedang memerangi umat Islam secara nyata), maka lawan yang seimbang ialah negara pengemban ideologi Islam, iaitu Khilafah.
Dalam menghadapi entiti Zi0nis Yahudi, Khilafah mempunyai dasar politik luar negara dalam bentuk dakwah dan jihad. Serangan Israel yang telah menumpahkan darah umat Islam Palestin, khususnya di Gaza hari ini, menjadikannya halal untuk berperang.
Timbunan rundingan dan resolusi PBB, termasuk usaha gencatan senjata, yang selama ini dianggap sebagai penyelesaian, sungguh tidak akan mampu mengatasi kekejaman dan kebodohan Zi0nis. Yahudi hanya memahami bahasa perang. Ini juga terbukti dalam sejarah bahawa dengan ramainya Nabi yang mendampingi bangsa Yahudi, mereka sepatutnya menjadi umat yang soleh dan bertakwa. Namun sebaliknya, mereka mengingkarinya, bahkan menjadi kaum yang selalu memusuhi para Nabi.
Allah Taala berfirman, “Dan Kami telah membawa Bani Israil (merentasi) lautan itu (dengan selamat). Apabila mereka sampai kepada suatu kaum yang terus menyembah berhala, mereka (Bani Israel) berkata, ‘Wahai Musa! Buatlah untuk kami sebuah Tuhan (berhala) seperti Tuhan-tuhan mereka.’ (Musa) menjawab, ‘Sesungguhnya, kamu adalah kaum yang bodoh.’” [TMQ Al-A’raf (7): 137].
Kesedaran Umat
Atas dasar ini, satu-satunya penyelesaian kepada krisis Gaza dan Palestin ialah dengan tegaknya Khilafah. Dengan dasar politik luar negara, Khilafah akan berperanan sebagai perisai bagi umat Islam. Ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW., “Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu junnah (perisai) bagi (orang-orang) akan berperang menyokongnya dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)-nya.” (HR Muttafaqun ‘alaih).
Hadis ini merupakan salah satu qarinah (indikasi) dalil wajibnya melantik khalifah, serta menjelaskan betapa mendesaknya kedudukan khalifah. Di antara kandungan hadis ini, di dalamnya terdapat penyifatan terhadap khalifah bahawa dia adalah junnah (perisai), iaitu wiqayah (pelindung).
Rasulullah SAW. menyifatkan bahawa seorang imam (khalifah) adalah junnah (perisai), dan maknanya mengandungi pujian atas kewujudan imam (khalifah) dan bermaksud terdapat tuntutan kerana maklumat itu dari Allah dan Rasul-Nya. Hadis ini mengandungi tuntutan dan akibat terhadap tegaknya hukum syariat. Selain itu, mengabaikannya juga membawa akibat kerana terabainya hukum syariat. Dengan begitu, tuntutan terhadap kewujudan khalifah bersifat tegas.
Untuk itu, kewujudan khalifah yang tentunya disertai dengan tegaknya Khilafah mesti menjadi kesedaran dan opini umum di kalangan umat. Ini kerana tegaknya Khilafah tidak boleh serta merta dalam sekelip mata. Penegakannya memerlukan keikhlasan, kesungguhan, dan air mata perjuangan.
Inilah mendesaknya kewujudan kelompok dakwah yang berdiri atas dasar ideologi Islam. Ia berperanan mendidik umat dengan ideologi Islam sehingga mampu menimbulkan kesedaran dan opini umum di kalangan umat berhubung pelaksanaan Islam sebagai ideologi negara.
Sesungguhnya kekuatan pemikiran Islam ditambah dengan thariqahnya sudah cukup untuk mendirikan Daulah Islam dan merealisasikan kehidupan yang Islami. Jika pemikiran ini telah meresap ke dalam hati dan jiwa serta menyatu di dalam tubuh umat Islam, maka seterusnya Islam boleh diamalkan dalam kehidupan.
Demikianlah Rasulullah SAW. jadikan contoh dalam membina sahabat, iaitu dengan memastikan kekuatan pola fikir (aqliyah) dan pola sikap (nafsiyah) mereka sejak proses pembinaan (tatsqif) di Darul Arqam. Kemudian beliau mengajak penduduk Mekah dan seluruh bangsa Arab pada musim haji agar dakwahnya tersebar ke seluruh penjuru semenanjung.
Melalui dakwah itu, beliau seolah-olah mencipta api di bawah masyarakat Arab yang mampu menimbulkan kepanasan di seluruh bangsa Arab. Tenaga panas itu bertukar menjadi gerakan melalui dakwah yang bersifat praktikal dalam bentuk politik yang difokuskan kepada aktiviti-aktiviti sebenar di satu wilayah atau beberapa wilayah yang menjadi pelopor kepada aktiviti dakwah. Kemudian dakwah ke seluruh pelusuk dunia Islam yang lain dan setelah itu satu wilayah atau beberapa wilayah dijadikan titik pusat, iaitu tempat yang di dalamnya dapat mendirikan Daulah Islam, ketika itu ialah Madinah.
Dari titik pusat itulah berlaku perkembangan dalam pembentukan Daulah Islam yang besar yang akan mengemban risalah Islam ke seluruh dunia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW., iaitu beliau menyampaikan dakwahnya kepada seluruh umat manusia.
Khatimah
Demikianlah mendesaknya pembentukan parti politik Islam ideologi yang thariqahnya adalah menegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah. Seterusnya, Khilafah akan bertindak sebagai junnah kepada umat di seluruh dunia supaya dapat memberi harapan kepada umat untuk kejayaan mereka selama berpegang pada syariat Islam.
Dari Hudzaifah ra., Rasulullah SAW. bersabda, “Kemudian akan ada kembali Khilafah yang mengikuti minhaj kenabian.” (HR Ahmad, Abu Dawud, dan al-Bazzar).
Wallahualam bissawab.
Sumber: muslimahnewsid
#PengabaianGaza #KhilafahIslam

