Site icon MuslimahHTM News

Jawatan adalah Amanah

Jawatan adalah Amanah

 

Dalam Islam, jawatan adalah amanah yang mesti ditunaikan. Seorang pegawai negara bertanggungjawab memenuhi hak rakyatnya iaitu berbagai-bagai jenis perkhidmatan yang menjadi haknya seperti keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

 

Rasulullah SAW. bersabda:

 

فَاْلاِمَامُ الَّذِيْ عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

”Imam atas manusia adalah pengurus rakyat dan dia dimintai pertanggungjawaban atas rakyatnya.” (HR al-Bukhari).

 

Itulah amanah yang perlu ditunaikan sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran bersamaan dengan tugas penegakan keadilan.

 

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا ٥٨

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),[TMQ an-Nisaa’ (4): 58].

 

Peringatan untuk Para Pegawai

 

Al-Quran telah memberikan peringatan kepada orang yang mempunyai kekuasaan dalam mengelola harta alias para pegawai agar tidak melakukan khianat:

 

وَمَن يَغۡلُلۡ يَأۡتِ بِمَا غَلَّ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ

“dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu;”  [TMQ Ali Imraan (3): 161].

 

Al-Quran juga mengingatkan pemerintah agar tidak bersekongkol dengan pihak yang ingin memakan harta orang lain dengan cara yang batil: ianya merupkan perbuatan dosa seperti yang terkandung dalam surah Al Baqarah 188:

 

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”  [TMQ al-Baqarah (2): 188].

 

As-Suyuthi memberikan tafsiran bahawa yang dimaksudkan adalah rasuah. Selain dari rasuah, ganjaran juga merupakan perbuatan yang salah.

 

Abu Humaid as-Sa’idi ra. bertutur: Rasulullah SAW. pernah mempekerjakan seseorang dari Suku Al-Azd yang dipanggil dengan nama Ibnu al-Kutaibah untuk memungut sedekah (zakat). Saat dia datang kepada Nabi SAW., dia berkata, “Ini untukmu, sementara ini dihadiahkan untukku.” Lalu Rasulullah SAW. berdiri di atas mimbar, kemudian memuji Allah  dan bersabda:

 

أَمَّا بَعْدُ، فَإِنِّي أَسْتَعْمِلُ الرَّجُلَ مِنْكُمْ عَلَى الْعَمَلِ مِمَّا وَلاَّنِي اللهُ، فَيَأْتِي فَيَقُوْلُ: هَذَا لَكُمْ وَهَذَا هَدِيَة أُهْدِيَتْ إِلَيَّ، أَفَلاَ جَلَسَ فِي بَيْتِ أَبِيْهِ أَوْ أُمِّهِ حَتَّى تَأتِيْهِ هَدِيَتُهُ إِنْ كَانَ صَادِقًا، وَاللهِ لا يَأخُذُ أَحَدُ مِنْكُمْ شَيْئًا بِغَيْرِ حَقِّهِ إِلاَّ لَقِيَ اللهُ تَعَالَى، يَحْمِلُه يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Amma ba’du. Saya telah mengangkat seseorang dari kalian sebagai amil atas satu pekerjaan yang telah Allah kuasakan kepadaku. Lalu dia datang melaporkan, “Ini untukmu dan ini dihadiahkan untukku.” Apakah jika dia hanya duduk termangu di rumah ibu atau bapanya, hadiah itu akan datang kepada dirinya? Renungkanlah jika memang ucapannya benar. Demi Allah,  tidaklah salah satu dari kalian mengambil sesuatu yang bukan haknya kecuali dia akan berjumpa dengan Allah dengan memikul harta yang dia ambil (tanpa haq) pada Hari Kiamat kelak (Muttafaq ‘alayhi).

 

Semua ini dianggap ghulul atau khianat, pelakunya diancam oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam QS Ali Imran 161. Bahkan dalam riwayat, Umar bin al-Khattab ra. pernah merampas aset pegawai wilayah yang disyaki menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan perniagaan peribadi.

 

Ancaman Nabi SAW.

 

Nabi saw. menegaskan bahawa perasuah tidak mencium bau syurga. Diriwayatkan bahawa Ubaidillah bin Ziyad pernah masuk ke rumah Ma’qil bin Yasar ketika dia sakit. Ma’qil berkata kepadanya: Sesungguhnya aku akan sampaikan kepadamu sebuah hadis yang sekiranya aku tidak merasakan aku akan mati, aku tidak akan menyampaikan hadis ini. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda:

 

مَا مِن عَبْدٍ اسْتَرْعاهُ الله رَعِيَّةً، فَلَمْ يَحُطْها بنَصِيحَةٍ، إلَّا لَمْ يَجِدْ رائِحَةَ الْجَنَّةِ

”Tidaklah seseorang yang diberi amanah mengurusi rakyatnya, lalu dia tidak menjalankannya dengan penuh kesetiaan, melainkan dia tidak mencium bau syurga.” (HR al-Bukhari).

 

Imam Muslim juga meriwayatkan hadis dengan redaksi yang berbeza:

 

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ الله رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَموُتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلَّا حَرَّمَ الله عَلَيْهِ الْجَنَّةِ

”Siapa saja yang diberi amanah oleh Allah untuk mengurus rakyat, kemudian dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga atas dirinya.” (HR Muslim).

 

Khatimah

 

Tidak syak lagi, amanah adalah perkara yang berat. Kerana itulah Rasulullah SAW. mengingatkan Abu Dzar yang dianggap tidak sesuai untuk tidak meminta jawatan:

 

يَا أبا ذَرَ إنّكَ ضَعِيفٌ وإنها أَمَانَةٌ، وإنها يوم الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إلا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقّهَا وَأَدّى الّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

”Wahai Abu Dzar, sungguh engkau itu lemah. Sungguh jawatan ini adalah amanah. Ia akan mendatangkan kehinaan dan penyesalan pada Hari Kiamat, kecuali orang yang mengambil amanah itu dengan haq dan menunaikannya dengan sebaik-baiknya.” (HR Muslim).

 

WalLâh a’lam. 

 

Sumber: https://alwaie.net/afkar/jabatan-adalah-amanah/

Exit mobile version