Site icon MuslimahHTM News

[Pemikiran Politik Islam] Tanggungjawab Umum (Bahagian 2/5)

[Pemikiran Politik Islam] Tanggungjawab Umum (Bahagian 2/5)

Penulis: Syeikh Abdul Qadim Zallum

 

[Sambungan dari Bahagian 1/5]

 

Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja seorang pemimpin yang mengurusi kaum muslim, kemudian dia meninggal sedangkan dia berbuat curang terhadap mereka, maka Allah mengharamkan syurga baginya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim, dari Ma’qil bin Yasar. Lafaz ini dari riwayat Al-Bukhari).

 

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ma’qil bin Yasar, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW telah bersabda, “Siapa saja yang memimpin kaum muslim dan tidak berusaha sebaik-baiknya (mengurus umat), serta (tidak) memberi nasihat yang tulus kepada mereka (umat), maka dia tidak akan mencium bau syurga.”

 

Abu Sa’id juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setiap pengkhianat akan membawa sebuah bendera pada Hari Pembalasan yang akan dikibarkan sama tinggi dengan (tingkat) pengkhianatannya. Dan tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan (yang dilakukan oleh) seorang pemimpin umat.” (HR Muslim).

 

Oleh yang demikian, berusaha sekuat dan semaksima mungkin untuk mengurus umat dan memberikan nasihat yang tulus kepada mereka merupakan  kewajipan  pemimpin yang ditekankan oleh Rasulullah ﷺ. Ini menunjukkan makna penting dan besarnya tanggungjawab tersebut.

 

Islam juga menentang keras setiap kecurangan dalam pengelolaan harta negara. Pada saat Rasulullah SAW mengetahui bahawa salah seorang  pegawai  melakukan kecurangan dalam pengelolaan harta negara, beliau mencela perbuatan tersebut dan menunjukkan kecurangan tersebut kepada umum. Abu Humaid as-Sa’idi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengutus Ibnu al-Lutbiyah untuk memungut shaqadah (zakat) dari kaum Bani Sulaim.

 

Ketika dia datang kepada Rasulullah SAW, Rasul bertanyakan tugas tersebut. Kemudian, dia menjawab, “Ini (shadaqah) untukmu, ya Rasulullah, dan ini adalah hadiah yang dihadiahkan kepadaku.” Kemudian, Rasulullah SAW bersabda, “Mengapa engkau tidak duduk (saja) di rumah  bapa  dan ibumu sampai hadiah itu datang kepadamu, apabila engkau memang benar?”

 

Selanjutnya Rasulullah SAW berdiri di mimbar. Seraya bertahmid dan memuji Allah, beliau bersabda kepada yang hadir, “Amma ba’du. Sesungguhnya aku telah mengutus salah seorang di antara kalian untuk memenuhi tugas yang dibebankan Allah kepadaku. Salah seorang dari kalian kemudian datang dan berkata kepadaku, ‘Ini untukmu dan ini adalah hadiah yang datang kepadaku.’ Mengapa dia tidak duduk-duduk saja di rumah  bapa  dan ibunya sampai hadiah itu datang kepadanya, apabila dia memang benar? Demi Allah, apabila ada salah seorang di antara kalian mengambil sesuatu yang bukan haknya, maka dia akan datang kepada Allah pada Hari Pembalasan dengan memanggul harta tersebut (di atas lehernya).”

 

Hadis ini menunjukkan bahawa Allah  SWT  akan meminta pertanggungjawaban dan menghukum seorang pemimpin atas perbuatan yang dia lakukan. Ketetapan ini merupakan peringatan yang keras atas kecurangan dalam pengelolaan harta umum yang dilakukan para pemimpin dalam berbagai bentuk.

 

Allah SWT  juga telah menentukan ketetapan yang mesti digunakan para pemimpin untuk memerintah umatnya. Para pemimpin hendaklah memerintah berdasarkan Kitabullah dan sunnah Rasulullah ﷺ. Allah SWT juga memberikan hak untuk melakukan ijtihad berdasarkan Al-Quran dan sunnah . Akan tetapi, Allah SWT melarang para pemimpin menggunakan sistem/aturan selain Islam atau mengambil sesuatu dari sistem selain Islam.

 

Kewajipan untuk memerintah hanya dengan sistem Islam secara jelas tersurat dalam ayat-ayat Al-Quran. Allah SWT berfirman, “Barang siapa tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” ( TMQ  Al-Ma’idah: 44).

 

“Barang siapa tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” ( TMQ  Al-Ma’idah: 45).

 

“Barang siapa tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.” ( TMQ  Al-Ma’idah: 47).

 

Ayat-ayat di atas secara jelas menunjukkan adanya kewajipan untuk memerintah hanya dengan segala sesuatu yang diturunkan oleh Allah Taala. Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah SAW dalam bentuk kata-kata beserta maknanya, dan menurunkan  sunnah  dalam bentuk makna, bukan kata-katanya.

 

 

Sumber: Syeikh Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, Upaya Membumikan Politik Sebagai Mainstream Gerakan.

 

Exit mobile version