Site icon MuslimahHTM News

[Ath-Thariq] Sistem Ekonomi dalam Islam (Bahagian 1/3)

[Ath-Thariq] Sistem Ekonomi dalam Islam (Bahagian 1/3)

Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat

 

Sistem ekonomi dalam Islam adalah himpunan hukum syarak yang berkaitan dengan cara menyelesaikan masalah ekonomi dalam kehidupan dan mengatur hubungan manusia dengan harta dari segi pemilikan, pemanfaatan (penggunaan), dan tata cara pengumpulan harta oleh Negara Islam dari rakyatnya serta mengembalikan infak harta ini kepada mereka.

 

Sistem ekonomi Islam berasaskan beberapa prinsip iaitu:

 

Pertama, harta (pemilikan) pada hakikatnya adalah milik Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT,

وَّاٰتُوْهُمْ مِّنْ مَّالِ اللّٰهِ الَّذِيْٓ اٰتٰىكُمْ ۗ

 “…dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu…” [TMQ An-Nuur (24): 33].

 

Kedua, pada dasarnya pemilikan segala sesuatu adalah hak semua manusia, bukan hak negara atau individu tertentu. Seseorang atau negara tertentu tidak mempunyai hak milik kecuali berdasarkan dalil syarak, kerana pada dasarnya istikhlaf (hak milik yang diserahkan kepada manusia) bersifat umum bagi semua manusia. Allah SWT. berfirman :

 

وَاَنْفِقُوْا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُّسْتَخْلَفِيْنَ فِيْهِۗ

“…dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil…” [TMQ Al-Hadid (57): 7].

 

Berdasarkan ayat ini, jelaslah bahawa kepemilikan manusia atas harta adalah semata-mata kerana mereka diberi istikhlaf (kuasa mengawal) oleh Allah, bukan bergantung kepada diri sendiri.

 

Ketiga, penelitian terhadap mujmal beberapa dalil syarak menjelaskan bahawa dalam Islam terdapat tiga jenis pemilikan iaitu:

 

  1. Kepemilikan individu (private ownership).

Syariah yang membolehkan seseorang individu memiliki sesuatu dan menggunakannya. Daripada penelitian hukum ini, jelas bahawa seseorang boleh memiliki sesuatu dalam lima (5) cara berikut:

 

A) Bekerja,

 

Seperti berburu, Allah SWT. berfirman,

وَاِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوْا

“..dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu..” [TMQ Al-Maaidah (5): 2]

 

Atau hidupkan semula tanah yang mati dan diusahakan dengan bercucuk tanam. Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang memagar sebidang tanah dengan pagar, maka tanah itu (yang telah dipagar) menjadi miliknya.”

 

 

فَاِنْ اَرْضَعْنَ لَكُمْ فَاٰتُوْهُنَّ اُجُوْرَهُنَّۚ

“ kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya;” [TMQ Ath-Thalaaq (65): 6]

 

Dari Abdulah bin Umar, dia berkata,

“Rasulullah pernah mempekerjakan penduduk Khaibar dengan bahagian (upah) dari hasil yang diperoleh, sama ada dalam bentuk buah-buahan atau tanaman.” (HR Muslim).

 

 

B) Pewarisan,

 

Berdasarkan firman Allah SWT.,

يُوْصِيْكُمُ اللّٰهُ فِيْٓ اَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْاُنْثَيَيْنِ

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan….” [TMQ An-Nisaa’ (4): 11]

 

C) Keperluan akan harta untuk menjaga kelangsungan hidup (nafkah).

 

Rasulullah SAW. bersabda,

“Barangsiapa yang meninggalkan harta, maka untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan dhaya’an (keluarga yang fakir), maka dia akan menjadi tanggungjawabku.”

 

D) Pemberian

 

 

 

 

وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَـًٔا فَتَحْرِيْرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَّدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ اِلٰٓى اَهْلِهٖٓ

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diyat” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati)..” [TMQ An-Nisaa’ (4): 92]

 

Nabi SAW. bersabda, “Dalam gigi terdapat diyat lima ekor unta.”

 

 

وَاٰتُوا النِّسَاۤءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحْلَةً

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib..” [TMQ An-Nisaa’ (4): 4].

 

D) Dan luqathah (barang yang ditemui), Rasulullah SAW. ketika ditanya mengenai barang yang ditemui, Baginda bersabda, “Barang yang ditemui di jalan raya atau kampung yang sibuk tidak dikira luqathah, jadi mesti diisytiharkan selama setahun. Jika pemiliknya datang memintanya, maka berikanlah barang itu kepadanya. Jika ia tidak datang, maka barang itu adalah milik anda. “Dan pada al-kharab (barang itu), iaitu di dalamnya serta di dalam rikaz (harta yang ditemui) terdapat al-khums (satu perlima daripada harta yang ditemui yang wajib dikeluarkan zakat).” (HR Abu Dawud)

 

E) Dan jalan-jalan di atas tanah rata yang biasa dilalui, dan santunan yang diberikan kepada khalifah, para mu’awin, para wali, dan pegawai pemerintah yang lain menjadi harta yang mereka peroleh kerana kesibukan mereka dalam melaksanakan syarak (menjalankan tugas negara). Bukan sebagai upah (al -ajr) kerana menjalankan tugas ini kerana mereka adalah pegawai kerajaan, bukan orang yang diupah. Diriwayatkan dari Abu Bakar ra. bahawasanya beliau ra. ketika telah dibaiat untuk menjadi khalifah, pada satu hari, beliau keluar untuk berjualan baju sebagaimana biasanya sebelum dibaiat, kemudian beliau bertemu dengan Umar dan bertanya,

 

“Mahu ke mana engkau wahai Abu Bakar?” Beliau menjawab, “Mahu ke pasar.” Umar bertanya, “Bagaimana dengan berbagai kepentingan (urusan) kaum muslim?” Abu Bakar kembali bertanya, “Dari mana aku memberi makan (nafkah untuk) keluargaku?” Umar berkata, “Kita tetapkan bahagian untukmu dari baitulmal.” Hal itu menjadi ijmak sahabat untuk memberikan santunan pada khalifah.

 

Inilah sebab-sebab kepemilikan yang khusus, dan selain dari itu, maka termasuk sebab-sebab pengembangan kepemilikan seperti perdagangan dan pertanian, bukannya sebab-sebab kepemilikan. Perbezaan antara sebab kepemilikan dengan sebab pengembangan kepemilikan adalah bahawa perkara pertama boleh direalisasikan tanpa perlu mempunyai modal seperti hadiah dan broker (al-samsarah) dan sebagainya.  Manakala untuk perkara kedua iaitu (pengembangan pemilikan) memerlukan adanya modal, seperti perdagangan.

 

Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)

 

Exit mobile version