Site icon MuslimahHTM News

Bahagian Muslimah Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir Menulis Surat Terbuka kepada Tentera Muslim untuk Membebaskan Tanah Suci Palestin

[Kenyataan Media] Bahagian Muslimah Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir Menulis Surat Terbuka kepada Tentera Muslim untuk Membebaskan Tanah Suci Palestin

 

Hari ini, kami dari Bahagian Muslimah di Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir telah menerbitkan Surat Terbuka daripada puteri-puteri ummah yang mulia ini kepada saudara, ayah, dan putera kami yang tulus di kalangan tentera di negeri-negeri Muslim, mendesak mereka untuk bangkit mengemban kewajipan Islam mereka untuk membela Muslim Palestin daripada entiti Yahudi yang kejam, dan membebaskan setiap inci Tanah Suci ini dari cengkaman pendudukan berdarah tersebut. Surat ini akan diterjemahkan ke dalam banyak bahasa dan disebarkan secara meluas di berbagai komuniti, media sosial, dan berbagai platform online lainnya di seluruh benua.

 

Lebih dari 40,000 nyawa telah dibantai di Gaza selama 10 bulan terakhir, sebahagian besar yang terkorban adalah kaum perempuan dan kanak-kanak. Sementara itu, pemerintahan di seluruh dunia, termasuk negara-negara Muslim, hanya menjadi penonton bisu atas pertumpahan darah ini, tanpa adanya tindakan politik untuk menghentikan pembantaian tersebut. Memang, banyak rejim di negara-negara Muslim selama beberapa dekad telah memperkuat penjajahan Zionis melalui perjanjian perdamaian, normalisasi, hubungan diplomatik, dan kerjasama ekonomi dengan entiti genosid ini. Para penguasa dan rejim di negeri Muslim yang merupakan pengikut dan pelayan Barat ini – bahkan telah bertindak sebagai pembela tegar bagi entiti pembunuh ini dan mencegah gerakan apa pun yang menentangnya. Mereka telah meninggalkan kaum Muslim yang tertindas, secara terbuka menunjukkan kesetiaan mereka kepada entiti Yahudi dan sponsor kolonialnya dari Barat, dan merantai tentera mereka di berek-berek sementara umat Islam mengalami pertumpahan darah.

 

Oleh kerana itu, di bahu saudara-saudara kami yang tulus dan berani di antara tentera Muslim terletak tugas untuk bangkit dan menjalankan kewajipan mereka untuk menjadi pembela dan pembebas umat Islam. Merekalah yang memiliki kekuatan perang – kereta kebal, jet, peluru berpandu, dan pasukan tentera – untuk membanteras pendudukan yang berbahaya dan mengakhiri pembantaian ini untuk selamanya. Sememangnya, apa guna semua pelatihan, senjata, dan kekuatan militer jika bukan untuk melindungi umat mereka dan membebaskan negeri-negeri mereka? Selain itu, gencatan senjata tidak akan mengakhiri genosid dan Nakba yang telah berlangsung selama tujuh dekad ini. Sebaliknya, hanya pembebasan seluruh tanah Palestin dari pendudukan biadab yang kejam inilah yang akan mengakhiri pembantaian, rasa sakit, dan penderitaan umat di Palestin. Dan hal ini tidak akan tercapai tanpa mobilisasi pasukan tentera yang telah tertancap iman di dalam dirinya.

 

Sebagai saudari-saudari ummah ini, kami menyeru saudara-saudara kami wahai para tentera Muslim,

Berapa lama lagi kalian akan tetap berada di dalam bayang-bayang sementara umat ini dimusnahkan dan tanah Al-Aqsa dinodai?!! Apa yang akan kalian katakan kepada Rabb, Allah (SWT) ketika Dia bertanya,

 

﴿وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا﴾ “

 

“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, perempuan, mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!”” [TMQ An-Nisa: 75]?

 

Kami mendesak kalian untuk bangkit dan mengakhiri takhta para penguasa Muslim pengecut dan pengkhianat yang telah mencemarkan nama kalian, menghapuskan batas-batas nasionalistik buatan kolonial yang memecah-belahkan antara negeri-negeri kita, dan bergerak maju ke Al-Quds untuk membela ibu-ibu dan anak-anak kita di Palestin.

 

Dan berikanlah Nusrah (pertolongan) kalian untuk tegaknya kepemimpinan Islam dan Sistem Allah (SWT) – Khilafah yang berdasarkan metode Kenabian yang menjadi penjaga, pelindung, dan perisai umat Islam.

 

Hanya institusi negara inilah yang akan mampu menggerakkan kalian untuk menunaikan peranan sejati kalian sebagai pembela, pembebas, dan pelindung umat serta agama kalian sebagaimana diperintahkan Allah (SWT); menjadikan kalian pahlawan umat Islam dan membawa kehormatan bagi nama kalian. Kalian adalah pewaris para pemimpin besar dan panglima Islam seperti Salahuddin Ayubi (rh), Muhammad bin Qasim (rh), dan Muhammad al Fatih (rh). Maka rangkullah warisan mereka dalam mencapai kemenangan besar bagi Deen kalian, termasuk pembebasan Al-Aqsa. Jadi tunggu apa lagi! Sekaranglah waktunya untuk kalian bertindak!

 

Link: https://www.facebook.com/profile.php?id=61565897097380

 

Bahagian Muslimah

Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir

Exit mobile version