Site icon MuslimahHTM News

NAMANYA TERPATRI DI DZAKIRAH AL AZHAR

NAMANYA TERPATRI DI DZAKIRAH AL AZHAR

Oleh : K.H. Hafidz Abdurrahman, MA

Siapa yang tidak mengenal nama al-‘Allamah al-Qadhi Yusuf an-Nabhani? Keilmuan, dedikasi dan kedudukannya dalam membela Islam dan Khilafah di zaman Khilafah Uthmani tak diragukan lagi.

Beliau adalah tokoh yang berhadapan dengan Muhammad Abduh yang pada masa itu dianggap pro-Barat. Kalau ingin tahu banyak tentang sosok Abduh yang sebenarnya, silalah baca disertasi (tesis) Dr. Muwafaq Bani Marjeh, “Shahwatu ar-Rajuli al-Maridh”.

Kedudukan, kesedaran dan dedikasi sang datuk (Sheikh Yusuf an-Nabhani) telah membawa Muhammad Taqiyuddin an-Nabhani kecil yang sudah terserlah kecerdasannya di majlis-majlis beliau. Datuk beliau jugalah yang meminta ayahnya untuk mengirimkan an-Nabhani muda ke Mesir, untuk belajar di Ma’had al-Azhar, kemudian melanjutkan pelajaran ke al-Azhar dan Darul Ulum.

Beliau di Mesir sezaman dengan Syaikh Abdullah Shiddiq al-Ghumari, yang juga sama-sama belajar kepada Syaikh Hudhair Husein. Datuk beliau turut membiayai semua keperluan beliau sepanjang di Mesir.

Saya mendengar penuturan murid dan tangan kanan beliau, bahawa sepanjang di Mesir beliau mempunyai pelayan yang melayani semua keperluan beliau, bermula dari menyiapkan makanan, mencuci dan menyiapkan pakaiannya.

Sebab itu, sepanjang di Mesir beliau yang memang memiliki kecerdasan luar biasa itu banyak menumpukan masanya untuk mengikuti talaqqi, membaca, menulis dan berdiskusi. Kata Syaikh as-Sya’rawi, beliau tidak banyak berbicara, tapi kalau berbicara seperti mutiara.

Maka, masih menurut murid beliau, ketika di Mesir beliau sudah menghabiskan 25,000 kitab. Menjelang pengakhiran hidup beliau, putra beliau menuturkan, tidak kurang dari 30,000 kitab. Bahkan di dalam situasi sukar sekalipun, setiap hari beliau masih mampu mengkhatamkan sebuah buku.

Kekuatannya membaca, menelaah dan menghafal terlihat jelas pada tulisan beliau yang luar biasa. Banyak kitab yang ditulis hanya dalam waktu singkat. Kitab Mafahim hanya ditulis dalam 3 jam dan kitab Syakhshiyyah Juz III hanya ditulis dalam waktu 3 hari.

SubhanaAllah.

Beliau benar-benar pemikir, mujtahid mutlak, ahli politik yang ulung dan pemimpin umat yang sukar ditandingi. Pengaruhnya begitu luar biasa, bukan saja semasa hidupnya, tetapi setelah beliau meninggal dunia.

Beliau bukan saja menjadi lulusan al-Azhar terbaik, bahkan menjadi kebanggan rakyat Palestin. Kerana itu, kelulusannya telah menjadi tajuk utama dalam akhbar Palestin pada saat itu.

Sahabat beliau, Syaikh Abdul Qadim Zallum, adalah juga alumni al-Azhar. Beliau ketika itu menjadi salah satu Syaikh di al-Azhar.

Di tangan beliau, tradisi talaqqi di al-Azhar dibawa ke jamaah yang kemudian dibentuk setelah kembali ke Palestin. Talaqqi yang kemudian menjadi ruh kebangkitan kader-kader binaannya itu disempurnakan. Tidak sekadar murid/daris membaca di hadapan syaikh/musyrif, tetapi satu per satu paragraf yang ditalaqqikan itu pemikirannya dijelaskan dan diturunkan ke dalam fakta yang boleh ditunjuk dengan jari.

Itulah yang menjadikan aqliyah murid/darisnya begitu kuat, melekat dan susah dihapus, kerana apa yang dipelajari sudah menjadi pemahaman, apa yang difahami sudah berubah menjadi keyakinan dan keyakinan itlahu mendorongnya untuk menerapkan.

Itulah talaqqi fikriyyan yang menjadi ruh kebangkitan murid dan kader-kadernya.

Exit mobile version