Trump Memberi Amaran “Israel Tidak Akan Wujud” jika Kamala Harris Menjadi Presiden
Berita:
Semasa debat presiden baru-baru ini, bekas Presiden Donald Trump membuat kenyataan yang telah menimbulkan kejutan terhadap masyarakat tempatan dan global. Trump mengisytiharkan, “Jika dia adalah presiden, saya percaya bahawa ‘Israel’ tidak akan wujud dalam masa dua tahun dari sekarang,” merujuk kepada Naib Presiden Kamala Harris. (Reuters)
Komentar:
Kenyataan Trump telah mencetuskan reaksi tajam merentasi spektrum politik dan menimbulkan kebimbangan tentang implikasi terhadap dasar luar AS, khususnya di Timur Tengah. Kedua-dua calon mengelak soalan langsung tentang cara mereka menangani perang yang sedang berlaku di Gaza, manakala Trump membuat dakwaan berani dan provokatif mengenai masa depan entiti itu di bawah kepimpinan Harris. Dia menegaskan, “Jika dia adalah presiden, saya percaya bahawa ‘Israel’ tidak akan wujud dalam masa dua tahun dari sekarang,” sekali lagi merujuk kepada Naib Presiden Harris.
Trump baru-baru ini memberitahu Koalisi Yahudi Republikan bahawa “‘Israel’ sudah tiada” jika Harris menjadi presiden. Dia juga telah membuat kenyataan yang sama pada masa lalu, menyatakan bahawa orang Yahudi yang mengundi Demokrat “membenci ‘Israel’.” Dalam responsnya, Harris menekankan sokongannya yang telah lama wujud untuk ‘Israel’ dan rakyatnya. “Sepanjang kerjaya dan hidup saya, saya telah menyokong ‘Israel’ dan rakyat ‘Israel’,” katanya.
Apa yang jelas daripada insiden ini ialah kebergantungan entiti Zionis terhadap sokongan Barat, khususnya dari Amerika Syarikat. Kita mesti mengingatkan umat agar tetap teguh dengan penyelesaian Islam, dan isu Palestin adalah isu Islam, yang mesti diselesaikan dengan penyelesaian Islam. Usaha-usaha kita mesti disatukan untuk merealisasikan satu bentuk respon dari umat Nabi yang bersatu. Yakni respon yang mengajak kepada keadilan Allah SWT daripada Islam. Kita mesti terus mempertanggungjawabkan orang-orang yang zalim, mengingatkan mereka tentang pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT pada hari kiamat. Kita mesti mendidik diri kita tentang sistem Islam yang melindungi ummah. Kita mesti terus mendedahkan penipuan dunia yang sedang berlaku demi mendanai genosid. Kita mesti memahami realiti dan naratif sejarah di sebalik pendudukan dan menyebarkan kesedaran tentangnya.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Haitham Ibn Thbait
Wakil Pejabat Media Hizb ut Tahrir di Amerika

