Site icon MuslimahHTM News

Hadits Shiyam] Bagaimana Membangkitkan Umat Islam Saat Ini?

[Hadits Shiyam] Bagaimana Membangkitkan Umat Islam Saat Ini? (Bahagian 1/2)

Kebangkitan adalah meningkatnya taraf pemikiran, sedangkan makna kebangkitan yang dimaksudkan sebagai meningkatkan taraf perekonomian tidak termasuk kebangkitan. Alasannya, Kuwait perekonomiannya maju dan berkembang sebagaimana negara-negara Eropah, seperti Sweden, Belanda, dan Belgium. Akan tetapi negara-negara Sweden, Belanda, dan Belgium mampu bangkit, sementara Kuwait tidak mampu bangkit.

Begitu pula meningkatnya perilaku akhlak tidak dapat digolongkan sebagai kebangkitan. Alasannya, kota Madinah pada saat ini termasuk kota-kota di dunia yang perilaku akhlaknya tinggi, tetapi tidak bangkit. Alasan lainnya, kota Paris yang terkenal perilaku akhlaknya yang rendah, tetapi mampu bangkit. Oleh kerana itu, kebangkitan adalah meningkatnya taraf pemikiran.

Kebangkitan itu boleh jadi benar (sahih), boleh jadi juga keliru. Amerika, Eropah, dan Rusia adalah negara-negara yang mengalami kebangkitan, tetapi kebangkitannya tidak benar. Ini kerana kebangkitannya tidak didasari oleh asas yang bersifat ruhiyah. Kebangkitan yang benar (sahih) adalah meningkatnya taraf berfikir yang didasarkan pada asas ruhiyah. Kebangkitan yang tidak didasarkan pada asas ruhiyah memang mampu bangkit, tetapi kebangkitannya tidak termasuk kebangkitan yang benar.

Apa pun jenis kebangkitan tetap tidak dapat disebut kebangkitan yang benar selagi tidak didasarkan pada asas pemikiran Islam. Jadi, kebangkitan yang sahih itu hanyalah kebangkitan Islam. Ini kerana hanya Islam saja yang berdasarkan asas ruhiyah.

Metode untuk mencapai kebangkitan itu adalah dengan menegakkan pemerintahan yang didasarkan pada pemikiran, bukan didasarkan pada peraturan, perundangan, atau pun hukum. Penegakan negara yang berdasarkan pada perundangan dan hukum tidak mungkin mencapai kebangkitan. Malah sebaliknya, jika itu yang terjadi akan sangat membahayakan kebangkitan itu sendiri. Jadi, tidak mungkin kebangkitan itu diraih, kecuali dengan menegakkan pemerintahan dan kekuasaan atas dasar pemikiran.

Dari pemikiran inilah muncul pemecahan-pemecahan praktikal untuk mengatasi segala persoalan kehidupan. Dengan kata lain, daripada pemikiran tersebut keluar segala bentuk peraturan, perundangan, dan hukum.

Tatkala Eropah mengalami kebangkitan, maka kebangkitannya didasarkan pada suatu pemikiran, iaitu pemisahan urusan agama dengan negara (sekularisme) dan kebebasan. Begitu pula Amerika, tatkala mengalami kebangkitan, kebangkitannya didasarkan pada suatu pemikiran, iaitu sekularisme dan kebebasan.

Rusia tatkala mengalami kebangkitan, kebangkitannya didasarkan pada suatu pemikiran, iaitu material (kebendaan) dan perubahan/evolusi material. Evolusi material adalah perubahan sesuatu dengan sendirinya daripada suatu keadaan menuju keadaan lain yang lebih baik. Rusia menegakkan pemerintahannya pada 1917 yang didasarkan pada pemikiran semacam ini hingga Rusia bangkit.

Negeri Arab tatkala mengalami kebangkitan, sesungguhnya kebangkitannya didasarkan pada pemikiran Islam. Hal ini terbukti tatkala diutusnya Rasulullah SAW dengan membawa risalah daripada Allah. Di atas landasan ini ditegakkan pemerintahan dan kekuasaan. Negeri Arab pun bangkit tatkala mereka meyakini dan berpegang teguh pada pemikiran Islam dan di atasnya dibangun pemerintahan dan kekuasaan.

Semua ini merupakan pembahasan yang pasti bahawa metode (kaedah) untuk mencapai kebangkitan adalah dengan menegakkan pemerintahan di atas suatu pemikiran. Bukti lain yang menunjukkan bahawa menegakkan pemerintahan di atas dasar peraturan, perundangan, dan hukum tidak mampu mencapai kebangkitan adalah apa yang dilakukan Mustafa Kamal di Turki. Dia menegakkan pemerintahan di atas dasar peraturan dan perundangan-undangan untuk meraih kebangkitan, seraya mengambil peraturan-peraturan dan perundang-undangan Barat. Kemudian, di atasnya dibangun pemerintahan. Dia melaksanakannya dengan sekuat tenaga secara praktikal melalui `kuku besi‘. Meskipun demikian, tetap saja Turki tidak mampu meraih kebangkitan, malah mengalami kemunduran.

Jadilah Turki sebagai salah satu negeri yang mundur, padahal Lenin muncul hampir bersamaan dengan Mustafa Kamal. Namun, Lenin mampu membangkitkan Rusia menjadi negara yang kuat, bahkan tergolong negara yang tetap terkuat sekarang. Penyebabnya tiada lain kerana Lenin mendirikan pemerintahan di atas landasan suatu pemikiran, iaitu pemikiran Komunisme. Daripada pemikiran ini, muncul pemecahan-pemecahan terhadap permasalahan kehidupan sehari-hari berupa peraturan dan perundang-undangan yang dijadikan solusi terhadap segala bentuk masalah dalam bentuk hukum yang bersandar pada pemikiran tersebut. Dengan kata lain, daripada pemikiran ini telah dibangunkan pemerintahan sehingga mampu meraih kebangkitan.

Pada 1917, Lenin membangun pemerintahan Rusia di atas landasan suatu pemikiran. Alhasil, Rusia pun bangkit. Sementara itu pada 1924, Mustafa Kamal membangun pemerintahan di atas landasan peraturan dan perundang-undangan untuk membangkitkan Turki, tetapi dia tidak mampu. Malah Turki menjadi terbelakang sebab pemerintahan dibangun di atas landasan peraturan dan perundang-undangan. Ini adalah faktor yang tidak berhasil membangkitkan, bahkan membahayakan Turki.

Contoh lainnya adalah apa yang dilakukan oleh Gamal Abdunnaser di Mesir. Sejak 1952, pemerintahannya dibangun di atas landasan peraturan dan perundang-undangan. Pertama-tamanya, sistem pemerintahan diubah menjadi sistem pemerintahan Republik, menggantikan sistem kerajaan. Kemudian dilakukan reformasi tanah (land reform) dengan membahagi-bahagikan tanah pertanian. Setelah itu berpaling pada peraturan-peraturan sosialis sehingga negaranya disebut sebagai negara sosialis, tetapi kebangkitan tidak pernah mampu diwujudkan.

Malah Mesir pada hari ini sudah termasuk negeri-negeri terbelakang dari sisi pemikiran, ekonomi, dan politiknya, dibandingkan dengan sebelum 1952, iaitu sebelum terjadi kudeta militer. Begitu pula anggota-anggota parlimennya saat ini, dibandingkan dengan anggota-anggota parlimen (saat itu dinamakan Majlis Umat) sebelum 1952, kemampuan pemikiran dan politiknya sangat berbeza. Perubahan yang terjadi di Mesir tetap tidak mampu membangkitkannya kerana pemerintahannya dibangun di atas landasan peraturan dan perundang-undangan. Ini kerana apa yang mampu membangkitkan hanyalah pemerintahan yang dibangun berlandaskan pada suatu pemikiran.

[Bersambung]

Sumber: Haditsu Ash-Shiyam
muslimahnewsID

Exit mobile version