Site icon MuslimahHTM News

[Ath-Thariq] Sejarah dan Penerapan Islam (Bahagian 2/2)

[Ath-Thariq] Sejarah dan Penerapan Islam (Bahagian 2/2)

Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat

 

[Bersambung dari bahagian 1/2]

 

Pada kesempatan ini, kami akan mencuba memberikan sedikit penjelasan tentang sumber-sumber sejarah. Ini bertujuan memaklumkan sumber yang layak digunakan dan dijadikan pegangan dalam proses mengkaji penerapan Islam dan untuk menjelaskan sumber yang rosak agar tidak dijadikan pegangan.

 

Berkaitan dengan buku-buku sejarah yang dikarang dengan cara menukil dari buku semisalnya, maka tidak boleh menjadi pegangan, kerana buku-buku tersebut tidak termasuk sejarah ditinjau dari makna kalimatnya. Ia merupakan karangan saja, bukan sejarah. Buku-buku tersebut banyak berpegang pada akal, khurafat, dan konklusif (persepsi). Sedangkan sejarah pada dasarnya merupakan penukilan tentang berbagai peristiwa sebagaimana adanya, bukan sebagaimana yang diinginkan sang sejarawan agar terjadi. Jenis buku seperti ini tidak banyak berbeza dengan buku yang berisi kisah dan hikayat yang bersandar pada khayalan yang bersandar pada khayalan dan kesimpulan yang dibuat-buat. Oleh kerana itu, secara mutlak buku-buku tersebut tidak boleh dijadikan pegangan.

 

Mengenai atsar, apabila dipelajari secara murni dan objektif, akan memberikan gambaran yang benar tentang sebuah realiti dan peristiwa yang telah terjadi. Akan tetapi, atsar ini memerlukan unsur rangkaian (mata rantai) sejarah yang penting untuk mengaitkan dan menghubungkan peristiwa-peristiwa tersebut. Jenis ini memberikan pemikiran yang terbatas pada suatu masa yang terhad dan benda-benda yang juga terhad.

 

Contohnya adalah piramid Mesir, monumen peninggalan Kerajaan Romawi, istana-istana khalifah kaum muslim, bangunan-bangunan kaum muslim dalam bentuk umum, rumah-rumah mereka, peralatan yang mereka gunakan dalam kehidupan mereka, peninggalan struktur atau binaan penginapan/penempatan, rumah sakit, dan masjid yang dahulunya digunakan oleh kaum muslim. Berbagai atsar seperti ini boleh memberikan sebuah gambaran, tetapi gambarannya tidak komprehensif sehingga tidak mungkin menjadi pegangan secara menyeluruh.

 

Sedangkan riwayat, maka ia menjadi satu-satunya sumber yang benar yang boleh menyampaikan pada tujuan yang dimaksud. Riwayat menjadi satu-satunya sumber yang boleh dijadikan pegangan dalam meneliti tatacara penerapan Islam. Hal ini terjadi ketika riwayat tersebut menuruti jalan yang sehat (tidak cacat) dalam penukilannya.

 

Para sejarawan muslim ketika memulai penulisan sejarah, seperti Ath-Thabari, Ibnu Jarir, Ibnu Atsir, dan Ibnu Hisyam, mereka berjalan di atas metode periwayatan iaitu mereka mengaitkan para rawi (yang meriwayatkan) peristiwa tersebut hingga sampai pada orang yang menyaksikan sendiri terjadinya peristiwa tersebut atau mendengar kisahnya dari orang yang menjadi pelaku peristiwa tersebut.

 

Metode periwayatan dalam sejarah sama dengan metode periwayatan hadis Rasulullah SAW. Ia menjadi satu-satunya metode periwayatan yang benar, kerana ialah satu-satunya yang menjamin dan memastikan tidak adanya kebohongan dan rekayasa dalam penukilan serta memastikan agar dapat diketahui perawi yang berdusta. Hal ini boleh diketahui dengan ilmu rijal al-hadits wan naql (ilmu hadis yang membahas biografi dan kualiti peribadi para perawi hadis) dan ilmu al-jarh wa ta’dil (ilmu hadis yang berisi celaan dan pujian pada periwayat hadis).

 

Contohnya seorang sejarawan meriwayatkan bahawa sebuah peristiwa telah terjadi pada tahun sekian, maka yang dituntut dari  perawinya ini adalah agar dia memberitahukan sumber periwayatan tersebut, yakni si perawi mengatakan, “Si fulan telah meriwayatkan ini dari si fulan dari si fulan—yang menyaksikan dan mendengar riwayat tersebut.” Adapun tugas kita adalah memastikan keadaan para perawi seluruhnya sebagai orang yang jujur dengan meneliti buku-buku yang berisi informasi tentang para perawi sehingga kita akan sampai pada sebuah kebenaran dan merasa tenang.

 

Lain lagi dengan yang terjadi dalam buku-buku sejarah. Seluruh sejarawan menukil dari yang lainnya sehingga kebenaran pun hilang dan tidak diketahui mana yang jujur dan mana yang dusta (benar atau tidaknya) khabar tersebut.

 

Dengan demikian, kaum muslim tidak boleh mengajarkan sejarah Islam pada anak-anak mereka yang bersumberkan buku-buku orang kafir, orang dengki, atau orang yang tidak bersih dan juga buku-buku sejarah yang dikarang bersumberkan dari buku-buku serupa.

 

Pada dasarnya, kaum muslim wajib untuk mengembalikan penulisan sejarah pada metode periwayatan. Bagaimanapun, mereka belum menulis sejarah mereka atau sejarah umat lain dengan menggunakan metode ini, dengan pengecualian beberapa masa awal setelah tegaknya Daulah Islam, dan ini tergambar dalam sirah nabawiyah dan yang berkaitan dengan peristiwa sejarah dalam Islam.

 

Adapun berkaitan dengan sejarah umat selain mereka, maka boleh dibandingkan dengan buku-buku seperti karya Ath-Thabari dan Ibnu Jarir, bahawasanya buku-buku mereka (selain umat Islam) bersandar pada khurafat dan khayalan. Banyak sejarawan yang mengkaji sejarah Islam tidak meneliti sepenuhnya peristiwa sirah, dan dapat diperhatikan pula bahawa fokus pembahasan mereka hanyalah sejarah orang-orang tertentu dan tidak adanya perhatian yang cukup atas keadaan dan keadaan masyarakat. Oleh kerana itu, sesungguhnya sejarah kita ini perlu untuk ditinjau dan ditulis ulang, setelah memastikan kebenaran setiap peristiwa dan terjaminnya kejujuran para perawi.

 

Sebelum menyelesaikan pembahasan sejarah ini, kita mesti mengalihkan perhatian pada masalah hubungan sejarah dengan kebangkitan. Hal ini perlu kerana sebahagian orang meragukan adanya hubungan di antara keduanya. Mereka mengatakan sejarah itu menjadi asas landasan kebangkitan, padahal sebenarnya sejarah itu hanya diambil sebagai pelajaran (manfaat) dari berbagai peristiwa dan pengalaman yang terjadi sebelumnya, lalu berusaha untuk menjauhi kesalahan, selain itu, tidak.

 

Kebangkitan itu tidak akan berlaku melainkan kita mengkaji realiti yang rosak dan memahaminya dengan sempurna, kemudian mencari penyelesaian kepada realiti ini. Syarat untuk penyelesaian kepada kebenaran dan kuasa penyembuhannya boleh dipastikan ialah ia tidak mengandungi keraguan dalam hala tuju dan perjalanannya, sama seperti sejarah.

 

Dengan meneliti sejarah sesuai dengan yang sudah dipaparkan, jelaslah bahawa Daulah Islam secara mutlak tidak pernah menerapkan sesuatu selain Islam selama berdirinya. Keadaan ini terus berlangsung hingga masa kehancurannya. Kemudian masuklah para penjajah dan merobek-robek daulah agung ini. Sebahagian besar darinya telah ditelan oleh rentang waktu yang panjang.

 

Bagaimanapun, bukti-bukti yang ada menunjukkan bahawa penjajahan, walaupun para penjajah telah mengerahkan segenap kemampuan, terbukti gagal. Umat ini masih terus mencari ideologinya dan berusaha mewujudkannya kembali dalam kancah kehidupan. Ini kerana umat mengetahui secara pasti bahawasanya tidak ada kemuliaan, kehormatan, dan kebangkitan baginya kecuali dengan ideologinya (Islam). Berdasarkan semua ini, menjadikan Islam sebagai landasan perubahan adalah sebuah keharusan.

 

Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)

 

 

 

Exit mobile version