Sesiapa yang Mencari Perlindungan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Sistem Antarabangsa adalah ibarat Orang yang Mencari Perlindungan daripada Mulut Buaya namun Terjun ke Mulut Harimau!
(Diterjemah)
Sementara entiti Y4hudi menyerang Semenanjung Gaza, Tebing Barat, dan Lubnan namun tidak menerima sebarang respon, kecuali daripada individu atau kumpulan, dengan kemampuan yang tidak mewakili satu per sepuluh daripada apa yang diberikan oleh penjenayah terbesar sistem antarabangsa kepada entiti Y4hudi tersebut; Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati, hari ini merayu kepada Majlis Keselamatan PBB untuk mendesak entiti Y4hudi agar menghentikan serangan terhadap Lubnan, dan beliau berterima kasih kepada Perancis dan Amerika atas inisiatif mereka ke arah gencatan senjata. Menteri Luar Lubnan, Abdallah Bou Habib, mendahuluinya dengan mengisytiharkan bahawa Amerika adalah kunci untuk menyelamatkan mereka dan harapan diletakkan padanya.
Apakah pegawai-pegawai ini mengabaikan atau melupakan kebenaran bahawa PBB dan tindakan-tindakannya yang memusuhi umat Islam dan berat sebelah terhadap entiti Y4hudi?! Atau mungkin mereka terlupa bahawa keputusan asas dalam penubuhan entiti ini adalah hasil daripada PBB, dan hasil negara-negara yang mereka ucapkan terima kasih dan sandarkan harapan mereka! Bukankah entiti ini telah mengebom Gaza, Syria dan Lubnan dengan senjata Amerika, Perancis dan Britain?! Tidakkah negara-negara besar ini menghalang resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk entiti Y4hudi?! Jadi bagaimana kita boleh merayu kepada negara-negara penjenayah utama yang bertanggungjawab mencipta dan menaja entiti ini untuk menentangnya?! Bolehkah anggur dipetik dari duri?! Dan adakah orang yang bijak akan merujuk kepada lawannya?! Apa yang tidak kena dengan kalian? Bagaimana kalian membuat penilaian?! Atau adakah kalian memiliki buku (rujukan) tentang ketaatan dan kebergantungan kepada Barat yang kalian pelajari?!
Wahai Muslimin: Pernyataan yang singkat dan berguna tentang keselamatan kalian daripada serangan Y4hudi terletak pada menggerakkan ketenteraan kalian untuk menghapuskannya, sedangkan untuk merayu kepada negara-negara besar, PBB dan sistem antarabangsa, ia ibarat melemparkan debu ke mata kalian, dan memperdayakan kalian bahawa apa yang para penguasa kalian perlu lakukan adalah merayu di depan pintu para penjenayah ini. Jika hal ini membawa apa-apa makna, ia menunjukkan persekongkolan pemerintah kalian tanpa terkecuali dengan Y4hudi terhadap kalian, secara langsung dan terang-terangan seperti Emiriah, Mesir dan Jordan, atau secara tidak langsung dan terang-terangan seperti Arab Saudi, Iran dan Turki.
Semua orang mengabaikan Gaza dan meninggalkannya untuk dimusnahkan, begitu juga Lubnan, dan mereka merasa cukup sekadar mengejar inisiatif Amerika atau Perancis, yang matlamat utama mereka adalah menubuhkan entiti tersebut. Mereka cuba menormalisasikannya, sementara mereka mengikat para tentera di berek-berek mereka dan membiarkan senjata-senjata tertutup diselaputi dengan karat-karat pengecut dan pasrah. Adapun Iran, yang mendakwa menentang Y4hudi, dan yang tidak berhenti membangun orbitnya di orbit Amerika, sementara Gaza sedang dimusnahkan dan Lubnan juga sedang dimusnahkan, para pemimpinnya mengisytiharkan bahawa mereka adalah saudara kepada Amerika, dan bahawa mereka tidak menginginkan perang, dan mereka menyeru agar negara-negara besar berunding mengenai isu nuklear Iran, padahal merekalah orang-orang sama yang telah mengancam dan berikrar sejak bertahun-tahun untuk menghapuskan entiti Y4hudi dari peta jika ia menyerang Lubnan atau Iran!
Wahai umat Islam: Entiti Y4hudi adalah hasil penjajahan, penyokongnya adalah negara-negara besar, dan pelindungnya adalah penguasa kalian yang zalim. Apa yang berlaku pada 7 Oktober 2023 mendedahkan kerapuhan sebenar entiti yang dahsyat ini. Pencerobohannya sekarang ke atas Gaza dan Lubnan, dengan sokongan negara-negara penjajah kufur (kafir) Barat dan pengekor negara-negara Arab, hanyalah untuk memulihkan prestij palsunya dan memperlihatkan dirinya sebagai pemilik kuasa yang tidak dapat dikalahkan. Padahal ia lebih lemah daripada sarang labah-labah, dan ini telah tampak jelas kepada para pejuang yang setia kepada agama dan ummah mereka.
Wahai Muslimin: Jika Khilafah yang mentaati perintah Tuhannya berdiri di tengah-tengah kalian, nescaya ia akan mengisytiharkan jihad terhadap entiti ini dan penyokongnya, dan akan menggerakkan tentera dan menyiapkan sarana untuk menghancurkannnya.
Kerana Allah SWT menjanjikan kepada kalian kemenangan atas kaum Y4hudi, dan hari kiamat tidak akan datang sehingga kamu memerangi mereka dan membunuh mereka, dan mungkin peristiwa Taufan Al-Aqsa akan menjadi permulaannya. Maka, berdirilah teguh, bersatulah, dan satukan urusan kalian, dan kerahkan tentera dan dapatkan kembali kepimpinan mereka, dan tumbangkanlah orang-orang yang zalim yang melindungi Y4hudi dan ejen-ejen Barat sehingga janji Allah terpenuhi di tangan-tangan kamu, dan yakinlah bahawa Allah itu bersama kalian, dan janganlah kalian melupakan janji-Nya.
[يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ * وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْساً لَّهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ]
“ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka..” [TMQ Muhammad [47]:7-8]
Pejabat Media Hizbut Tahrir
di Wilayah Lubnan