Site icon MuslimahHTM News

17000 Jasad-jasad Kecil

17000 Jasad-jasad Kecil

 

Berita:

 

Para pemimpin Israel sangat gembira dengan kemajuan serangan terhadap Hezbollah yang bermula dengan letupan alat kelui dan radio yang dilengkapi senjata, seterusnya beralih kepada serangan udara yang sengit dan membawa maut. Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, berkata: “Hari ini adalah satu karya agung… Ini adalah minggu terburuk yang pernah dihadapi Hezbollah sejak penubuhannya, dan hasilnya sudah menunjukkan kebenarannya.” (BBC)

 

Komentar:

 

Letupan gadget bersenjata, diikuti dengan “serangan meluas”, mengakibatkan lebih 500 orang terbunuh di Lubnan sejak Isnin, 23 September. Menurut kementerian kesihatan Lubnan, wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan adalah antara yang terbunuh dan mengalami kecederaan. Hezbollah ialah kumpulan penentang yang menjadi terkenal sekitar 1980-an dalam menentang ‘Israel’, yang mana pasukan tenteranya telah menduduki selatan Lubnan semasa perang saudara di negara itu pada 1975-1990. Sebelum ini kita telah melihat sorotan tajuk-tajuk utama dan rancangan temu bual berapi-api tentang kuasa jahat Hamas di Palestin dan jika kita mengimbau kembali ke kisah lalu, kita akan menemui padnagan yang sama pernah dimunculkan tentang Taliban dari Afghanistan.

 

Hezbollah, seperti kumpulan-kumpulan lain ini, adalah kumpulan gerakan reaksioner* dan semua kumpulan ini telah ditubuhkan selepas pembentukan Negara Bangsa, yang mana pada dasarnya terbentuk sebagai tindak balas kepada ketidakadilan yang berlaku. Maka asasnya adalah nasionalisme tetapi stigma agama Islam, dan nama-nama Muslim, dipantulkan sebagai cahaya yang menyala, yang menimbulkan ketakutan akan kepupusan dalam musuh-musuh Islam kerana ia kelihatan memancar seperti api yang akan membakar dan menghapuskan kekufuran. Manakala bagi umat Islam ia kelihatan sebagai cahaya yang akan menunjukkan kepada mereka jalan menuju destinasi terakhir mereka: pencapaian Negara Islam.

 

Sebagai umat Islam, sirah Nabi Muhammad SAW adalah cara hidup kita. Sirahnya mengajar kita untuk menjadi perisai bagi kanak-kanak dan para muslimah. Kita mesti mengambil pengajaran dan belajar tentang objektif, sebab-musabab, strategi dan taktik pertempurannya. Dalam tempoh 10 bulan yang lalu, 17000 anak-anak kecil telah dibunuh. Ini adalah kiraan anggaran berdasarkan pembunuhan yang dilaporkan, selain jumlah yang hilang di bawah runtuhan.

 

[الَّذِينَ آمَنُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُواْ أَوْلِيَاء الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا]

“Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.” [TMQ An-Nisa (4): 76]

 

Sejurus sebelum kehancurannya, ketika Khilafah (Khilafah) berada pada tahap paling lemah, umat Islam di seluruh dunia memulakan gerakan yang berbeza untuk menyelamatkan Khilafah daripada kejatuhan. Motif gerakan ini adalah untuk menyelamatkan perisai ummah ini daripada musnah.

 

Imam Shameer dari Chechnya, Muhammad ibn Ali al Senussi, Omar Mukhtar dari Libya, Syed Ahmad Shaheed Brelvi adalah beberapa contoh ulama yang bertukar menjadi pejuang kemerdekaan, menyedari hakikat bahawa umat Islam memerlukan contoh keberanian dan ketahanan daripada orang yang mereka percayai. Sehingga kini, penjajah tidak boleh mencemarkan nama mereka ini dan yang lain-lainnya, kerana mereka berdiri di atas landasan yang sama, berjuang untuk menyelamatkan Khilafah.

 

Selepas pemecahan demi pembahagian tanah umat Islam, mereka dihidangkan pula dengan buah terlarang bernama nasionalisme. Maka dengan itu berlakulah pemecahan yang lebih meluas. Sesiapa yang mempertahankan sesuatu, tidak boleh menuntut keseluruhannya. Berjuta-juta umat Islam telah kehilangan nyawa mereka selepas Khilafah diruntuhkan, negara-negara dianugerahkan dan kemudiannya dimusnahkan oleh kuasa penjajah yang bersikap tidak ambil peduli pada sesiapapun. Idea-idea revolusioner dipinjam dan dicampur-adukkan dengan akidah Islam. Kumpulan penentang bangkit dan berjuang habis-habisan, yang lain mengambil perhatian dan membuat catatan terhadap peristiwa-peristiwa tersebut, menjadikannya sebagai bahan berita dan berfikir bahawa keadaan tersebut tidak akan menimpa mereka. Mereka terus mencuba dan masih lagi mencuba untuk berkawan dengan pihak musuh, sehingga lupa bahawa iman adalah tembok yang menghalang antara musuh dan mereka.

 

[وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ]

 

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” [TMQ Ali- Imran: 103].

 

Umat ​​Islam zaman ini perlu meninggikan suara dan menyeru para tentera yang merupakan anak-anak kepada ibu-ibu kaum Muslim. Jika ulama sufi boleh menaiki kuda dan berperang mengikut keperluan masa, maka mengapa tidak dan apa salahnya anak-anak lelaki yang beruniform dan terlatih dari umat ini. Orang yang berdiri untuk Allah, akan mendapati kakinya teguh di tanah. Lelaki yang menyedari tujuan hidupnya akan mencari jalan untuk bertindak.

 

Di mata ummah, kalian adalah lelaki, kalian adalah anak lelaki, kalian adalah hamba Allah. Berdirilah, tetap teguh, serulah Khilafah dengan manhaj kenabian. Inilah tuntutan kepada para tentera Muslim agar bangkit memerangi musuh dan menolong para ibu yang meratap sayu.

 

Ditulis untuk Pejabat Media Hizbut Tahrir oleh

Ikhlaq Jehan

 

 

—————————————

 

 

* Individu atau golongan yang akan bertindak sebagai reaksi kepada sesuatu tindakan atau keputusan. Individu ini merupakan golongan yang sensitif terhadap sesuatu isu, namun mereka tidak akan bertindak sekiranya perkara tersebut tidak ditimbulkan.

Exit mobile version