Site icon MuslimahHTM News

[Ath-Thariq] Pentingnya Aktiviti Merealisasikan Islam Menurut Pertimbangan Akal dan Wajibnya Aktiviti Tersebut Menurut Hukum Syarak (Bahagian 1/2)

[Ath-Thariq] Pentingnya Aktiviti Merealisasikan Islam Menurut Pertimbangan Akal dan Wajibnya Aktiviti Tersebut Menurut Hukum Syarak (Bahagian 1/2)

Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat

 

  1. Pentingnya perubahan ditinjau dari segi akal.

 

Dalam pembahasan realiti yang rosak, kita telah membahas pentingnya mengubah realiti tersebut ke dalam bentuk realiti ideal. Pada saat membahas masalah ini, kita dapati bahawa seluruh pemikiran yang gugur merupakan pemikiran yang rosak, yang tidak layak digunakan dalam proses perubahan, apalagi kebangkitan.

 

Alasannya kerana pemikiran-pemikiran yang gugur untuk digunakan meraih kebangkitan, secara umum terbahagi dua kategori. Pertama, pemikiran-pemikiran cabang atau umum yang tidak layak menjadi asas pemikiran mahupun penghurai simpulan besar (hall al-uqdat al-kubra) sehingga kita tidak mungkin meraih kebangkitan dengan menggunakannya. Kedua adalah ideologi-ideologi selain Islam. Selain kerana tidak memuaskan akal dan tidak selaras dengan fitrah manusia, juga tidak mampu menghuraikan simpulan besar (al-uqdah al-kubra) dengan penyelesaian yang benar sehingga dengan sendirinya tidak layak untuk meraih kebangkitan yang benar kerana rosaknya asas kedua ideologi ini, juga rosaknya sistem yang dibangun di atas asas yang rosak tersebut.

 

Setelah kita membahas realiti ideologi Islam, kita dapati bahawa hanya Islam satu-satunya yang dapat memuaskan akal dan sesuai dengan fitrah sehingga dapat menenteramkan hati. Kita juga mendapati bahawa berbagai penyelesaian (Solusi) yang lahir dari asas pemikiran Islam merupakan penyelesaian yang selaras dengan realiti manusia. Pada saat kita analogikan dengan fakta penerapan Islam (ketika Islam masih diterapkan-pen.), kita boleh merasakan sebuah kejayaan yang amat gemilang. Berdasarkan faktor-faktor inilah sebuah perubahan itu perlu ditegakkan berdasarkan asas Islam.

 

Oleh kerana itu, agar terlepas dari realiti yang rosak ini, akal yang waras memerlukan seseorang untuk menggali dan membahas Islam, dan enggan untuk mencari sebarang penyelesaian apa pun selain daripada Islam. Jadi, akal dan pemikiran yang cemerlang serta kemampuan memahami realiti yang rosak, seluruhnya merupakan hal-hal yang menjadikan usaha menuju perubahan itu sebagai satu kemestian, tidak dapat dielakkan, dan ia tergolong perkara yang mesti dilakukan. Selain itu, memilih Islam sebagai satu-saatunya jalan menuju perubahan adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan lagi, perkara yang tidak boleh diganti lagi, bagaimanapun dan dengan apa pun jua.

 

  1. Fardhunya perubahan ditinjau dari segi syarak.

 

Allah SWT—yang telah menurunkan ideologi Islam pada kita—telah mewajibkan kepada kaum muslim untuk berusaha sekuat tenaga merealisasikan Islam dalam kancah kehidupan, agar menempati posisinya yang utama lagi mulia di dunia. Dengan demikian, umat dapat bangkit bersama mereka (yakni kaum muslim) yang memeluk dan meyakini ideologi ini. Pada masa itulah darjat manusia secara keseluruhannya memperoleh kebahagiaannya sendiri dengan tercapainya posisi yang ideal ini.

 

Ratusan ayat di dalam Al-Quran telah mendorong kaum muslim, yang memfokuskan pentingnya menjadikan Islam sebagai hakim dalam realiti kehidupan. Ratusan ayat lain juga datang mengharamkan secara mutlak atas kaum muslim untuk menerima kedaluatan selain Islam, mengharamkan secara mutlak untuk tunduk patuh kepada selain Islam, sekaligus agar tidak menjalankan segala urusan kaum muslim berdasarkan asas yang bukan asas Islam.

 

Sebahagian ayat tersebut sebagai berikut:

اِنَّآ اَنْزَلْنَآ اِلَيْكَ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَآ اَرٰىكَ اللّٰهُ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu … “ (TMQ An-Nisa: 105).

 

وَلْيَحْكُمْ اَهْلُ الْاِنْجِيْلِ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ فِيْهِۗ وَمَنْ لَّمْ يَحْكُمْ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْفٰسِقُوْنَ

“Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang  fasik.” (TMQ Al-Maidah: 47).

 

وَمَنْ لَّمْ يَحْكُمْ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْكٰفِرُوْنَ

“Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (TMQ Al-Maidah: 44).

 

وَمَنْ لَّمْ يَحْكُمْ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ

“Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (TMQ Al-Maidah: 45).

 

وَاَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ وَلَا تَتَّبِعْ اَهْوَاۤءَهُمْ

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (TMQ Al-Maidah: 49).

 

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُوْنَ حَتّٰى يُحَكِّمُوْكَ فِيْمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوْا فِيْٓ اَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (TMQ An-Nisa: 65).

 

اَلَمْ تَرَ اِلَى الَّذِيْنَ يَزْعُمُوْنَ اَنَّهُمْ اٰمَنُوْا بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمَآ اُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيْدُوْنَ اَنْ يَّتَحَاكَمُوْٓا اِلَى الطَّاغُوْتِ وَقَدْ اُمِرُوْٓا اَنْ يَّكْفُرُوْا بِهٖ

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thagut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari tagut itu.” (TMQ An-Nisa: 60).

 

Dan Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap perkara yang tidak berasal (bersumber) dari kami, maka ia akan tertolak.”

 

“Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan sesuatu yang fardhu, maka janganlah kalian mengabaikannya, dan Dia telah mencegah kalian dari sesuatu, maka janganlah kalian melanggarnya.”

 

“Barang siapa yang berbicara dalam urusan kami yang tidak berasal dari kami, maka ia tertolak.”

 

Nas-nas yang mengandung pengertian yang pasti (qath’i al-dilalah) ini menunjukkan bahawa Allah SWT telah mewajibkan pada kaum muslim untuk menjadikan Islam sebagai hakim (pemimpin) dalam seluruh aspek kehidupan mereka dan mengharamkan mereka secara mutlak untuk menerima selain Islam. Sebagaimana dalam firman-Nya,

 

يَّجْعَلَ اللّٰهُ لِلْكٰفِرِيْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ سَبِيْلًا

“Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.” (TMQ An-Nisa: 141).

 

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَّلَا مُؤْمِنَةٍ اِذَا قَضَى اللّٰهُ وَرَسُوْلُهٗٓ اَمْرًا اَنْ يَّكُوْنَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ اَمْرِهِمْ ۗوَمَنْ يَّعْصِ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ فَقَدْ ضَلَّ ضَلٰلًا مُّبِيْنًاۗ

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (TMQ Al-Ahzab: 36).

 

[Bersambung ke bahagian 2/2]

 

Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)

 

Exit mobile version