[Soal Jawab] Mengatakan Kebenaran dengan Lantang
[Salasilah Jawapan asy-Syaikh al-‘Alim ‘Atha` bin Khalil Abu ar-Rasytah Amir Hizbut Tahrir Atas Pertanyaan di Laman Facebook Beliau “Fiqhiyun”]
بسم الله الرحمٰن الحيم
Soalan:
Assalamu ’alaikum wa rahmatullah barakatuhu.
Saya ada soalan:
Surah Yunus ayat 90:
﴿فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ﴾
“Lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya” (TMQ Yunus [10]: 90).
Dan surah Thaha ayat 78:
﴿فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِ﴾
“Maka Firaun dengan bala tenteranya mengejar mereka” (TMQ Thaha [20]: 78).
Apakah ini bererti bahawa perintah penguasa dan perbuatan penguasa itu sama, sehingga kita katakan bahawa berdiri menentang perintah penguasa itu sama seperti berdiri menentang perbuatannya, yakni bahawa kita mengatakan kebenaran di hadapan pegawai polis/pihak berkuasa atau mu’âwin (pembantu)nya itu sama seperti mengatakan kebenaran di hadapan penguasa itu, yakni sebagai:
«أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ»
“Jihad yang paling afdhal adalah (mengatakan) kalimat kebenaran di depan penguasa yang zalim”.
Terima kasih dan anda berhak mengubah redaksi pertanyaan, dan semoga Allah memberi anda balasan yang lebih baik.
[Mushthafa Ali Ibrahim]
Jawapan:
Wa’alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuhu.
Pertama, mengenai dua ayat yang dinyatakan di dalam pertanyaan iaitu firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 90:
﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْياً وَعَدْواً﴾
“Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka)” (TMQ Yunus [10]: 90).
Dan firman Allah SWT di dalam surah Thaha ayat 78:
فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِ فَغَشِيَهُمْ مِنَ الْيَمِّ مَا غَشِيَهُمْ﴾
“Maka Firaun dengan bala tenteranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka” (TMQ Thaha [20]: 78).
Seolah anda mengisyaratkan kepada perbezaan dalam makna yang difahami dari penggunaan huruf al-wâw dan huruf al-bâ` pada lafaz junûduhu -bala tenteranya-, yang mana Allah berfirman di ayat yang pertama “fa atba’ahum fir’awnu wa junûduhu -lalu mereka dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya-“, sementara Allah SWT berfirman di ayat yang kedua; “fa atba’ahum fir’awnu bijunûdihi -Maka Firaun dengan bala tenteranya mengejar mereka-. dan makna atba’ahum yakni mengikuti mereka, menyusul mereka dan mengejar mereka sesuai apa yang disebutkan di kitab-kitab tafsir.
Tetapi ayat pertama mengatakan “fir’awnu wa junûduhu -Firaun dan bala tenteranya-“, maka sesuai bahasa darinya difahami bahawa Firaun berada pada orang-orang yang mengikuti mereka. Ertinya, mengikuti dan mengejar Musa as dan Bani Israel, di dalamnya ada Firaun la’natullâh ‘alaih. Jadi dia termasuk orang yang mengikuti dan mengejar mereka. Hal itu kerana al-wâw dalam lafaz “wa junûduhu” di sini menunjukkan keterlibatan Firaun dan bala tenteranya dalam mengejar Bani Israel.
Sedangkan ayat kedua “fir’awnu bi junûdihi”, maka sesuai bahasa darinya mungkin difahami bahawa Firaun terlibat dengan bala tenteranya dan menyertai mereka dalam mengikuti/mengejar, tetapi sesuai bahasa darinya juga mungkin difahami bahawa Firaun tidak terlibat dengan bala tenteranya dan tidak keluar bersama mereka tetapi meminta pertolongan kepada mereka saja dalam mengikuti/mengejar. Hal itu kerana huruf al-bâ dalam bahasa memberi faedah makna al-mushâhabah wa al-isti’ânah (menyertai dan meminta tolong). Ertinya mungkin saja Firaun bersama mereka, tetapi juga mungkin meminta pertolongan bala tenteranya untuk mengikuti/mengejar tanpa dia terlibat. Yakni bahawa yang mengikuti/mengejar mereka adalah bala tentera Firaun tanpa Firaun sendiri.
Dan penentuan salah satu dari dua makna tersebut (menyertai –al-mushâhabah– atau meminta bantuan -al-isti’ânah-) menjadi jelas dari menghimpun di antara kedua ayat tersebut:
Ayat pertama madlul (makna)nya secara bahasa hanya satu, iaitu bahawa Firaun -semoga Allah melaknatnya- terlibat dengan mereka yakni menyertai mereka dalam mengejar Musa as… Sedangkan ayat kedua, madlul (makna)nya secara bahasa dimungkinkan bermakna al-mushâhabah (menyertai) yakni Firaun menyertai mereka dalam mengejar Musa as, dan juga dimungkinkan maknanya al-isti’ânah yakni Firaun meminta bantuan bala tenteranya untuk mengejar Musa as tanpa Firaun -la’anahullâh- menyertai mereka dalam hal itu … Dan kerana madlul kedua ayat tersebut tidak bertentangan, maka makna dengan menghimpun di antara kedua ayat tersebut adalah bahawa Firaun bersama bala tenteranya dalam mengejar Musa as. Ertinya bahawa huruf al-bâ` dalam bijunûdihi di sini memberi faedah makna al-mushâhabah, yakni bahawa dia menyertai bala tenteranya dalam mengejar Musa as … Ini mengenai makna kedua ayat tersebut.
Kedua: adapun hadis yang mulia yang dinyatakan di pertanyaan, maka imam at-Tirmidzi telah meriwayatkan di Sunannya dari Abu Sa’id al-Khudzri bahawa Nabi SAW bersabda:
«إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الْجِهَادِ كَلِمَةَ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ»
“Sesungguhnya diantara jihad yang paling afdhal adalah mengatakan kalimat yang adil (benar) di hadapan penguasa yang zalim”.
Abu Isa mengatakan, “dan di bab ini dari Abu Umamah. Dan ini hadis hasan gharib dari aspek ini”. Dan dinyatakan di Mu’jam al-Kabîr karya ath-Thabarani dari Abu Umamah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«أَحَبُّ الْجِهَادِ إِلَى اللهِ كَلِمَةُ حَقٍّ تُقَالُ لإِمَامٍ جَائِرٍ»
“Jihad yang paling disukai Allah adalah kalimat kebenaran yang dikatakan kepada pemimpin yang zalim”.
Dan dalam riwayat ath-Thabarani yang lain dari Abu Umamah bahawa seorang lelaki berkata di al-Jamrah: “Ya Rasulullah, jihad manakah yang paling afdhal?” Beliau bersabda:
«أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ»
“Jihad yang paling afdhal adalah (mengatakan) kalimat kebenaran di hadapan penguasa yang zalim”.
Dinyatakan di dalam buku ‘Awn al-Ma’bûd dalam menjelaskan hadis ini sebagai berikut: “ … dari Abu Sa’id al-Khudzri, dia berkata: “Rasulullah SAW. bersabda “afdhalu al-jihâdi kalimatu ‘adlin ‘inda sulthânin jâ`irin aw amîrin jâ`irin -jihad yang paling afdhal adalah mengatakan kalimat kebenaran di hadapan penguasa yang zalim atau pemimpin yang zalim-“.
Pengarang ‘Awn al-Ma’bûd berkata:
Afdhalu al-jihâdi yakni yang termasuk jihad yang paling afdhal dengan dalil riwayat at-Tirmidzi “inna min a’zhami al-jihâdi -sesungguhnya termasuk jihad yang paling afdhal-“. Kalimatu ‘adlin -kalimat yang adil-, dan dalam riwayat Ibnu Majah “kalimatu haqqin -kalimat kebenaran-, dan yang dimaksudkan dengan al-kalimat adalah apa yang difahami sebagai memerintahkan kemakrufan atau melarang dari kemungkaran, berupa lafaz atau yang dalam makna lafaz seperti tulisan dan seumpamanya.
‘Inda sulthânin jâ`irin yakni zalim. Tidak lain hal itu menjadi jihad yang paling afdhal kerana orang yang berjihad memerangi musuh maka dia berada di antara harapan dan kekhuatiran dan dia tidak tahu adakah dia akan menang atau kalah, sementara teman penguasa itu ditindas di tangan penguasa, maka jika dia mengatakan kebenaran dan memerintahkan kemakrufan kepada penguasa itu, dia menjadikan dirinya terancam terkena kerosakan dan menempatkan dirinya menuju kebinasaan maka hal itu menjadi jihad yang paling afdhal disebabkan lebih dominannya kekhuatiran, dikatakan oleh al-Khaththabi dan yang lainnya.
Aw amîrin jâ`irin -atau pemimpin yang zalim-: yang tampak bahawa itu keraguan dari perawi”].
Apa yang boleh difahami dari hadis yang mulia ini, bahawa jihad yang paling afdhal adalah mengatakan kalimat kebenaran di hadapan penguasa yang zalim bukan di hadapan para pengikutnya. Dan yang dimaksudkan dengan penguasa yang zalim adalah pemimpin yang zalim baik dia ketua negara, raja, perdana menteri, atau gabenor. Jadi, dia mesti memiliki kekuasaan dan pemilik urusan pemerintahan sehingga ada afdhaliyah dalam mengucapkan kebenaran di hadapannya.
Tetapi, ini tidak bererti bahawa tidak ada keutamaan untuk mengucapkan kalimat kebenaran di hadapan para pengikut penguasa yang zalim. Lantang mengatakan kalimat kebenaran, di dalamnya selalu ada kebaikan dan keutamaan. Tetapi keutamaan khusus yang disebutkan oleh Nabi SAW. di dalam hadis beliau yang kita bahas itu tadi adalah keutamaan yang berkaitan dengan pemilik kekuasaan yakni penguasa itu sendiri, disebabkan dalam mengatakan kalimat kebenaran di hadapannya menjadi keutamaan dan disebabkan dalam tindakan tersebut ada bahaya, keberanian dan kekuatan. Hal itu sebagaimana dikatakan oleh sebahagian pensyarah hadis tersebut: “[… al-Khaththabi berkata; “tidak lain hal itu menjadi jihad yang paling afdhal, kerana orang yang berjihad memerangi musuh maka dia berada di antara harapan dan kekhuatiran, dia tidak tahu bahawa dia akan menang atau kalah, sedangkan teman penguasa itu ditindas di tangan penguasa maka jika dia mengatakan kebenaran dan memerintahkan kemakrufan kepada penguasa itu, dia terancam kerosakan dan menempatkan dirinya menuju kebinasaan, maka hal itu menjadi jenis jihad yang paling afdhal disebabkan lebih dominannya kekhuatiran. Al-Muzhhir berkata: “tidak lain itu paling afdhal kerana kezaliman penguasa menjangkau semua orang yang ada dalam pemeliharaannya dan itu jumlah yang besar, maka jika dia melarang penguasa itu dari kezaliman maka dia telah menyampaikan manfaat kepada banyak makhluk, berbeza dengan memerangi orang kafir …].
Jadi semua ucapan itu adalah tentang penguasa yang zalim itu sendiri bukan tentang para pengikutnya dan bala tenteranya.
Saudaramu Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
17 Rejab 1445 H
29 Januari 2024 M

