Peranan Ulama dalam Penegakan Khilafah
Oleh: Ustaz Yuana Ryan Rresna
Saat tidak ada perisai yang melindungi umat Islam, sunnah diabaikan dan kezaliman terjadi secara terbuka, maka peranan ulama sangat penting. Ikhtiar mengembalikan Khilafah Islam untuk mewujudkan kehidupan Islam mesti diusahakan oleh setiap Muslim, khususnya para ahli ilmu.
Peranan penting ulama dalam mengembalikan Khilafah Islam adalah:
Pertama, menjadi sumber ilmu dan rujukan dalam aktiviti dakwah.
Kedua, berada di barisan terdepan dalam dakwah kolektif bersama umat.
Ketiga, melakukan pembetulan (muhasabah) terhadap penguasa zalim dan membela hak-hak umat yang diabaikan.
Aktualisasi peranan ulama saat ini seperti yang digambarkan oleh Syaikh Ali Bin Haj dalam Fashl al-Kalaam fii Muwaajahah Dzulm al-Hukkaam, iaitu:
Pertama, ulama memadukan ilmu dan amal, iaitu mengaitkan antara ilmu yang dia kuasai dengan aktiviti yang dia lakukan.
Kedua, sentiasa membela dan memperjuangkan hak-hak umat.
Dalam konteks dakwah jamaie (kolektif) sebagaimana yang diwajibkan Allah SWT dalam surah Ali Imran [3]: 104, para ulama memiliki peranan strategik. Pengertian “umat” dalam ayat tersebut menurut Imam ath-Thabari adalah jemaah. Adapun menurut Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni dalam tafsirnya Shafwah at-Tafaasir adalah jemaah atau hizb. Kelompok tersebut aktivitinya adalah mengajak pada al-khayr, yakni mengajak pada Islam dan (menerapkan) syariah, serta melakukan amar makruf nahi mungkar. Oleh kerana aktivitinya bersifat politik, maka kelompok yang dimaksud dalam ayat ini adalah parti politik.
Ketika Islam belum diberlakukan sebagai sistem kehidupan, maka yang dilakukan parti politik adalah mengajak kaum Muslim pada Islam. Ertinya, mengajak berhukum pada hukum Allah dalam seluruh aspek kehidupan dan berjuang untuk menerapkan syariah-Nya. Selain itu, dalaalah iltizaam dari nas-nas tentang kewajipan tahkiim juga mewajibkan untuk menegakkan institusi untuk menerapkan hukum Allah tersebut.
Praktikalnya, apa yang perlu dilakukan oleh para ulama adalah melaksanan izaalah al-munkaraat ketika menyaksikan kemungkaran. Secara kolektif mereka pun berada di barisan terdepan bersama-sama dengan kaum Muslim yang lain melaksanakan aktiviti dakwah kepada Islam dan syariahnya dengan dakwah isti’naaf al-hayaah al-islaamiyyah dengan menegakkan Khilafah, serta melakukan amar makruf nahi mungkar, terutamanya muhaasabah li al-hukkaam (melakukan muhasabah kepada penguasa).
Keadaan objektif kita saat ini adalah berlakunya kerosakan di semua sudut. Hal itu selaras dengan firman Allah di dalam surah ar-Rum ayat 41. Di sinilah peranan penting ulama, iaitu berupaya menghilangkan kerosakan multi-dimensi yang terjadi.
Sumber: Alwaie, “Ulama, Penegakan Khilafah dan Jebakan Penjajah”, Ustaz Yuana Ryan Tresna

