[Hadits Shiyam] Cara Mengemban Dakwah
Allah SWT berfirman,“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (TMQ An Nahl: 125).
Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Ubadah Bin Shamid. Dia berkata, “Kami membaiat Rasulullah SAW untuk setia mendengarkan dan mentaati perintahnya, baik dalam keadaan yang kami senangi mahupun kami benci dan kami tidak akan merebut kekuasaan dari seorang pemimpin dan kami akan berbuat dan berkata benar di mana saja kami berada. Kami tidak pernah takut kerana Allah atas celaan orang yang mencela.”
Ayat tersebut menjelaskan cara mendakwahkan Islam. Sedangkan hadis di atas menjelaskan bahawa perkataan yang benar (qaulul haq) adalah sebahagian daripada apa yang dibaiatkan kaum muslim kepada Rasulullah SAW, sekaligus menjelaskan keadaan qaulul haq tersebut.
Tentang dakwah mengajak manusia kepada Islam, ayat tersebut menjelaskan bahawa manusia dapat diajak kepada agama Allah dengan tiga cara:
Salah satunya adalah dakwah dengan hikmah. Hikmah adalah al-burhan al-aqli (argumentasi logik). Maksudnya, argumentasi yang masuk akal, tidak dapat dibantah, dan memuaskan. Inilah yang boleh mempengaruhi jiwa (fikiran dan perasaan) siapa saja. Ini kerana, manusia tidak akan dapat menutupi akalnya di hadapan argumentasi-argumentasi yang pasti serta pemikiran yang kuat.
Oleh kerana itu, berdakwah dengan argumentasi dan argumentasi ini dapat mempengaruhi para pemikir mahupun bukan pemikir. Ia ditakuti oleh orang-orang kafir dan orang-orang atheis, sebagaimana juga ditakuti oleh orang-orang yang sesat lagi menyesatkan. Sebabnya, ia dapat membongkar rekayasa kebatilan, menerangi wajah kebenaran, menjadi api yang mampu membakar kerosakan, dan menjadi cahaya yang dapat menyinari kebenaran.
Dari sini kita menemukan bahawa Al-Quran telah mendatangkan argumentasi-argumentasi yang jelas dan argumentasi-argumentasi logik. Ia merupakan bentuk ungkapan yang paling dalam, serta argumentasi-argumentasi dan argumentasi-argumentasi yang paling jelas.
Demikianlah, maka menjadikan salah satu metode berdakwah dengan hikmah atau dengan argumentasi logik dan memuaskan akal adalah wajib. Allah SWT berfirman, “ Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (TMQ Al A’raf: 57).
Merupakan kekeliruan apabila seseorang mengira bahawa hikmah adalah kebijaksanaan, kelemah-lembutan, atau keramahan. Makna tersebut sama sekali tidak terdapat dalam ayat di atas. Hikmah memang kadangkala bererti menempatkan persoalan pada tempatnya dan kadangkala bererti argumentasi dengan argumentasi. Dalam ayat ini, tidak mungkin ditafsirkan dengan menempatkan persoalan pada tempatnya. Jelaslah kemudian, bahawa makna hikmah adalah argumentasi dengan argumentasi.
Sedangkan cara berdakwah yang kedua adalah mauizhah hasanah atau peringatan yang baik. Itu bererti mempengaruhi perasaan manusia ketika menyeru akal mereka dan mempengaruhi pemikiran mereka ketika menyeru perasaannya. Dengan demikian, pemahaman mereka terhadap apa yang mereka dakwahkan senantiasa diliputi oleh semangat melaksanakannya, serta beramal untuk meraihnya. Al-Quran telah melakukan hal itu, maka ketika ia menyeru pemikiran, ia juga mempengaruhi perasaan.
Firman Allah SWT, “Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam itu kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai fikiran, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (TMQ Al A’raf [7]: 179).
Allah SWT telah berfirman, “Sesungguhnya neraka jahanam itu (padanya) ada tempat pengintai, lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas. Mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya. Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak pula (mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah sebagai pembalasan yang setimpal.” (TMQ An Naba’: 21–26).
Adapun metode yang ketiga adalah Al Jidal (bantahan) dengan cara yang lebih baik, iaitu berdiskusi yang terbatas dengan idea. Kemudian menyerang dan menjatuhkan argumentasi-argumentasi batil, lalu memberikan argumentasi-argumentasi yang jitu dan benar dengan meneliti hingga sampai pada suatu kebenaran. Oleh kerana itu, ia mengandung dua sifat.
“ Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”(TMQ Al Baqarah: 257).
Allah SWT juga berfirman, “Fir’aun bertanya, ‘Siapa Tuhan alam semesta itu?’, Musa menjawab, ‘Tuhan pencipta langit dan bumi dan apa saja yang ada pada keduanya (itulah Tuhanmu) jika kamu sekalian (orang-orang) yang memercayainya.’ Berkata Fir’aun kepada orang-orang di sekelilingnya, ‘Apakah kamu tidak mendengarkan?’ Musa berkata (pula), ‘Tuhan kamu dan Tuhan nenek-nenek kamu terdahulu.’, Fir’aun berkata, ‘Sesungguhnya Rasulmu yang diutus kepada kamu sekalian benar-benar orang gila.’ Musa berkata, ‘Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya (itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal.’ Fir’aun berkata, ‘Sungguh jika kamu menyembah Tuhan selain aku, benar-benar aku akan menjadikan kamu salah seorang yang dipenjarakan.’ Musa berkata, ‘Datangkanlah sesuatu (keterangan) yang nyata itu, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.’” (TMQ Asy Syu’ara: 23–31).
Di sana terdapat banyak cara membantah yang telah disampaikan oleh Al-Quran. Inilah bantahan dengan cara yang lebih baik. Merupakan kekeliruan adanya dugaan bahawa makna bantahan dengan cara yang lebih baik adalah bantahan dengan kelembutan dan keramahan. Cara yang benar justeru sebagaimana cara-cara membantah yang ada di dalam Al-Quran.
Inilah ketiga-tiga metode berdakwah yang semuanya perlu dipakai untuk menyatakan kebenaran di mana pun (pengemban dakwah) berada, baik di hadapan penguasa atau di hadapan masyarakat biasa. Dalam hal ini, pengemban dakwah perlu memberikan pemikiran yang benar. Dia juga wajib menentang, menyerang, serta yakin terhadap kebenaran yang didakwahkannya. Dia akan menentang dunia dan seisinya, serta menentang penguasa zalim dan sekutunya. Dia juga akan mengisytiharkan perang terhadap orang yang berkulit hitam mahupun merah (mana-mana musuh, pet.), tanpa memperhitungkan pertimbangan adat, tradisi, agama-agama, akidah-akidah, penguasa-penguasa, atau rintangan-rintangan apa pun. Dia tidak akan berpaling sedikit pun kepada sesuatu, selain risalah Islam.
Rasulullah SAW telah mengawali (berdakwah) kepada orang Quraisy dengan mencela, merendah-rendahkan tuhan-tuhan mereka, menentang, dan menghina kepercayaan-kepercayaan mereka. Ketika itu, beliau sendirian, tidak ada sejumlah orang bersama beliau, tidak ada pendukung, dan tanpa senjata (pedang), kecuali keimanan yang amat dalam terhadap Islam yang beliau dakwahkan. Beliau sama sekali tidak mempedulikan kebiasaan, tradisi, serta kepercayaan-kepercayaan bangsa Arab.
Beliau SAW juga tidak bermanis muka, serta sama sekali tidak memenuhi kepentingan dan kebutuhan mereka. Beliau membacakan firman Allah SWT kepada mereka, “Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah menjadi bahan bakar api jahanam. Kamu pasti masuk ke dalamnya.” (TMQ Al Anbiyaa: 98).
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa.” (TMQ Al Lahab: 1).
“Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), – Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.” (TMQ Al Qalam: 10–13).
Orang-orang Quraisy bersangka-sangka agar beliau dapat bersikap lunak. Firman Allah SWT, “Maka mereka menginginkan supaya kamu lunak, lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).” (TMQ Al Qalam: 9). Akan tetapi Rasulullah SAW tetap menyerang dengan sengit hingga kekafiran tersebut lenyap.
Demikian halnya bagi para pengemban dakwah, mereka wajib menyampaikan dakwah dengan agresif dan menentang dengan mencurahkan seluruh kekuatan yang dimilikinya hingga berkibarlah bendera Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah.
Sumber: Hadits Shiyam

