Site icon MuslimahHTM News

Ummu Sulaim, Melepaskan  Puteranya untuk  berguru kepada Nabi SAW

[Inspirasi] Ummu Sulaim, Melepaskan  Puteranya untuk  berguru kepada Nabi SAW

Suatu hari, Ummu Sulaim mengatakan kepada puteranya yang  tercinta, Anas bin Malik, Ketika beliau masih kanak-kanak, “Wahai anakku, katakanlah La ilaha illallah.” Apabila si anak mencecah usia sepuluh tahun, Ummu Sulaim melepaskan buah hati tercintanya kepada Baginda Rasulullah SAW.

Anas RA telah meriwayatkqn, beliau mengatakan, “Nabi SAW datang (ke Madinah) ketika usiaku sepuluh tahun. Ibuku mememegang tanganku dan membawaku kepada Rasulullah SAW, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, tiada seorang lelaki maupun wanita daripada kalangan kaum Anshar, kecuali mereka telah mempersembahkan hadiah kepadamu, sedangkan aku tidak mampu memberikan hadiah apa pun kepadamu, kecuali puteraku ini. Maka, bawalah dia untuk membantumu.” (Ummu Isra’ binti Arafah, 66 Muslimah Pengukir Sejarah)

Hikmah

Perkataan Ummu Sulaim pendek, namun bermakna dan penuh hikmah. Beliau seorang ibu tangguh yang rela menyerahkan puteranya kepada Baginda Rasulullah SAW. Beliau adalah seorang ibu bijak  yang memilih guru teladan yang terbaik untuk puteranya. Ummu Sulaim berharap Anas bin Malik akan berjaya dengan memperolehi pendidikan terbaik di bawah asuhan Nabi SAW, menjadikan kalimat La ilaha illallah sebagai prinsip hidupnya, seraya mengibarkan panji Islam di bawah kepemimpinan Nabi SAW.

Jika kita merefleksikan kisah Ummu Sulaim untuk situasi hari ini, para ibu semestinya menyiapkan generasi terbaik untuk membangun peradaban Islam yang mulia. Siapkanlah anak-anak kita untuk menjadi pejuang dan penjaga Islam yang dipercayai, pengemban dakwah, pembela kebenaran, dan penyebar kebaikan kepada umat manusia. Menjadi ibu bagi generasi tangguh dan kuat adalah tanggung jawab kita sebagai pilar terkecil masyarakat, iaitu melahirkan serta mendidik putera dan puteri terbaik sebagai generasi pewaris peradaban Islam.

Tugas ibu bapa bukan sahaja mempersiapkan generasi terbaik Islam, tetapi juga memilihkan sekolah dan guru yang tepat bagi anak-anaknya. Nabi SAW sebagai uswah. kita sudah mencontohkan dua hal yang harus diutamakan dalam mendidik anak. Pertama, menanamkan akidah dan pemahaman Islam sejak awal. Kedua, memberi motivasi  anak untuk menuntut ilmu daripada ramai guru, walaupun perlu  ke tempat yang paling jauh sekalipun.

Berada dalam sistem sekular , pengaruh budaya dan tsaqafah asing telah mendarah daging dalam pendidikan keluarga muslim. Hasilnya, ramai ibu bapa yang  tidak memahami Islam dengan benar sehingga perbuatan maksiat ditoleransi dan difahami dengan alasan memberi kebebasan kepada anak.

Jika kita menginginkan peradaban manusia yang unggul dan bertakwa, pada masa yang sama memperjuangkan sistem Islam kaffah yang mampu menjaga dan melindungi generasi daripada kerosakan, kita wajib  memulai perubahan revolusioner itu dari rumah dan keluarga kita. Wallahualam.

https://muslimahnews.net/2024/09/21/32128/


Exit mobile version