[Hadits Shiyam] Mengemban Dakwah (Bahagian 4/4)
Aktiviti Membangun Umat dan Negara
Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi beberapa hal:
- Membangun tubuh jemaah.
Hal ini dilakukan dengan cara membina orang-orang yang telah meyakini idea jemaah ini dengan tsaqafah murakkazah tertentu sehingga mereka layak untuk menjadi anggota jemaah tersebut. Sebabnya, seluruh tsaqafah tadi merupakan bentuk pemikiran syu’uri (yang menyentuh akal dan perasaan). Kemudian, jemaah tadi mempersiapkan orang-orang tersebut menjadi pemimpin, serta pembangun umat dengan idea-idea dan pemahaman yang telah mengakar dan mengkristal dalam dirinya. Dengan kata lain, persiapan agar orang-orang boleh bergabung dengan jemaah sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika beliau membina para sahabat. Para sahabat dibina dengan wahyu yang diturunkan kepada beliau sehingga mereka menjadi manusia terbaik setelah para nabi.
- Mempersiapkan umat untuk melakukan usaha secara meluas.
Hal itu dilakukan dengan pembinaan umum untuk membentuk opini umum terhadap idea yang dibawa oleh jemaah ini, serta menimbulkan keyakinan terhadap pentingnya idea dan tujuan tersebut.
Langkah berikutnya, anggota jemaah melebur dengan umat dalam “kawah”* hizb, atau kelompok tersebut. Dengan demikian, umat secara menyeluruh menyatu menjadi sebahagian daripada hizb mahupun menyatu bersama anggota-anggota hizb. Mereka menjadi buah bibir umat yang tecermin dalam pemikiran-pemikiran, perasaan-perasaan, serta tujuan-tujuannya. Ini semua sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah SAW ketika beliau menjadikan Islam sebagai buah bibir orang. Dengan demikian, sempurnalah usaha untuk membangun umat.
- Perang pemikiran.
Perang pemikiran iaitu menghadapi semua idea (pemikiran), pemahaman, serta berbagai interaksi (masyarakat) yang bertentangan dan berbeza dengan idea (pemikiran), pandangan, dan hukum-hukum yang dimiliki jemaah tersebut.
Mereka akan tetap tenang terhadap caci maki apa pun. Begitu juga tekanan-tekanan orang yang zalim tidak akan menghapuskan kemulian mereka. Dalam usaha dan perjuangannya, mereka tidak berbasa-basi dengan para penentangnya dan tidak mengenal kompromi dengan orang-orang yang fasik.
Mereka juga tidak akan tunduk kepada orang-orang zalim dalam menapaki jalan mereka untuk meraih tujuannya. Perang pemikiran ini dilakukan melalui metode menghilangkan pemikiran-pemikiran dan perundangan terhadap realiti kehidupan sehari-hari, dan membongkar kebejatan idea dan sistem (perundangan) ini dengan cara yang benar.
Hal ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan membacakan ayat-ayat Makiyah. Beliau menghadapi akidah orang-orang musyrik dengan mencerca tuhan-tuhan mereka, lalu menjelaskan akidah Islam (yang benar).
Beliau SAW juga telah menyerang kebiasaan/adat istiadat yang rosak dan tengah mendominasi masyarakat, baik berupa kepemimpinan yang rosak, adat-istiadat yang batil, perdagangan, riba yang mengerikan, mahupun kebiasaan masyarakat yang buruk lainnya.
Begitu pula beliau SAW telah menghadapi akidah-akidah Yahudi dan Nasrani dengan menjelaskan penyimpangan, penyelewengan, serta putar-belit yang ada di dalamnya. Beliau mengungkapkan hingga ke bahagian-bahagian kecil di dalamnya yang hanya diketahui oleh orang-orang yang alim di antara mereka.
Beliau menyifati mereka dengan sifat-sifat yang biasa melekat pada mereka, yakni menyifati mereka dengan kera, babi, keldai yang sedang memikul buku-buku, anjing yang menjilat-jilat, dan sifat-sifat lainnya. Meskipun demikian, beliau SAW tidak mencela individunya. Beliau menghadapi dan mencela pemikiran yang selalu berdiri (menghalang) di atas garis yang lurus, di samping garis bengkok lainnya.
- Perjuangan politik.
Tatkala jemaah ini berdiri di atas akidah siyasiyah dan bertujuan membangun negara, iaitu tujuan yang bersifat politik, maka perjuangan politik menjadi hujung tombak dalam aktivitinya. Keberadaan kutlah (jemaah) secara politik berorientasi untuk menghilangkan keberadaan negara kafir, iaitu menghilangkan keberadaan politik yang rosak, lalu membangun keberadaan politik yang benar dan baik.
Amat jelas bahawa perjuangan politik adalah jalan yang wajib diikuti, lalu menghancurkan adat-istiadat dan menjelaskan kerosakannya. Usaha ini jelas merupakan pukulan bagi orang-orang yang berdiri mempertahankan adat-istiadat yang rosak, sekaligus membinasakan para perancangnya.
Usaha ini merupakan nilai/aktiviti politik yang bersifat politik, sebab dapat mengakibatkan hilangnya kepercayaan terhadap penguasa di mata rakyatnya. Dengan demikian, hilanglah kepercayaan rakyat terhadap penguasa fajir (zalim) tersebut, lalu berlanjut dengan mengambil alih dan menghancurkan kepemimpinannya.
Dengan kata lain, hizb (kelompok parti) yang berusaha menegakkan negara Islam tersebut perlu menentang kekuasaan yang tengah berakar umbi, membongkar rencana dan aktiviti mereka yang rosak, memaparkan sistem dan perundangan buruk yang mereka pakai untuk mengatur kehidupan manusia, serta berbagai bentuk kepemimpinan dan berbagai rencana yang bertentangan dengan umat yang dirancang oleh para penguasa zalim dan para pembantunya. Apabila hal ini tidak dilakukan, aktiviti kelompok/parti tersebut dapat mengancam umat dan bertentangan dengan thariqah (metode dakwah) Rasulullah ﷺ.
Dengan Rasulullah SAW membacakan ayat-ayat Makiyah, kita menemukan bahawa beliau telah mencabar pemimpin-pemimpin dan penolong-penolong kaum kafir. Beliau telah menyerang mereka dengan serangan keras berupa cercaan yang amat buruk. Beliau telah menentang orang-orang kafir Mekah, seperti Walid bin Mughirah, pemimpin Mekah, Abu Jahal, Abu Lahab, Akhnas bin Syuraiq, dan lain-lain. Begitu pula beliau menentang para pendeta dan rahib-rahib Yahudi mahupun Nasrani.
Inilah empat jenis kegiatan (aktiviti)yang wajib dilakukan oleh kelompok (jemaah) yang mengajak (berdakwah) kepada Islam. Dengan demikian, akan tumbuh keyakinan bahawa kelompok tersebut mampu secara langsung melakukan kewajipan yang telah diwajibkan oleh Allah Taala.
Masalah ini perlu dijelaskan kepada orang-orang mukmin yang belum bergabung dengan kelompok manapun sehingga mereka dapat memilih kelompok yang akan diikuti dengan dasar pertimbangan tadi.
Demikian pula, perlu dijelaskan kepada orang-orang yang telah bergabung dengan kelompok-kelompok lain agar mereka mengembalikan pandangan (mengevaluasi) pendirian mereka dan bersama-sama mengetahui kekeliruannya. Begitu juga agar persoalan inilah yang sepatutnya didiskusikan dengan mereka agar mereka yakin bahawa persoalan inilah yang diperintahkan oleh Allah Taala. Mereka juga akan yakin bahawa pengabaian, diam, atau tidak peduli sama sekali persoalan tersebut merupakan perbuatan yang secara sengaja meninggalkan perkara fardhu sehingga pelakunya berhak mendapatkan dosa.
Kita tidak mungkin meyakinkan orang lain, kecuali jika kita telah memiliki pandangan yang jelas tentang persoalan tersebut. Kita boleh menyampaikan keyakinan yang utuh kepadanya, serta apa yang kita inginkan dengan dalil-dalil yang tegas, baik makna mahupun sumbernya. Dengan demikian, kita tetap yakin dalam kebenaran yang telah kita sampaikan kepada orang lain dengan pernyataan yang jelas dan tegas, lalu kita tegakkan argumentasi di hadapan mereka.
Tinggal satu persoalan. Apakah diperbolehkan kelompok (jemaah dakwah) tersebut mengangkat senjata di hadapan penguasa kafir sebagai jawapan dari hadis, “Tidakkah kita diperbolehkan untuk memerangi mereka dengan pedang?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, kecuali apabila kalian menemukan di tengah mereka kekufuran yang nyata”, atau pernyataan beliau, “Dan hendaklah kita tidak mengambil urusan (kekuasaan) itu dari yang berhak, kecuali apabila kalian menemukan di tengah mereka kekufuran yang nyata dan kalian memiliki bukti di hadapan Allah.”
Jawapannya, bahawa perintah untuk memerangi penguasa dengan pedang disyaratkan apabila kaum muslim dengan jelas melihat kekufuran yang nyata dan dapat dibuktikan di sisi Allah Taala. Jadi, siapakah pemimpin yang dimaksud? Apakah pemimpin yang ada di negara kafir atau negara Islam (khilafah)? Konteks hadis tersebut berkait dengan hadis, “Akan ada (setelahku) para khalifah yang (akan banyak) diikuti.”
Yang dimaksud pemimpin di sini adalah pemimpin di negara (khilafah) Islam yang kita dengar dan kita taati (perintahnya), sekalipun ia memakan harta kita dan mencambuk tubuh kita. Kita tidak akan memerangi mereka dengan pedang selama mereka masih “menegakkan solat”. Namun apabila kita menemukan kekufuran yang nyata di tengah mereka, maka kita wajib memeranginya.
Sedangkan pemimpin negara kufur, seperti keadaan kita sekarang, maka para penguasa (muslim) saat ini bukanlah para penguasa negara (khilafah) Islam. Bahkan tidak terdapat satu pun negara (khilafah) Islam pada saat ini, hanya ada negara-negara kafir.
Dengan demikian, mengangkat senjata adalah wajib di hadapan penguasa Islam di negara (khilafah) Islam apabila tampak kekufuran yang nyata pada mereka. Begitu juga wajib bagi kelompok, parti, mahupun individu yang melihat kekufuran yang nyata dalam diri khalifah untuk mengangkat senjata di hadapan penguasa tersebut. Umat perlu didorong mengangkat senjata melawannya. Dengan demikian, mengangkat senjata serta persiapan-persiapan tersebut mesti didasarkan kepada titik tolak pemikiran ini.
Keadaan kita saat ini sama persis seperti keadaan Rasulullah SAW di kota Mekah. Aktiviti dan metode dakwah kita sama dengan aktiviti dan metode dakwah Rasulullah SAW di kota Mekah. Oleh sebab itu, kita tidak boleh memahami fakta ini secara keliru. Kita juga tidak boleh menerapkan hukum yang tidak sesuai dengan faktanya. Akan tetapi, kita wajib memahami fakta dan mendalami nas-nasnya, lalu kita terapkan hukum ini terhadap fakta tersebut.
Pendek kata, masalah utama kita adalah mewujudkan Islam di tengah kehidupan dan meninggikan ajarannya agar dapat mengalahkan agama-agama yang lain, sekalipun orang kafir membencinya. Hal ini jelas tidak mungkin dilakukan, kecuali dengan adanya negara (khilafah) Islam.
Keberadaan negara Islam tidak mungkin terealisasi, kecuali dengan adanya parti politik yang bekerja untuk membangun umat dan menegakkan negara Islam. Tidak mungkin hal itu direalisasikan, melainkan apabila parti tersebut mampu menentukan idea dan tujuannya, jelas metode operasionalnya, serta mengatahui fakta masyarakat di mana mereka hidup. Suatu kewajipan tidak akan sempurna, melainkan dengan sesuatu, maka sesuatu itu menjadi wajib hukumnya. Allah SWT berfirman, “Katakanlah, ‘Inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang bersamaku (mengajak) ke (jalan) Allah dengan hujah yang jelas.’”
Sumber: Hadits Shiyam
*Kawah – analogi tempat/wadah perkumpulan yang penuh makna, di mana seseorang menemui pencerahan dan kekuatan baru.

