Site icon MuslimahHTM News

KEMPEN MUSLIMAH IDEAL: MENATA PERJUANGAN DEMI PEMBEBASAN PALESTIN

KEMPEN MUSLIMAH IDEAL: MENATA PERJUANGAN DEMI PEMBEBASAN PALESTIN

 

Menjadi seorang Muslimah ideal bukanlah bermaksud untuk mencapai kesempurnaan, apatah lagi menjadi “superwoman”. Sebaliknya, ianya merupakan usaha dalam memperbaiki diri untuk kekal hidup berpegang pada agama Islam yang mulia ini. Muslimah juga perlu  menyumbang secara positif dalam lingkungan kehidupannya dengan berpegang teguh pada prinsip syariat Islam termasuklah tidak mengabaikan permasalahan umat Islam di seluruh dunia. Khususnya bumi Palestin yang masih terjajah dan terus diperangi tanpa perikemanusiaan.

 

Tugasan berat seorang Muslimah ideal untuk mencetuskan perubahan pada peradaban dunia yang penuh dengan penindasan, dapat disaksikan melalui tindakan para Muslimah di Palestin. Tidak lagi menjadi rahsia bahawa kita mesti bermula dari membina kekuatan dalaman diri masing-masing. Kekuatan yang dianugerahkan apabila seorang Muslimah itu sentiasa memelihara hubungannya dengan Sang Pencipta Yang Maha Kuasa.

 

Justeru sebagai Muslimah dambaan syurga yang mencintai agamanya mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk meneruskan usaha memperjuangkan isu umat Islam secara strategik. Meskipun ianya merupakan amanah besar yang harus dipikul, inilah tanda ketaatan seorang hamba kepada PenciptaNya.

 

Ayuhlah bersama kita menata perjuangan menjadi Muslimah ideal lagi sejati yang bukan sahaja melakukan amal soleh terbatas untuk diri sahaja, tetapi turut melestarikannya dalam seluruh lingkungan kehidupan iaitu anak, keluarga dan masyarakat. Perjuangan sehingga menyedarkan masyarakat bahawa Islam satu-satunya agama dan ideologi dengan sudut pandang kehidupan yang benar.

 

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash ra., ia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR Muslim)

 

Exit mobile version