Site icon MuslimahHTM News

Pembunuhan Tanpa Kesudahan terhadap Wanita dan Anak-anak Gaza Tidak Akan Berakhir Sehinggalah Penjaga dan Perisai Umat, Khilafah, Ditegakkan Semula

[Kenyataan Media] Pembunuhan Tanpa Kesudahan terhadap Wanita dan Anak-anak Gaza Tidak Akan Berakhir Sehinggalah Penjaga dan Perisai Umat, Khilafah, Ditegakkan Semula

 

Setahun telah berlalu sejak kempen terbaru pembunuhan besar-besaran penduduk Gaza oleh entiti Yahud1 bermula, dengan lebih 41,000 syahid. Serangan berdarah ini tidak membezakan antara lelaki, wanita, kanak-kanak atau bayi dalam serangannya, kerana 70% daripada mereka yang terbunuh adalah para wanita dan kanak-kanak. Menurut Oxfam, lebih ramai wanita dan kanak-kanak telah dibunuh di Gaza oleh tentera Zionis dalam setahun ini berbanding tempoh yang setara dengan mana-mana konflik lain dalam tempoh sepanjang dua dekad yang lalu. Lebih 25,000 kanak-kanak di Gaza telah kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa sepanjang tahun lalu akibat perang ini, dan sekurang-kurangnya 3000 kanak-kanak telah kehilangan anggota badan akibat pengeboman yang berterusan (laporan Aljazeera). UNRWA telah melaporkan bahawa setiap hari, secara purata 10 kanak-kanak di Gaza kehilangan satu atau kedua-dua kaki, menjadikannya sebagai kumpulan terbesar kanak-kanak yang diamputasi dalam Sejarah. Malah, kebanyakannya dilakukan tanpa anestesia.

 

Semua ini bertambah buruk dengan kematian akibat kebuluran yang berterusan, kekurangan air bersih, kekurangan penjagaan kesihatan dan penyebaran penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Situasi ini berlaku akibat daripada sekatan kejam di Semenanjung Gaza serta kemusnahan bekalan air, sistem pengagihan makanan, dan hospital – yang sangat menjejaskan khususnya para wanita dan kanak-kanak Gaza. Jurnal perubatan The Lancet menyatakan pada Julai bahawa kematian akibat serangan ini boleh mencecah sehingga 180,000 jika kematian tidak langsung akibat kebuluran, kekurangan penjagaan kesihatan dan kemusnahan infrastruktur awam yang kritikal untuk kelangsungan hidup diambil kira. `Save the Children’ telah menyatakan bahawa hampir 90% bangunan sekolah di Gaza telah rosak atau musnah. Matlamat yang jelas dari semua ini adalah untuk memusnahkan sebarang kemungkinan masa depan untuk anak-anak Gaza dan generasi akan datang.

 

Tahun ini sekali lagi membuktikan ketidakupayaan tatanan dunia semasa dan para rejimnya, PBB serta setiap mahkamah dan institusi antarabangsa, untuk melindungi umat Islam yang ditindas daripada penindas mereka. Entiti Yahudi telah melintasi setiap garis merah, melanggar setiap larangan, serta mencabuli setiap prinsip dan undang-undang kemanusiaan. Namun tidak ada negara yang mempunyai kemahuan politik untuk menghentikan penyembelihan tanpa henti ini. Kuasa-kuasa barat secara terang-terangan menunjukkan kesanggupan mereka untuk mengizinkan para penjenayah pendudukan ini melaksanakan kempen penghapusan etnik Palestin dengan sewenang-wenangnya. Malah, mereka sememangnya membantu dalam genosid ini tanpa rasa bersalah – memberikannya sokongan kewangan dan politik tanpa syarat tidak kiralah betapa dahsyat pun kejahatan yang dilakukan. Pada bulan Ogos, pentadbiran Biden meluluskan tambahan penjualan senjata bernilai $20 bilion kepada entiti Yahud1 sebagai sokongan membiayai genosid dan pendudukan kejam ini. Sementara itu, para penguasa dan rejim negeri-negeri muslim yang “dilantik” dan disokong Barat telah sekali lagi menunjukkan bahawa kesetiaan mereka terletak pada tuan Barat mereka dan koloni Yahud1 mereka. Hal ini tercermin daripada sikap mereka yang meneruskan hubungan diplomatik, ekonomi, dan normalisasi dengan pihak pendudukan, malah membenarkan pangkalan tentera, ruang udara dan perisikan mereka digunakan untuk mempertahankan entiti Yahud1 daripada bahaya, seperti yang dilakukan oleh Jordan dan Arab Saudi.

 

Apa lagi bukti yang diperlukan untuk melihat bahawa tiada kepimpinan, tiada negara, tiada pemerintah hari ini yang ikhlas membela umat Islam dan sanggup menggunakan tenteranya untuk mempertahankan darah mereka?!! Apa lagi yang perlu kita saksikan untuk memahami bahawa pasukan tentera tidak akan digerakkan untuk membebaskan Palestin tanpa tertubuhnya negara yang memerintah hanya dengan Islam semata-mata, mempertahankan agama, serta melaksanakan kewajipannya sebagai penjaga dan perisai ummah?!! Negara seumpama ini hanyalah Khilafah Rasyidah (Khilafah yang berlandaskan petunjuk) berdasarkan manhaj kenabian – Sistem dari perintah Allah (SWT). Oleh itu, menamatkan pembunuhan beramai-ramai atau genosid ini memerlukan lebih daripada sekadar mengecam tindakan pembunuhan dan berdoa. Ia memerlukan kita untuk bekerja ke arah  menegakkan segera Khilafah yang ditakrifkan oleh agama kita sebagai `kenderaan’ atau sarana untuk melindungi dan membebaskan ummah kita serta tanah-tanah kaum muslim.

 

Ini termasuk menggesa mereka yang berada dalam pasukan tentera dari kalangan muslim khususnya untuk memberikan nusrah (sokongan) bagi penubuhan negara ini, yang akan menggerakkan mereka untuk mencabut penjajahan yang kian membarah ini dari segenap inci tanah Palestin, serta menegakkan kekuasaan Islam ke atas tanah yang diberkati ini sekali lagi. Malah, ia juga akan memastikan perlindungan, maruah dan keselamatan terjamin bagi semua yang hidup di bawah pemerintahannya!

 

Rasulullah (SAW) bersabda:

 

«إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»

“Imam (Khalifah) adalah perisai, di belakangnya kamu berperang dan kamu berlindung.”

 

Bahagian Muslimah

di Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir

 

Exit mobile version