Site icon MuslimahHTM News

Ratusan berkumpul dan membaca Al-Quran di Hari Arafah

[Sorotan Ketabahan Muslimah Palestin]

Ratusan berkumpul dan membaca Al-Quran di Hari Arafah

 

Beratus-ratus orang berkumpul di pelbagai bahagian yang berlainan di Semenanjung Gaza untuk membaca ayat-ayat al-Quran bersama-sama pada Hari Arafah yang lalu (Jun 2024). Berita ini dikongsi secara meluas di media sosial, dan menarik pujian daripada ramai orang. Walaupun situasi genosid kian memburuk, namun itu semua tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk terus membaca, mendalami dan menghafal kitab suci Al-Quran.

 

Keadaan yang ditunjukkan oleh mereka kepada dunia ini mengajar dan mendidik umat Islam di luar sana agar sentiasa mendekati, membaca dan tidak meninggalkan Al-Quran walau dalam keadaan apa sekali pun, lebih-lebih lagi dalam waktu sukar.

 

Selain itu, di sisi lain ini membuktikan ketakwaan dan keimanan mereka yang teguh dalam menghadapi keadaan sukar dan penuh traumatik. Kebergantungan pada Allah lah yang menjadikan tujuan hidup sebagai hamba-Nya semakin jelas walaupun harapan seolah-olah sirna di mata dunia.

 

Sumber berita : https://iqna.ir/en/news/3488759/hundreds-in-gaza-read-quran-on-day-of-arafah-%C2%A0

 

#muslimahideal #muslimahpalestin #inspirasimuslimahdaribumibarokah #tindakanmuslimah

Exit mobile version