[Hadits Shiyam] Keterikatan pada Hukum Syarak Merupakan Dasar Terpenting bagi Tegaknya Daulah dan Kehidupan Individu (Bahagian 1/2)
Hilangnya nilai keterikatan pada hukum-hukum syarak dari dasar tempat tegaknya Daulah dan tegaknya kehidupan individu sangat berpengaruh terhadap kehidupan kaum muslim. Diambilnya apa-apa yang bukan dari Islam, tetapi hal tersebut dianggap sebagai suatu yang berasal dari Islam–sekalipun sekadar daripada nama–oleh Daulah pada masa Uthmaniyah. Begitu juga pengabaian individu terhadap keterikatan pada hukum-hukum (syarak) dalam kehidupan mereka adalah persoalan terpenting yang menghancurkan Daulah Islamiah dan merupakan sebab utama yang menjadikan kaum muslim dalam kehinaan dan kemerosotan.
Oleh sebab itu, adalah suatu keperluan untuk mencurahkan segenap kekuatan yang menyeluruh bagi pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang merupakan konsekuensi adanya ketentuan perilaku bagi individu, umat, dan perjalanan Daulah.
Adapun lunturnya nilai dasar landasan tegaknya kehidupan individu, mulai tampak ketika sebahagian individu mengabaikan masalah keterikatan pada hukum-hukum syarak dalam kehidupan keseharian, baik dalam perilaku individual ataupun dalam interaksinya dengan sesama manusia. Kebanyakan mereka, terlebih dalam aturan-aturan yang mengatur hubungan antara individu tidak menjadikan hukum syarak sebagai standard. Hukum-hukum syarak itu tidak diperhatikan, sehinggakan tidak mampu memahaminya. Sesungguhnya, keterikatan pada hukum-hukum syarak itu merupakan landasan kehidupan, buah keimanan, dan diatasnyalah penempaan perilaku itu wajib dilakukan.
Ayat-ayat yang menunjukkan tentang wajibnya terikat pada hukum-hukum syarak bersifat tegas maknanya (qath’i dilalah). Firman Allah SWT, “Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut tersebut. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (TMQ An-Nisa’: 60).
Ayat-ayat ini sifatnya qath’i dilalah yang menunjukkan wajibnya terikat pada hukum-hukum syarak. Allah memerintahkan kepada kaum muslim agar mengambil apa-apa yang dibawa oleh Rasululah, baik yang diwajibkan atau pun yang mubah (dibolehkan) bagi mereka.
Allah SWT juga memerintahkan untuk mencegah daripada apa yang dilarang bagi mereka iaitu yang diharamkan atau yang dibenci Allah. Setiap seruan yang dibawa oleh Rasulullah berasal dari Allah. Dengan demikian, wajib untuk terikat dengannya, baik seruan itu bersifat tegas sebagai fardhu, atau tidak tegas sebagai sunnah, atau seruan untuk meninggalkan secara tegas sebagai haram, atau yang tidak tegas sebagai yang dimakruhkan, mahupun pemilihan antara melakukan dan tidak melakukan (meninggalkan) sebagai perkara mubah.
Seluruhnya itu termasuk dalam firman Allah SWT dalam surah Al Hasyr: 7, “Dan apa saja yang dibawa oleh Rasul, lakukanlah. Sedangkan yang dilarangnya, maka tinggalkanlah.”
Lafaznya berbentuk umum meliputi semua perkataan yang berasal dari Rasul, iaitu hukum-hukum syarak. Ayat ini diturunkan berkaitan dengan pembahagian harta fai‘ (rampasan perang) kepada orang-orang Muhajirin, tanpa dibahagikan kepada orang-orang Ansar, yakni diturunkan berkaitan dengan salah satu hukum syarak. Dengan demikian, tema ayat tersebut adalah hukum syarak yang ditetapkan berdasarkan perbuatan Rasul SAW dan datang dalam bentuk umum, “Dan apa yang dibawa oleh Rasul, serta apa-apa yang dilarang oleh Rasul” sehingga ayat ini mencakup seluruh hukum-hukum syarak. Apabila ayat tadi diberi indikasi (qarinah) oleh surah An Nur (24): 63 berikut, “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih.”
Hal ini menunjukkan bahawa perkataan “Maka hendaklah” dan “Maka tinggalkanlah” dalam surah Al Hasyr: 7 tadi adalah wajib. Oleh sebab itu, suatu kewajipan bagi setiap muslim untuk mengambil hukum syarak dan mengikatkan diri dengannya. Al-Quran telah menegaskan makna ini dalam bentuk yang tegas dengan menganggap tidak adanya iman dalam diri seseorang yang berhukum kepada selain Rasul, iaitu kepada selain syariat Islam dalam kedudukannya sebagai risalah Rasul.
Allah SWT berfirman, “Maka demi Rabb-mu. Mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Rasul) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan.” (TMQ An Nisa’: 65).
Kemudian tidak cukup dengan hanya berhukum, tetapi disyaratkan adanya keredhaan atas hukum itu. Allah berfirman dalam lanjutan ayat itu, “Kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”
Ini menunjukkan bahawasanya tidak cukup terikat dengan hukum syarak kerana takut kepada penguasa, tetapi mesti rela dan menerima sepenuh hati.
Diriwayatkan bahawa pernah terjadi perselisihan antara orang Yahudi dan orang munafik. Untuk menyelesaikan persoalan ini, orang munafik mengajak orang Yahudi untuk meminta keputusan kepada Kaab bin Asyraf, sedangkan orang Yahudi mengajak orang munafik kepada Nabi SAW. Akhirnya datanglah keduanya kepada Nabi SAW.
Dalam keputusannya, Nabi memenangkan orang Yahudi. Namun orang munafik itu tidak redha dengan keputusan Nabi sehingga turun ayat ke 65 dalam surat An Nisa’ tadi. Al-Quran tidak berhenti pada penegasan demikian saja. Bahkan Al-Quran menganggap tidak adanya iman dalam diri orang-orang yang berharap untuk berhukum dengan selain apa yang dibawa Rasul, iaitu syariat Islam dan menjadikan hukum-hukum mereka kepada selain syariat Islam itu dianggap sebagai berhukum kepada thaghut. Al-Quran mencela mereka kerana perbuatannya itu.
[Bersambung ke bahagian 2/2]
Sumber: Hadits Shiyam

