LUBNAN – DULU DAN KINI (BAHAGIAN 1)
- Lubnan, sebuah negara moden yang dari segi Sejarah merupakan sebahagian daripada negara yang lebih besar iaitu wilayah Bilad as-Syam. Berikut ialah gambaran bagaimana tanah tersebut kini dikenali sebagai Lubnan yang telah dipengaruhi oleh pelbagai kuasa pemerintah yang memerintah Levant (Masyrik/As-Syam).
*Merangkumi wilayah Lubnan, Syria, Jordan, dan Palestin. Ada juga yang turut memasukkan wilayah Cyprus, Semenanjung Sinai Mesir, dan Irak sebagai sebahagian daripada Levant.
- Walaupun Perancis memisahkannya dari rantau itu dan membenarkannya menjadi republik sendiri, Lubnan masih terjejas oleh apa yang ada di sekelilingnya sehingga hari ini.
(Butiran lanjut mengenai perkara ini akan dibincangkan dalam bahagian 2.)
- Lubnan sangat berkait rapat dengan Syria Raya (Levant), dan peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku telah mempengaruhi pembentukan wilayah tersebut yang lebih luas. Dan ini sudah pasti turut mempengaruhi Lubnan.
- Lubnan: Dahulu – Kini
Berikut adalah ringkasan garis sejarah Lubnan berdasarkan pelbagai kuasa pemerintah yang pernah berkuasa ke atas wilayah tersebut, yang pada masa lalu menurut sejarah adalah sebahagian daripada Bilad Asham (Syria Raya):
- Kekuasaan Byzantine (399–636)
- Khulafa Rasyidun (638)
- Era Umayyah (661–750)
- Zaman Abbasiyah (750–1258)
- Kekuasaan Perang Salib (1095–1302)
- Era Mamluk (1250–1517)
- Era Uthmaniyyah (1516–1924)
- Zaman Kolonial Perancis (1926–1943)
- Republik Lubnan (1943–sekarang)Walaupun Lubnan dipisahkan dari wilayah itu oleh Perancis, namun sejarah negara dan keadaan semasanya terus dipengaruhi oleh wilayah sekitar.

