Site icon MuslimahHTM News

[Ath-Thariq] Berbagai Macam Kesukaran yang Merintangi Parti Berideologi (Bahagian 1/4)

[Ath-Thariq] Berbagai Macam Kesukaran yang Merintangi Parti Berideologi (Bahagian 1/4)

Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat

 

Sesungguhnya kesukaran-kesukaran yang merintangi langkah parti berideologi dalam merealisasikan maksud dan tujuannya itu sangat banyak, di antara kesukaran terbesar adalah:

 

  1. Perbezaan ideologi parti dengan sistem yang diterapkan di masyarakat.

 

Sesungguhnya parti berideologi itu—yang berbeza dengan parti lainnya—berusaha untuk mewujudkan ideologinya dalam kancah kehidupan dan menerapkannya dalam masyarakat. Pada saat realiti masyarakat diatur oleh sebuah sistem yang tidak mengakui ideologi parti atau tidak berpihak kepada parti sama sekali, hal itu menjadi sebab terjadinya pergeseran antara parti dengan sistem tersebut. Bahkan akan terjadi konflik antara parti dengan sistem tersebut, setiap pihak akan berusaha agar dapat terus bertahan dan meraih kedaulatan.

 

Berdasarkan penelitian terhadap beberapa fakta yang telah ada, kita dapati bahawa konflik antara dua kubu tersebut pada awalnya masih lemah kerana tidak adanya perhatian dari sistem yang ada terhadap parti yang baru tersebut. Namun, konflik tersebut menguat setelah selang beberapa waktu ketika sistem yang ada merasakan bahawa parti yang baru itu telah kukuh batang tubuhnya dan makin kuat azamnya. Sistem itu pun akan mula memerangi parti dan anggotanya dengan tidak menaruh belas kasihan lagi dan dengan menggunakan berbagai bentuk, cara, dan seluruh sarana yang ada.

 

Pada awalnya, konflik yang terjadi antara sistem yang diekspresikan oleh kelompok penguasa dan kroninya dengan parti yang direpresentasikan oleh mas’ul (pengurus) dan syabab-nya, masih dalam bentuk yang sederhana, iaitu parti tersebut melontarkan pelbagai idea (pemikiran) yang bertentangan dengan sistem yang ada. Sistem itu pun kemudian berlindung daripada ejekan dan keganjilan mereka yang berlari dalam kegelapan malam serta ketiadaan sesiapa pun yang memberikan perhatian kepada mereka.

 

Pada saat sistem ini melihat kesungguhan parti dalam aktivitinya—ditinjau dari segi kejayaan yang direalisasikan oleh parti—ia pun kemudian berlindung daripada propaganda yang menyesatkan, cacian, makian, dan berbagai tuduhan yang batil. Sistem ini pun kemudian melontarkan tuduhan bahawa parti ini telah memberontak pada umat, memecah-belahkan barisan, dan menjadi ejen musuh. Setelah terlihat gagalnya cara tadi—dan pasti akan gagal bila digunakan untuk menyumbat langkah parti—sistem pun kemudian berlindung pada usaha intimidasi (at-tarhib) dan ancaman.

 

Sistem kufur ini kemudian mengancam parti dan para anggotanya dengan kesengsaraan, kebinasaan, dan masalah besar lainnya. Setelah semua usaha itu menemui kegagalan, ia pun berlindung pada cara pujukan (at-targhib) dan rayuan. Sistem yang ada berusaha untuk memujuk parti dan syabab-nya dengan harta dan kebesaran serta jawatan dalam pemerintahan.

 

Setelah segenap usaha yang dilakukan sistem itu menemui kegagalan, ia pun mula menggunakan sarana fizikal berupa penindasan, pemenjaraan, usaha untuk mewujudkan kebuluran (boikot ekonomi), dan pengusiran. Sistem menggunakan keganasan fizikal yang sangat mencolok ataupun pujukan yang sangat halus.

 

Berlakunya pelbagai perkara yang diterangkan sebelum ini hampir menjadi sebuah kepastian. Walaupun hal itu mungkin menjadi penghalang kepada tubuh parti dari segi kuantiti, tetapi sebenarnya merupakan sebahagian cerita yang mesti ada sebagai penentu kualiti parti itu sendiri. Walaupun berbagai kesukaran ini menjadi salah satu sebab yang menghalang ramai orang daripada menyertai parti, bahkan mengakibatkan banyak anggota parti yang lemah jatuh berguguran, tetapi sebenarnya hal ini makin menguatkan tubuh parti. Hal ini kerana parti akan dibersihkan dari cacat, noda, kotoran, serta sampah sehingga tubuhnya makin kuat.

 

Parti itu juga bersandar pada tiang yang diperbuat daripada besi atau batu keras yang tidak lagi boleh dilunakkan, bukan bersandar pada orang-orang yang diperbuat daripada kayu atau bermentaliti jerami. Walau bagaimanapun, respons gembira kami terhadap kesukaran yang telah mengakibatkan banyak kematian anggota parti bukanlah bermakna bahawa kami bersukacita atas kehilangan sesiapa saja daripada mereka dan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, tetapi kami bergembira atas kejatuhan yang bersifat alamiah yang mana hal itu merupakan sebahagian daripadai sunnah ilahi.

 

Berkaitan dengan kematian dan kejatuhan seseorang yang diakibatkan oleh sebab-sebab yang jelas, kami akan berusaha menanganinya dengan segenap kemampuan kami sebagai manusia. Kami tidak mengalu-alukan kegembiraan itu, bahkan kami merasa dukacita, kerugian, dan kehilangan. Akan tetapi, jika sebahagian anggota parti gugur disebabkan kerana mereka belum sedia menanggung kesusahan, contohnya, hal itu merupakan perkara lumrah dan biasa terjadi, maka tidak ada keberatan atas terjadinya perkara tersebut.

 

Adapun sebahagian anggota parti yang meninggalkan tugas mengemban dakwah dan perjalanan bersama parti ini kerana mereka tidak memperolehi apa yang dapat menjaga jiwanya, tatkala anggota lainnya hidup senang, makmur, dan sejahtera, maka situasi ini menjadi perkara yang tidak biasa dan mestilah ditolak serta menunjukkan terdapat kecacatan dalam pemahaman, pengurusan, dan pengorganisasian.

 

Allah SWT telah berfirman,

الۤمّۤ

اَحَسِبَ النَّاسُ اَنْ يُّتْرَكُوْٓا اَنْ يَّقُوْلُوْٓا اٰمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُوْنَ

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللّٰهُ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكٰذِبِيْنَ

“Alif Lam Mim. Apakah Manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar  dan  sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”(TMQ Al-Ankabut: 1—3).

 

Allah SWT juga berfirman,

وَلِيُمَحِّصَ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَيَمْحَقَ الْكٰفِرِيْنَ

“Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.” (TMQ Ali Imran: 141).

 

[Bersambung ke bahagian 2/4]

 

Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)

 

 

 

 

 

Exit mobile version