Site icon MuslimahHTM News

Nasihat Rasulullah SAW: Jangan Mengambil Cahaya Dari Api Puak Kufar!

Nasihat Rasulullah SAW: Jangan Mengambil Cahaya Dari Api Puak Kufar!

 

Dunia Islam pada hari ini ibarat anak ayam yang kehilangan ibunya. Banyak, tetapi seperti buih di lautan. Hidup berselerak. Tanpa kesatuan kepimpinan. Berbilion sumber tenaga manusia, berbilion sumber daya alam di negara mereka, serta besarnya kekuatan ketenteraan masyarakat Islam namun tidak mampu menggoncang musuh termasuk golongan Zionis penjenayah dan sekutu mereka. Hari ini, manusia umpama unta yang mati kehausan, walaupun air tersimpan di belakangnya. Malangnya, di tengah-tengah situasi kemerosotan rakyat, pemerintah mereka pula sebaliknya tunduk kepada tamadun barat yang tidak beradab, gagal dan rosak. Penyair berkata:

 

عَجِبْتُ لِقوْمٍ أضَلّوا السّبيلَ #

وقد بيّنَ الله سبلَ الهدى

فما عرفوا الحقّ لما استبانَ #

ولا أبصروا الفجرَ الما بدا

 

Aku hairan dengan orang yang telah tersesat dari landasan kebenaran

Sesungguhnya Allah SWT telah menerangkan jalan petunjuk

Mereka tidak mengetahui kebenaran yang jelas

Mereka juga tidak melihat fajar apabila terbit.

 

Bagaimana orang Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan petunjuk Islam, mencari kesesatan daripada orang yang tidak mengenali Tuhannya?

 

وَلِلَّهِ ٱلۡعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ ٨

 

Milik Allahlah kemuliaan itu, juga milik Rasul-Nya dan kaum Mukmin[TMQ Al-Munafiqun (63):8]

 

Mereka mengamalkan tamadun mereka. Bahkan mereka melanggar amaran Nabi Muhammad SAW yang melarang mengambil cahaya daripada api kepunyaan orang kafir. Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَسْتَضِيئُوا بِنَارِ الْمُشْرِكِينَ

 

Janganlah kamu mencari cahaya dari api orang-orang musyrik [HR al-Bukhari, Ahmad dan an-Nasa’i]

 

Kata al-musyrikîn dalam hadis ini termasuk orang kafir secara umum. Ia menyebut sebahagian, iaitu orang-orang musyrik, tetapi ia bermaksud keseluruhan orang-orang kafir. Ini adalah kiasan: menyebut sebahagian, tetapi bermaksud keseluruhan (al-majâz al-mursal bi al-’alâqah al-juz’iyyah). Ini sebagaimana yang ditunjukkan (qarînah) dalam al-Qur’an [TMQ At-Taubah (9): 28-31]. Asy-Syaikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid (w. 1429 H) menukilkan penjelasan al-‘Allamah Muhammad al-Amin asy-Syinqithi (w. 1393 H) bahawa orang musyrik termasuk orang kafir secara umum [dalam TMQ At-Taubah ( 9) 28] dan Ahl al-Kitâb, termasuk orang-orang musyrik [dalam TMQ At-Taubah (9): 30-31]. Ya, ia termasuk orang kafir sepanjang masa. Lebih-lebih lagi dalam era yang jelas ini. Mereka telah terbukti menyebabkan banyak kemudaratan kepada umat Islam dalam semua aspek kehidupan.

 

Hadis ini digunakan oleh ulama sebagai dalil tentang larangan mengambil pandangan hidup orang kafir, serta larangan meminta pertolongan daripada institusi bebas orang kafir dalam peperangan. Frasa lâ tastadhî’û terdiri daripada huruf lam nafi (larangan) di hadapan kata kerja al-mudhâri’, tastadhî’û. Maksudnya ialah thalab al-dhaw’i (mencari cahaya). Ia menjadi kiasan yang dipinjam (al-isti’ârah) untuk melarang perbuatan mencari penyelesaian masalah hidup daripada orang kafir. Frasa “nâr al-musyrikîn” adalah kiasan (kinâyah) dari pandangan orang-orang kafir. Ini kerana, nâr bermaksud api yang mengeluarkan cahaya, tetapi bersifat membakar. Ia kelihatan sebagai penyelesaian, tetapi sebenarnya menjadi punca masalah itu sendiri. Oleh itu, tidak wajar seorang mukmin mengambil cahaya daripada api orang kafir, mengambil punca masalah sebagai penyelesaian kepada masalah kehidupan. Ulama juga menjadikan hadis ini sebagai larangan menjadikan orang kafir sebagai rujukan dan larangan bermusyawarah dengan mereka dalam masalah kehidupan.

 

Al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi (w. 911 H) dalam Syarh-nya atas Sunan al-Nasâ’î (VIII/174) menjelaskan: “(Al-Hafizh Ibn al-Atsir) berkata dalam An-Nihâyah bahawa Nabi SAW menghendaki maksud an-nâr di sini adalah pandangan (al-ra’yu), iaitu janganlah kalian bermusyawarah dengan mereka sehingga al-ra’yu ini diserupakan dengan cahaya ketika mengalami kebingungan.”

 

Al-Imam al-Baihaqi (w. 458 H) dalam As-Sunan al-Kubrâ’ (X/127) menegaskan:

 

فَإِنَّهُ يَقُولُ لا تَسْتَشِيرُوا الْمُشْرِكِينَ فِى شَىْءٍ مِنْ أُمُورِكُمْ

Sungguh Nabi SAW bersabda (maksudnya) iaitu: janganlah kalian mengambil petunjuk orang musyrik dalam hal apapun dalam urusan kalian.”

 

Imam al-Baihaqi lalu menegaskan hal tersebut dengan firman Allah SWT:

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ ١١٨

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” [TMQ Ali ‘Imran (3): 118]

 

Ini diperjelaskan dengan perintah membezakan diri dari orang kafir, daripada Ibn ‘Umar RA, Rasulullah SAW berkata:

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ

 “Bezakanlah diri kamu dengan kaum musyrik”, [HR al-Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi]

 

Di sisi lain, peringatan Rasulullah SAW atas api kaum musyrik pun menjadi dalil keharaman meminta bantuan mereka sebagai institusi/kelompok independen dari kekuasaan Islam. Frasa “nâr al-musyrikîn” dimaknai oleh Al-’Allamah al-Qadhi Taqiyuddin an-Nabhani

 

Sebaliknya peringatan Nabi Muhammad SAW tentang api kaum musyrikin juga menjadi dalil larangan meminta pertolongan mereka sebagai sebuah institusi/kumpulan yang bebas daripada kekuasaan Islam. Ungkapan “nâr al-musyrikîn” ditafsirkan oleh Al-‘Allamah al-Qadhi Taqiyuddin an-Nabhani. (w. 1397 H):

 

نَارُ الْقَوْمِ كِنَايَةٌ عَنْ كِيَانهم فِي الْحَرْبِ كَقَبِيْلَةٍ مُسْتَقِلَّةٍ أَوْ كَدَوْلَةٍ

”Api sesuatu kaum adalah kinâyah (nama kiasan lain) institusi mereka dalam peperangan sebagai suku merdeka (kabilah) atau sebagai sebuah negara.”

 

Dalam Kitab Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah Jilid II, bab “Al-Isti’ânah bi al-Kuffâr fî al-Qitâl,” al-Qadhi Taqiyuddin an-Nabhani menegaskan bahawa meminta pertolongan mereka sebagai golongan tertentu yang mempunyai institusi bebas daripada Negara Islam adalah haram.

 

Punca Penguasaan Orang Kafir

 

Perbuatan menjadikan mereka kiblat masalah hidup adalah punca kekalahan, penghinaan dan penguasaan mereka terhadap umat Islam. Segala bentuk perbuatan yang disyaki kuat membuka jalan kepada orang kafir untuk menguasai orang mukmin adalah haram, firman Allah SWT:

وَلَن يَجۡعَلَ ٱللَّهُ لِلۡكَٰفِرِينَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ سَبِيلًا  ١٤١

Sekali-sekali Allah SWT tidak akan pernah memberikan jalan kepada kaum kafir untuk menguasai kaum Mukmin”  [TMQ An-Nisa’ (4): 141]

 

Al-Hafizh al-Qurthubi (w. 671 H) dalam Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân (V/417) menjelaskan perincian tafsir ayat ini, bahawa Allah SWT sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman, kecuali jika mereka saling mendorong ke arah kebatilan, tidak melarang kemungkaran dan enggan bertaubat sehingga musuh menguasai, berdasarkan firmanNya:

وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٖ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ ٣٠

Apa saja musibah yang menimpa kalian, hal itu disebabkan oleh perbuatan tangan kalian sendiri” [TMQ Asy-Syura (42): 30]

 

Mentafsir ayat ini dan menggunakan hujah yang sama, Al-Imam Muhammad bin ‘Ali asy-Syaukani (w. 1250 H) dalam Fath al-Qadîr (hlm. 609) memberi amaran: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin, selama orang-orang mukmin itu menegakkan kebenaran, tidaklah mereka merestui kebatilan dan tidak meninggalkan perbuatan-perbuatan yang melarang kemungkaran.” Tindakan umat Islam membiarkan Gaza berdarah akibat pembunuhan beramai-ramai oleh penjenayah Yahudi Zionis, membenarkan malah menyokong kejahatan mereka dengan mengurung umat Islam di sekatan pintu sempadan Rafah, dan membekalkan minyak kepada Zionis Yahudi adalah antara banyak punca penghinaan dan kemerosotan umat Islam di dunia. Lebih-lebih lagi apabila umat Islam mengharap kepada institusi asing orang kafir dan terpedaya dengan suara-suara sumbang, khurafat penyelesaian dua negara, penyelesaian dua negara yang didakwa sebagai ”win-win solution (penyelesaian jalan tengah). Ini adalah pengajaran: jangan sekali-kali sanggup mengambil cahaya dari api orang Kuffar, dan kemuliaan semata-mata dalam Islam. Umar bin al-Khattab RA berkata:

 

إِنَّا قَوْمٌ أَعَزَّنَا الله بِالإِسْلامِ فَلَنْ نَبْتَغِيَ الْعِزَّةَ بِغَيْرِهِ

”Kami adalah kaum yang Allah SWT muliakan dengan Islam. Kerana itu kami tidak akan  sama sekali mencari kemuliaan dengan selain Islam.”

 

Wallahu’alam.

 

 

Sumber: muslimahnewsid

Exit mobile version