Site icon MuslimahHTM News

Syuhada Profesor Khetam Al-Wosifi

[Sorotan Ketabahan Muslimah Palestin]

Syuhada Profesor Khetam Al-Wosifi

 

Sudah banyak intelektual dan ilmuan muslim dari bumi barakah Palestin menjadi korban Israel samada sebagai sasaran langsung mahupun tidak langsung. Antaranya adalah Profesor Khetam Al-Wosifi, Ketua Jabatan Fizik di Universiti Islam di Gaza, dan Timbalan Dekan Fakulti Sains.  Beliau telah mengarang berpuluh-puluh kertas penyelidikan mengenai elektromagnetisme dan optik elektronik dan dianugerahkan gelaran ‘Wanita Palestin’ dalam bidang intelektual.

 

Menurut perkongsian oleh DOAM, beliau bersama suaminya dan beberapa anaknya di #Gaza menjadi korban kejahatan entiti Yahud1 pada Disember lalu (2023).

 

Semoga Allah SWT menjadikan kematian mereka sebagai syahid dan menempatkan mereka sekeluarga di Syurga-Nya.

 

Umat ini akan terus menerus kehilangan permata berharga tanpa pembelaan sekiranya para pemangsa ini dibiarkan terus menerus melakukan kezaliman dan pembunuhan. Salah satu pengajaran penting lain yang perlu kita ambil adalah bagaimana kehidupan umat di Gaza yang sudah bertahun-tahun dikepung dan dizalimi, namun itu tidak menghalang Gaza daripada melahirkan tokoh dan masyarakat berprestasi.

 

Sumber berita: DOAM – Documenting Oppression Against Muslims

 

#muslimahideal #muslimahpalestin #inspirasimuslimahdaribumibarokah

Exit mobile version