Site icon MuslimahHTM News

Ketabahan Seorang Ibu Sehelai Sepinggang Bersama Lapan Anaknya

[Sorotan Ketabahan Muslimah Palestin]
Ketabahan Seorang Ibu Sehelai Sepinggang Bersama Lapan Anaknya

 

Nada Abdelsalam, 34, adalah antara wanita di Gaza yang telah menanggung penderitaan yang sama dan tanggungjawab yang tinggi semasa perang berlangsung. Nada terpaksa melarikan diri dari kem pelarian Maghazi di Bandar Gaza ke Deir el-Balah di tengah Gaza kerana perintah pemindahan oleh Israel semasa awal perang. Rumahnya dibom dan dimusnahkan. Dia terpaksa tinggal di dalam khemah bersama 8 orang anaknya. Nada menanggung beban yang berlipat kali ganda sejak genosid melanda Gaza, malah dia sudah tidak mampu menghitung sebanyak mana hari-hari telah berlalu. Dia kehilangan ruang privasinya sebagai seorang wanita. Kini, Nada hanya memikirkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan bersama 8 anaknya dalam keadaan yang serba kekurangan, tiada elektrik, tiada ruang mandi, bahkan tiada sanitasi. Tiada apa-apa pun bagi mereka. Nada hanya memakai jubah yang dipakainya sewaktu terpaksa meninggalkan rumahnya. Itulah yang menjadi pakaian hariannya, pakaian tidurnya, pakaian solatnya. Bukan setakat rumahnya yang dimusnahkan, tetapi Nada juga merasa kehilangan dirinya sehingga dia sudah lupa bagaimana menjadi seorang wanita dalam perang ini. Keadaan beliau sangat sukar sehingga merasakan mereka seolah-olah menempuh zaman batu yang serba kekurangan. Beliau berharap agar wanita lain tidak mengalami penderitaan yang sedang dia alami.

———-

Kesukaran dan kepayahan seorang ibu dalam membesarkan 8 orang anak dalam keadaan sukar memerlukan daya juang dan motivasi yang tinggi. Semangat seorang ibu tidak mampu dipatahkan oleh apa jua keadaan. Semangat ini juga pasti disandarkan pada kekuatan Al-Khaliq. Walaupun berduka dengan derita yang menimpa, dia tetap berusaha memenuhi tanggungjawab sebagai ibu sebaiknya dan tetap mengharapkan agar orang lain tidak mengalami apa yang dialami oleh dirinya, bahkan seluruh warga Gaza. Inilah bukti kebaikan dan hati yang besar dimiliki oleh ibu di Gaza. Oleh itu, realiti ketabahan seorang ibu Palestin seperti ini wajar dijadikan teladan oleh para ibu muslimah lainnya, untuk terus komited dengan peranan keibuan dan bertindak aktif mendukung perjuangan membebaskan saudari-saudari kita di Gaza dari kezaliman ini.

Sumber berita: https://www.aljazeera.com/features/2024/3/8/a-suffering-i-would-not-wish-on-any-woman-women-of-gaza

Exit mobile version