Site icon MuslimahHTM News

[Hadits Shiyam] Semua Bentuk Rasuah Adalah Haram

[Hadits Shiyam] Semua Bentuk Rasuah Adalah Haram

 

Diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Abu Hurairah. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat perasuah dan orang yang menerima rasuah dalam urusan pemerintahan.”

 

Imam At Tirmidzi meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar. Beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat perasuah dan orang yang menerima rasuah.”

 

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Tsauban, “Rasulullah SAW melaknat perasuah dan orang yang menerima rasuah, serta perantara antara keduanya.”

 

Dalil-dalil tersebut menetapkan haramnya rasuah secara mutlak dan tidak sedikit pun terdapat syubhat (kekaburan pentafsiran) di dalamnya.

 

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana penyempurnaan kepentingan manusia (sama ada untuk mendapatkan keuntungan atau untuk mengelakkan kemudaratan) yang sepatutnya diselesaikan tanpa pampasan. Rasuah hampir sama dengan upah (gaji), tetapi kedua-duanya jelas berbeza.

 

Upah diperoleh sebagai imbalan untuk melaksanakan pekerjaan tertentu (yang sepatutnya) tidak harus dilaksanakan. Sedangkan rasuah adalah imbalan untuk melaksanakan pekerjaan tertentu (yang sepatutnya) dilakukan tanpa ada imbalan daripada orang yang kepentingannya terpenuhi.

 

Terkadang rasuah boleh berupa imbalan atas perbuatan yang sepatutnya dilakukan tanpa imbalan daripada pihak yang meminta. Kadangkala ia juga berbentuk imbalan kerana tidak menjalankan kerja yang sepatutnya dijalankan.

 

Kepentingan ini adalah sama ada untuk mendapatkan faedah atau mengelakkan bahaya, atau sama ada kepentingan ini betul (hak) atau salah (bathil).

 

Orang yang memberi rasuah disebut rasyi dan penerimanya disebut murtasyi. Adapun perantara di antara mereka berdua adalah raisy.

 

Dalil-dalil tersebut menunjukkan haramnya rasuah secara mutlak, tanpa menyebut illat-nya (yang menjadi alasan adanya hukum haram). Pengharaman rasuah tidak disertai illat sama sekali dan semata-mata haram berdasarkan ketentuan dalil yang mengharamkannya.

 

Oleh kerana itu, tidak boleh seseorang menyatakan bahawa rasuah diharamkan kerana dalam rangka melakukan kebathilan ataupun kerana menghilangkan yang hak (kebenaran). Jika memang demikian, (menurut mereka) rasuah sudah jelas keharamannya, akan tetapi, jika ia dilakukan dalam rangka melaksanakan kebenaran atau menjauhkan daripada kemudaratan, maka (menurut mereka) hukum rasuah dalam keadaan ini adalah halal.

 

Pendapat seperti ini tidak boleh diterima. Sebabnya, hal ini menunjukkan bahawa nas yang menentukan keharaman rasuah tersebut terkait dengan illat tersebut. Pendapat ini jelas merupakan pendustaan terhadap syarak. Ini kerana semua nas yang menyatakan keharaman rasuah sama sekali tidak mengaitkan keharamannya dengan satu illat pun.

 

Kita juga tidak boleh menggali daripada nas-nas tersebut adanya illat (jika memang ada) yang mengharamkan rasuah. Berdasarkan penjelasan di atas, maka penentuan illat yang memunculkan haramnya rasuah merupakan pendustaan terhadap syarak yang jelas tidak dibolehkan.

 

Begitu juga pendapat yang mengatakan bahawa jika dalam konteks diperbolehkan untuk memungut imbalan daripada yang bersangkutan dengan alasan mengambil harta dalam rangka melakukan pekerjaan yang dihalalkan, iaitu menunaikan kebajikan. Pendapat seperti ini adalah pendapat yang batil. Sebabnya, nas-nas yang mengharamkan rasuah (kalimatnya) berbentuk umum. Maka ia dibiarkan dalam bentuk umum, iaitu meliputi semua amalan rasuah. Pengecualian dan pengkhususan hanya pada satu amalan rasuah, iaitu menghalalkannya, jelas memerlukan dalil lain yang mengkhususkan keumuman ini. Namun, tiada nas yang membenarkan hal itu.

 

Jadi, pendapat di atas (yang membolehkan rasuah), tidak ada nas yang menyatakan kebolehannya, maka perkara ini jelas tidak boleh diterima. Pendek kata, semua bentuk amalan rasuah adalah haram.

 

Rasuah yang diharamkan bukan hanya rasuah yang dilakukan kepada penguasa, pegawai, atau pimpinan saja. Akan tetapi, semua bentuk rasuah tetap haram, sekalipun kepada tukang sampah. Rasuah yang diberikan kepada pihak berkuasa agar terhindar daripada ancaman bahaya, sama seperti memberi rasuah kepada penguasa yang diharamkan oleh nas.

 

Rasuah kepada pengarah sebuah Syarikat liabiliti terhad agar dapat bekerja di agensi tersebut atau agar ia tidak dipecat daripada agensinya, sama seperti rasuah (yang dilakukan) kepada pemungut cukai. Semua ini haram. Rasuah kepada seorang mandur agar meringankan tugas si perasuah, sama saja seperti rasuah kepada seorang buruh (pedagang) agar memilihkan barang-barang yang terbaik untuk si perasuah. Semua ini haram.

 

Rasuah yang diberikan oleh pegawai percetakan kerana dia lalai terhadap pemilik percetakan dan agar pekerjaannya (dianggap) baik adalah sama seperti rasuah yang dilakukan kepada pegawai syarikat  sebagai imbalan agar dia mendahulukan pekerjaannya untuk si perasuah tadi. Semua ini haram.

 

Semua itu adalah amalan rasuah dan semua amalan rasuah diharamkan. Ini kerana harta itu diperoleh sebagai imbalan untuk menunaikan kepentingan yang semestinya wajib ditunaikan tanpa imbalan daripada pihak yang berkepentingan.

 

Termasuk kategori rasuah adalah apa yang diberikan oleh sebahagian orang kepada orang lain yang memiliki pengaruh terhadap penguasa, pegawai ataupun orang yang mempunyai kepentingan agar dia menjalankan pengaruhnya untuk menyelesaikan kepentingannya (pakatan rahsia). Harta tersebut memang tidak diambil oleh orang yang memenuhi kepentingan tadi, melainkan hanya diambil oleh orang yang punya pengaruh tersebut. Ini pun termasuk bentuk rasuah kerana diberikan sebagai imbalan untuk memenuhi kepentingan tertentu yang semestinya wajib dipenuhi tanpa memberikan imbalan (harta tersebut).

 

Kekayaan yang termasuk rasuah tidak disyaratkan mesti dipungut langsung oleh orang yang memenuhi kepentingan tadi. Namun, yang disyaratkan bahawa harta tersebut termasuk rasuah adalah harta itu dipungut sebagai imbalan atas terpenuhinya kepentingan tertentu, baik dipungut oleh orang yang memenuhi kepentingan tersebut, rakannya, kerabatnya, pimpinannya ataupun orang yang memiliki posisi (penting) yang rapat dengan pengambil keputusan.

 

Ini kerana yang difokuskan dalam hal harta yang termasuk rasuah adalah bahawa harta tersebut dipungut sebagai imbalan untuk memenuhi kepentingan tertentu yang wajib dipenuhi tanpa (perlu) ada imbalan apa pun daripada pihak yang terpenuhi kepentingannya.

 

Bentuk lain yang diharamkan, sebagaimana rasuah, adalah hadiah, sehingga sesetengah orang menganggapnya sebagai rasuah. Hal ini kerana ia menyerupai rasuah, dilihat daripada sudut harta yang diperoleh untuk memenuhi kepentingan tertentu yang perlu dipenuhi tanpa (perlu) memberikan imbalan sedikit pun daripada pihak yang kepentingannya dipenuhi.

 

Perbezaan antara rasuah dan hadiah adalah rasuah merupakan harta yang diberikan sebagai balasan untuk memenuhi kepentingan. Hadiah adalah harta yang dihadiahkan kepada seseorang daripada pihak yang berkepentingan. Ini bukan ganjaran untuk memenuhi kepentingan tertentu. Namun, mereka yang diberi hadiah biasanya adalah orang yang mempunyai kuasa (pengaruh) untuk menyelesaikan kepentingan tersebut atau melalui perantara mereka. Kemudian dia diberi hadiah dengan harapan dia dapat memenuhi kepentingan tertentu atau dengan harapan kepentingannya akan dipenuhi apabila diperlukan.

 

Oleh kerana itu, terdapat larangan bagi para penguasa mahupun wali (gabenor) untuk menerima hadiah. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abi Humaid as-Saidi berkata, “Nabi SAW pernah mempekerjakan seorang lelaki daripada Bani Asad kerana kejujurannya. Sebahagian mengatakan (orang tersebut) adalah Ibnu Utaibiyah. Ketika datang menghadap Rasulullah SAW, ia berkata, ‘(Harta) ini ku serahkan kepada anda, sedangkan (harta) ini adalah hadiah yang diberikan kepadaku.’ Beliau SAW lalu berdiri di atas mimbar, memuji dan mengagungkan Allah, lalu berbicara (kepada khalayak ramai), ‘Bagaimana keadaan seorang petugas yang aku utus, lalu salah seorang datang menghadap kepadaku dengan mengatakan, ‘Ini adalah (harta) untuk anda dan ini (harta yang) dihadiahkan kepadaku.’ Apakah tidak sebaiknya ia duduk saja di rumah bapa atau ibunya, lalu (lihat) apakah hadiah akan diberikan kepadanya atau tidak? Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, tidak akan ia membawa sesuatu pun, melainkan ia pada hari kiamat nanti akan memikul (kesalahannya) di atas pundaknya.’”

 

Yang juga sama-sama diharamkan sebagaimana dengan hadiah kepada penguasa adalah memberikan hadiah kepada orang yang memiliki kuasa terhadap kepentingan orang ramai, kemudian dia memperoleh hadiah daripada pihak yang berkepentingan. Walaupun demikian, jika dia sudah biasa menerima hadiah daripada seseorang tanpa ada kepentingan tertentu, maka ia dibolehkan.

 

Kami mengingatkan semua umat Islam bahawa amalan rasuah dan pemberian hadiah kepada pemerintah, pekerja, dan orang yang berkuasa membuat keputusan untuk memenuhi kepentingan ini adalah haram. Rasulullah SAW telah melaknat orang yang memperolehnya.

 

Sumber : Hadits shiyam

Exit mobile version