[Hadits Shiyam] Akidah Ruhiyah dan Siyasiyah
Akidah ruhiyah adalah dasar pembahasan tentang pemeliharaan urusan-urusan keakhiratan. Adapun akidah siyasiyah adalah dasar pembahasan tentang pemeliharaan urusan-urusan keduniaan. Setiap pemikiran yang dipergunakan sebagai landasan yang paling dasar bagi pemikiran-pemikiran berikutnya dianggap sebagai akidah. Dari pemikiran tersebut dapat digali pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum lainnya.
Pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum tersebut boleh jadi berkaitan dengan masalah-masalah akhirat, semisal kiamat, pahala, seksaan, dan ibadah. Begitu juga yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan-persoalan tersebut, iaitu masalah akhirat, seperti peringatan, petunjuk, dan ancaman dengan (adanya) azab Allah, serta rangsangan untuk mendapatkan sebesar-besarnya pahala Allah Taala. Akidah semacam ini merupakan akidah ruhiyah.
Ada pula pemikiran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan persoalan dunia, seperti takdir, pembebanan hukum, kebaikan, keburukan, perdagangan, sewa-menyewa, perkahwinan, corporation (syirkah), dan warisan. Ada juga yang masih berkaitan dengan pemeliharaan persoalan tersebut, seperti mengangkat pemimpin jemaah, ketaatan kepada pemimpin serta memuhasabahnya, seperti juga hukuman-hukuman dalam perundangan, dan jihad. Akidah seperti ini adalah akidah siyasiyah.
Nasrani adalah akidah ruhiyah semata. Ini kerana sesungguhnya pemikiran dan hukum-hukum yang digali dari akidahnya berkaitan dengan persoalan keakhiratan. Begitu juga pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan ini, iaitu masalah keakhiratan, serta yang lahir dari akidah Nasrani tersebut juga berkait dengan persoalan akhirat semata.
Akidah kapitalisme adalah akidah siyasiyah semata. Ini kerana pemikiran dan hukum-hukum yang lahir dari akidah ini berkaitan dengan persoalan dunia saja, seperti kebebasan (liberalisme) dan asas manfaat (utilitarianisme). Begitu juga pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan keduniaan tersebut dan yang lahir dari akidah kapitalisme tersebut, berkaitan dengan urusan dunia seperti demokrasi dan peperangan.
Adapun sosialisme, yang antara lain berupa komunisme, semata-mata merupakan akidah siyasiyah. Ini kerana pemikiran-pemikiran serta produk perundangan yang lahir dari akidah tersebut hanya berkaitan dengan persoalan keduniaan, seperti pembatasan dan larangan kepemilikan. Demikian juga pemikiran dan undang-undang yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan tersebut, iaitu persoalan dunia dan yang lahir dari akidah sosialisme, berkaitan dengan urusan dunia saja, seperti mengehadkan demokratisasi terhadap kelas buruh dan kediktatoran proletariat.
Sesungguhnya akidah Islam adalah akidah siyasiyah sekaligus ruhiyah. Ini kerana ia sanggup melahirkan pemikiran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan persoalan akhirat, serta pemikiran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah keduniaan. Juga pemikiran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemikiran urusan tersebut dan terlahir dari akidah Islam, di antaranya berkaitan dengan urusan dunia.
Akidah ruhiyah tidak boleh membentuk pandangan hidup atau way of life. Ini kerana akidah ruhiyah berkaitan dengan masalah sebelum kehidupan dan setelah kehidupan. Akidah ini tidak memiliki relevansi dengan kehidupan dunia. Oleh kerana itu, akidah siyasiyah manapun boleh diberlakukan pada akidah ruhiyah tersebut, tanpa membahayakan (eksistensinya). Juga amat mudah menerapkan akidah siyasiyah apa pun pada akidah ruhiyah tersebut, bahkan tanpa perlawanan sekecil apa pun.
Oleh kerana itu, apa yang kini disebut dengan nama ideologi, sebenarnya tidak terdapat dalam akidah ruhiyah. Adapun akidah siyasiyah boleh membentuk pandangan hidup dalam kehidupan. Ini kerana ia sendiri merupakan pemikiran tertentu tentang kehidupan dunia, sedangkan pemikiran dan hukum-hukum yang lahir dari akidah tersebut adalah pemikiran dan hukum-hukum tertentu (yang tidak terbatas) berkaitan dengan keduniaan semata.
Akidah siyasiyah membentuk gambaran kehidupan yang khas. Gambaran akidah tentang dunia tersebut sesuai dengan idea dasar akidah itu. Dari sini jelaslah bahawa tidak mudah menerapkan suatu akidah siyasiyah terhadap sebuah jemaah yang sudah mengemban akidah siyasiyah yang lain, kecuali dengan kuku besi, peperangan, atau setelah mereka menyedari kebejatan akidah siyasiyah mereka.
Mereka akan mengambil akidah siyasiyah yang kuat, baik, dan jelas tersebut sebagai akidah siyasiyah mereka. Oleh kerana itu, negara-negara Barat amat mudah menjajah Congo, tetapi sukar menjajah Algeria, kecuali setelah menggunakan kuku besi dan peperangan.
Pandangan hidup atau apa yang kemudian disebut sebagai ideologi, yang diajarkan oleh akidah kapitalisme adalah kemanfaatan (utilitarianisme). Metode operasi (untuk merealisasikan pandangan kemanfaatannya) adalah liberalisasi secara umum, iaitu kebebasan akidah, kebebasan kepemilikan, kebebasan individu, dan kebebasan berpendapat. Akidah kapitalisme tersebut membentuk (pandangan) hidup dengan asas manfaat. Untuk meraih kemanfaatan ini, manusia perlu memiliki kebebasan.
Adapun pandangan hidup yang diajarkan akidah sosialisme adalah dialektik, iaitu perubahan dari suatu keadaan ke dalam keadaan lain yang lebih baik dalam bentuk yang pasti (tesis-antitesis-sintesa). Metode operasi untuk merealisasikan pandangan dialektiknya adalah adanya antitesis, iaitu tesis tandingan/saingan.
Dengan demikian, akidah sosialisme menggambarkan kehidupan sebagai sentiasa bergerak (tidak pernah berhenti atau relatif, bukan mutlak), iaitu perubahan menuju suatu keadaan lain yang secara pasti lebih baik. Untuk melahirkan dialektik tersebut atau perubahan menuju suatu keadaan yang lebih baik memerlukan adanya keberanian melakukan tuntutan balas (counter), jika memang telah ada. Namun, apabila belum ada, maka perlu diwujudkan.
Adapun pandangan hidup yang diajarkan oleh akidah Islam adalah halal dan haram. Metode operasi untuk merealisasikan pandangan halal-haram tersebut adalah dengan membangun keterikatan terhadap hukum syarak. Oleh sebab itu, pandangan tersebut selalu memandang kehidupan dengan standard halal dan haram. Apa saja yang halal, baik persoalan tersebut wajib, mandub (sunnah), mahupun mubah, maka akan diambil tanpa ragu. Sesuatu yang makruh akan diambil dengan rasa khuatir, sedangkan yang haram, tidak akan diambil sama sekali.
Ketika Barat melancarkan perang kebudayaan (ghazwu tsaqafi), tujuannya mengubah pandangan hidup Islam, paling tidak menggoncangnya. Di antara senjata mereka adalah mencipta keraguan dalam beberapa aspek akidah Islam, seperti serangan Barat terhadap persoalan qadar, kenabian Muhammad, serta penghormatan kaum muslim kepada para sahabat beliau SAW.
Senjata Barat yang lain adalah menghilangkan kepercayaan kaum muslim terhadap kelayakan hukum-hukum syarak untuk menyelesaikan permasalahan kekinian. Ini sebagaimana serangan Barat terhadap hukum-hukum jihad bahawa Islam disebarkan dengan perang dan kekerasan. Demikian pula terhadap poligami, talak, dan sebagainya.
Serangan Barat terhadap penerapan hukum syarak juga termasuk senjata Barat. Mereka mengambil pendapat sebahagian ahli fikih sebagai alat untuk menyerang. Apa yang dinyatakan oleh sebahagian ahli fikih, berupa mashalih mursalah, pemeliharaan kemaslahatan, pelaksanaan tradisi sebagai sumber hukum, serta isu perubahan hukum kerana perubahan zaman telah dijadikan oleh Barat sebagai alat untuk menjadikan asas manfaat sebagai standard perbuatan, bukan lagi hukum syarak.
Hasil dari semuanya itu adalah melemahnya pengambilan halal dan haram sebagai standard perbuatan, lalu kelemahan tersebut mulai meluas. Pertama sekali, manfaat dijadikan sebagai dasar pengambilan hukum, bukannya dalil.
Tatkala Barat menemukan adanya pendapat sebahagian ulama, iaitu di mana saja ada kemaslahatan, pasti di sana ada hukum Allah, mereka menjadikannya sebagai alat untuk menguatkan pandangan kemanfaatan tersebut menjadi standard hukum syarak. Kemudian beransur-ansur pandangan kemanfaatan tersebut menjadi standard kehidupan.
Tatkala Barat menguasai negeri-negeri Islam, lalu mencengkamkan kekuasaannya ke wilayah-wilayah Islam tersebut, maka Barat mula meniupkan akidah mereka, iaitu pemisahan agama dari negara (sekularisme) dan menanamkan asas manfaat yang mereka ciptakan. Dengan cara ini, ia mampu menghancurkan pandangan hidup Islam dalam sebahagian besar umat manusia. Kemudian menyebarlah ke hampir seluruh negeri-negeri Islam, iaitu menjadikan kemanfaatan sebagai standard kehidupan. Sekalipun masih ada sisa-sisa dijadikannya halal dan haram sebagai standard kehidupan.
Kalau kita perhatikan, akidah Islam saat ini belum kembali dimiliki kaum muslim sebagai akidah siyasiyah, walaupun tetap dimiliki sebagai akidah ruhiyah. Pandangan hidup yang dibentuk oleh akidah tersebut tidak pernah diwujudkan dalam realiti kehidupan, sekalipun masih ada pada individu-individu muslim.
Penyebab membuminya penyakit tersebut ada pada dua perkara berikut. Pertama, adanya kerosakan pada asas pemahamannya tentang kehidupan, iaitu akidah siyasiyah. Kedua, adanya kerosakan pada pandangan hidupnya yang dibentuk oleh akidah siyasiyah tersebut, iaitu setelah pandangan hidup halal-haram berubah menjadi pandangan kemanfaatan.
Cara penyelesaiannya perlu dimulai dengan akidah, iaitu dengan menjelaskan bahawa Islam adalah akidah siyasiyah, lalu hal itu ditanamkan secara membekas. Tentang aspek ruhiyah yang terdapat pada akidah Islam sudah diketahui oleh seluruh umat Islam.
Begitu juga perlu dengan mengaitkan akidah tersebut dengan pemikiran-pemikiran tentang keduniaan, juga pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan dunia. Perlu dikaitkan dengan keimanan kepada Allah, dengan keimanan kepada Al-Quran, dan makna iman kepada Kitab, Al Quran. Juga mengaitkan keimanan pada risalah yang dibawa Nabi dan kenabian beliau dengan Sunnah, serta makna iman kepada Sunnah.
Setelah itu, beralih (untuk mengubah) pandangan hidup yang dibangun di atas akidah tersebut, iaitu beralih kepada halal dan haram sebagai standard kehidupan. Sebenarnya pandangan kehidupan dalam kaca mata Islam adalah halal dan haram, bukan kemanfaatan, bukan pula dialektik ataupun apa yang disebut sebagai pandangan pembangunan/perkembangan.
Akidah sebenarnya bererti pembenaran yang pasti. Pembenaran yang tidak pasti bukanlah akidah. Justifikasi yang pasti sedemikian menuntut keperluan untuk tidak menerima apa yang tidak dipercayai. Maknanya, apabila ada yang menyatakan ini boleh dan yang itu juga boleh, maka ini bukan akidah. Sebabnya, hal ini bukan pembenaran yang pasti, melainkan hanya pembenaran saja. Keyakinan bahawa Al-Quran adalah firman Allah SWT bererti pembenaran yang pasti bahawa Al-Quran satu-satunya yang sesuai kerana Al-Quran adalah wahyu dari Allah Taala.
Apabila ada yang menyatakan ini benar dan yang lain juga benar, itu bukanlah pembenaran yang pasti, melainkan pembenaran saja. Keyakinan bahawa apabila hadis tersebut sahih adalah satu-satunya yang sesuai sebab ia merupakan wahyu dari Allah Taala. Dengan demikian, pernyataan bahawa hadis tersebut sesuai, sedangkan yang lain juga bersesuaian, bukan merupakan pembenaran yang pasti, melainkan pembenaran semata.
Jadi, akidah ini menentukan adanya kepastian dalam pembenaran. Apabila kepastiannya telah pupus, sifat keyakinannya pun telah hilang dari akidah tersebut. Pandangan hidup sebenarnya amat bergantung pada akidahnya.
Apabila hukum syarak dinyatakan ada kerana untuk kemanfaatan tertentu, bererti di sana ada kerosakan dalam mengaitkan pandangan hidupnya dengan akidahnya. Maka, kerosakan ini perlu diperbetulkan, iaitu dalil hukum syarak adalah syariat, iaitu wahyu yang disampaikan daripada Allah SWT, bukan kemanfaatan.
Apabila dinyatakan bahawa hukum syarak tersebut tidak sesuai untuk masa sekarang, tetapi hanya sesuai untuk masa dahulu, sedangkan yang sesuai untuk saat ini adalah kemanfaatan atau undang-undang moden, maknanya di sana terdapat kerosakan dalam akidah, serta dalam mengaitkan pandangan hidup dengan akidahnya. Kerosakan tersebut perlu diperbaiki.
Kepercayaan kepada kewujudan Allah dan kenabian Muhammad boleh menolak perkara-perkara tersebut. Seruan dalam Al-Quran dan hadis adalah untuk manusia sepanjang zaman. Selepas menerima, kemudian baru diteruskan dengan memperbaiki hubungan (antara iman dan pandangan hidup).
Apabila dinyatakan bahawa pandangan hidupnya adalah halal dan haram tersebut tidak bertentangan dengan pandangan hidup manfaat, bererti di sana terdapat kerosakan dari segi kaitan antara akidah dengan pandangan hidupnya. Kerosakan tersebut perlu diperbetulkan. Halal dan haram dalilnya adalah syarak, bukan asas manfaat. Oleh sebab itu, yang dituntut adalah syarak, bukan kemanfaatan.
Apabila dikatakan bahawa pandangan hidup halal dan haram tidak sesuai untuk masa kini, tetapi yang sesuai adalah yang maslahat atau manfaat, maknanya di sana terdapat kekeliruan dalam akidah dan dalam cara mengaitkannya. Kekeliruan tersebut mesti diluruskan. Kitab Allah diturunkan untuk manusia pada setiap masa, bukan pada masa-masa tertentu saja. Selepas menerima, barulah bergerak untuk meluruskan keterkaitannya.
Sumber: Hadits Shiyam
[Hadits Shiyam] Akidah Ruhiyah dan Siyasiyah

