[Hadits Shiyam] Israf wa Tabzir
Allah SWT berfirman, “Dan berikan kepada keluarga-keluarga terdekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang berada dalam perjalanan, dan janganlah kamu menghambur-hamburkan harta-hartamu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan.” (TMQ Al Isra’: 26–27).
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah, ‘Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan siapa pulakah yang mengharamkan rezeki yang baik?’” (TMQ Al A’raf: 31–32).
“Dan juga mereka (yang diridai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil, dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah sederhana di antara kedua cara (boros dan bakhil) itu.” (TMQ Al-Furqan: 67).
Sebahagian orang menjadikan ayat-ayat di atas sebagai dalil untuk mengharamkan infak dalam jumlah banyak sekalipun untuk persoalan-persoalan mubah. Mereka menyatakan bahawa israf (berlebih-lebihan) dan tabzir (penghamburan) dalam segala hal hukumnya haram. Sehinggakan tatakala seseorang berwudhuk dengan air yang berlebihan adalah perbuatan haram kerana terdapat larangan khusus terkait hal itu.
Kekeliruan pendapat ini hingga mengharamkan hal-hal yang halal disebabkan ketidakmampuan untuk membezakan antara kata israf wa tabzir menurut makna bahasa dengan makna syarak. Perlu diketahui bahawa kedua-dua kata iaitu israf wa tabzir memiliki makna bahasa dan syarak.
Adapun makna kata saraf dan israf tersebut menurut makna bahasa adalah melampaui batas serta i’tidal, lawan dari kata qashdu. Sedangkan kata tabzir digunakan dalam kalimat Bazara Al Mal Tabziran (menghambur-hamburkan harta), satu akar kata maknanya dengan israfan dan bazratan. Keduanya, kata israf wa tabzir menurut makna syarak bermaksud menafkahkan harta untuk hal-hal yang telah dilarang Allah Taala. Sedangkan untuk hal-hal yang diperintahkan, baik sedikit mahupun banyak bukan termasuk israf dan bukan tabzir. Setiap bentuk nafkah (pengeluaran) untuk hal-hal yang dilarang Allah, baik sedikit mahupun banyak adalah israf wa tabzir (menurut makna syarak).
Imam Az Zuhri meriwayatkan bahawa tatkala beliau menyatakan firman Allah, “Dan janganlah kamu menjadikan tanganmu terbelenggu di atas lehermu, dan janganlah membukanya lebar-lebar.” (TMQ Al Isra’: 29).
Beliau berkomentar, “Janganlah kamu mencegah tanganmu dari kebajikan, serta jangan dipergunakan memberikan nafkah untuk kebatilan.”
Kata israf termaktub dalam Al-Quran, “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan) itu di tengah antara yang demikian.” (TMQ Al Furqan: 6–7).
Israf yang dimaksud dalam ayat ini semata-mata menafkahkan harta untuk kemaksiatan. Adapun untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka tidak tergolong israf. Ayat tersebut maksudnya, “Janganlah kalian menafkahkan harta-harta kalian untuk kemaksiatan, dan jangalah kalian bakhil terhadap sesuatu yang mubah. Bahkan nafkahkanlah harta tersebut dalam perkara mubah, iaitu ketaatan sebanyak-banyaknya.”
Dengan demikian, menafkahkan (harta) untuk selain perkara mubah adalah tindakan tercela dan bakhil (kikir) dalam perkara mubah juga tercela. Yang terpuji adalah memberikan nafkah untuk perkara mubah dan ketaatan. Allah SWT berfirman, “Dan janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (TMQ Al An’am: 141).
Dalam ayat ini Allah SWT mencela tindakan israf, iaitu infak untuk kemaksiatan. Kata israf dalam ayat-ayat tersebut maknanya adalah infak (memberikan harta) untuk hal-hal maksiat. Kata israf dan musrifin disebutkan dalam Al-Quran dalam banyak maksud. Namun, apabila kata israf disebut bersamaan dengan kata infak, maknanya adalah memberikan harta untuk tindakan maksiat. Al-Quran menyatakan kata musrifin dengan makna mu’ridhin ‘an zikrillah (melalaikan zikir kepada Allah). Allah SWT berfirman, “Begitulah orang-orang yang lalai (kepada Allah) itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (TMQ Yunus: 12).
Kata musrifin bermakna melampaui batas, bermaksud orang yang keburukannya melebihi kebaikannya. Allah SWT berfirman, “Dan sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka.” (TMQ Al Mu’min: 43).
Kata musrifin juga dimaksudkan dengan mufsidin (yang membuat kerosakan), sebagaimana firman Allah SWT, “Dan janganlah kamu perintah orang-orang yang melampaui batas, yang membuat kerosakan di muka bumi.” (TMQ Asy Syu’ara: 151–152).
Jadi kata israf dan musrifin memiliki beberapa makna syarak. Oleh kerana itu, penafsiran menurut makna bahasa tidak diperbolehkan. Bahkan, perlu dibatasi hanya dengan makna syarak saja. Dengan meneliti kata musrifin, israf, mubazirin, dan tabzir dalam Al-Quran yang ada semata-mata hanya satu makna, iaitu menafkahkan harta dalam perkara yang haram.
Israf dalam praktik wudhuk maknanya adalah melebihi tiga kali (siraman air) kerana hal ini telah melampaui apa yang telah diperintahkan oleh syarak. Praktik tersebut jelas-jelas tergolong israf, jadi maknanya bukan israf (berlebih-lebihan) dalam pemakaian air. Seperti halnya menjadikan solat sunat subuh lebih dari dua rakaat, padahal sunatnya dua rakaat. Sama halnya menjadikan bacaan tasbih sebanyak tiga puluh lima kali, padahal sunatnya tiga puluh tiga kali.
Berdasarkan hal itu, sebenarnya seorang muslim boleh saja menafkahkan hartanya untuk perkara mubah dan ketaatan sekehendak hatinya tanpa syarat-syarat mengikat apa pun. Baik kerana dia memerlukan, ataupun kerana semata-mata pemberian saja, semuanya adalah mubah, bukan dianggap israf. Penyataan yang menyatakan bahawa hal itu tergolong israf yang diharamkan adalah tidak benar. Sebabnya, itu bermakna mengharamkan sesuatu yang dimubahkan. Adapun menyatakan sesuatu yang tidak dinyatakan oleh syarak termasuk perbuatan dusta atas nama Allah Taala.
Ayat-ayat yang menyatakan tentang israf wa tabzir amat jelas. Semuanya bererti membelanjakan harta untuk perbuatan (perkara) yang haram. Sesungguhnya di samping itu, Allah juga tidak mengharamkan idha’atul mal (melenyapkan harta kekayaan) tanpa ada sebab apa pun. Lalu bagaimana mungkin infak dalam jumlah banyak untuk perkara yang tergolong mubah diharamkan?
Rasulullah SAW bersabda, “Kalian diharamkan berbuat derhaka kepada ibu-ibu kalian, mengubur hidup-hidup anak perempuan, dan dilarang menghimpit (dalam tanah), serta makruh bagi kalian mengatakan ‘begini’ dan ‘begitu’ serta banyak bertanya dan melenyapkan harta.”
Idha’atul mal adalah makruh, bukan haram. Makruh di sini bererti tidak ada dosa di hadapan-Nya. Di samping itu, makna kata israf menurut maksud bahasa adalah melampaui batas. Dengan demikian, apabila seseorang ingin mentafsirkan ayat-ayat dengan makna tersebut, apa batasannya sehingga hal itu dianggap melampaui batas? Apakah menurut batas keperluan hidup masyarakat Yaman, masyarakat Syam, para fakir, orang-orang kaya, atau orang-orang yang sederhana hidupnya?
Jadi, melampaui batas hendaklah memiliki batasan tertentu. Adapun yang dapat menentukan batasan tersebut adalah syarak, bukan akal, adat, kebiasaan, juga bukan kesederhanaan yang menjadi standard hidup. Syarak sebenarnya telah menjelaskan bahawa batasannya adalah sesuatu yang dihalalkan Allah Taala. Oleh kerana itu, disebut melampaui batas apabila seseorang melakukan sesuatu yang tidak dihalalkan Allah atau yang diharamkan-Nya.
Seandainya seseorang ingin mengatakan dan menetapkan batas-batas (ukuran) tersebut, maka untuk menafsirkan kata israf menurut makna bahasa tadi dalam ayat-ayat Al-Quran, jelas hal-hal ini tidak mungkin kerana perlu kembali kepada makna syarak. Walhasil, penafsiran israf wa tabzir menurut makna bahasa tidak boleh dibenarkan. Oleh kerana itu, haram bagi siapa pun untuk mentafsirkan dengan konteks tersebut. Sebabnya, hal itu tidak termaktub di dalamnya. Bahkan perlu ditafsirkan berdasarkan makna syarak yang ada dalam nas-nas Al-Quran.
Sumber: Hadits Shiyam
[Hadits Shiyam] Israf wa Tabzir

