[Have Your Say #MuslimahIdeal]
Muslimah Ideal, Muslimah Yang Menegakkan Syariat
Pandangan saya, muslimah ideal ini sangat perlu diketengahkan sebagai seorang muslimah dalam menegakkan kehidupan Islam, muslimah yang berperanan melakukan amar makruf nahi mungkar di tengah-tengah masyarakat dan melakukan muhasabah lil hukam. Muslimah sebagai sebahagian dari umat juga berperanan sebagai pendidik dalam rangka mendorong iklim yang kondusif bagi pendidikan generasi umat Islam.
Muslimah ideal perlu berperanan dalam mencetak generasi unggul. Namun, tugas ini bukan hanya terbeban di bahu muslimah sahaja. Hal ini kerana, pembinaan dan pendidikan suatu generasi adalah hasil kolaborasi antara pendidikan dalam keluarga, pendidikan di persekitaran dan pendidikan di sekolah formal.
Aktivis MHTM
Nisa’

