[Hadis] Ghabn Fâhisy
Oleh: Yahya Abdurrahman
عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عُمَرَ رَضِيَ الله عَنْهُمَا: أَنَّ رَجُلًا ذَكَرَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْه وَسَلَّمَ، أَنَّه يُخْدَعُ فِي البُيُوعِ، فَقَال: إِذَا بُيُعْتَ فَقُلْ لا خِلاَبَة
“Seorang lelaki memberitahu Nabi SAW bahawa ia ditipu (yukhda’u) di dalam jual-beli, lalu beliau bersabda, “Jika engkau berjual beli maka katakanlah: Lâ khilâbah” (Tidak boleh ada penipuan).” (HR Malik; al-Bukhari no. 2117, 2407, 2414 dan 6964; Muslim no. 1533, Ahmad no. 5271, 5970, 6134; Abu Dawud no. 3500; an-Nasai no. 4484; al-Bazar no. 5957; Ibn Hibban no. 5052 dan ad-Daraquthni no. 3011).
Anas bin Malik RA menuturkan:
أَنَّ رَجُلًا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، كَانَ يَبْتَاعُ، وَكَانَ فِي عُقْدَتِهِ – يَعْنِي عَقْلِهِ – ضَعْفٌ، فَأَتَى أَهْلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا: يا نَبِيَّ اللهِ، احْجُرْ عَلَى فُلَانٍ، فَإِنَّهُ يَبْتَاعُ وَفِي عُقْدَتِهِ ضَعْفٌ . فَدَعَاهُ نَبِيُّ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَهَاهُ عَنِ الْبَيْعِ، فَقَالَ: يَا نَبِيَّ اللهِ، إِنِيّ لَا أَصْبِرُ عَنِ الْبَيْعِ . فَقَالَ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنْ كُنْتَ غَيْرَ تَارِكٍ الْبَيْعَ، فَقُلْ : هَاءَ وَهَاءَ، وَلَا خِلَابَةَ
“Seorang lelaki pada masa Nabi SAW melakukan transaksi jual, sementara akalnya memiliki kelemahan. Lalu keluarganya datang kepada Nabi SAW dan berkata, “Wahai Nabi Allah, laranglah si Fulan kerana dia melakukan transaksi jual-beli, sementara akalnya memiliki kelemahan.” Nabi Allah SAW memanggil dia dan melarang dia dari transaksi jual-beli. Orang itu berkata: “Wahai Nabi Allah, aku tidak boleh bersabar dari jual-beli.” Kemudian Nabi SAW bersabda, “Jika engkau tidak boleh meninggalkan jual-beli maka katakan, ‘Ini tunai dan tidak boleh ada penipuan.’” (HR Ahmad no. 13276, Abu Dawud no. 3501, at-Tirmidzi no. 1250, Ibnu Majah no. 2354, an-Nasai no. 4485, Ibnu Hibban no. 5049, 5050, al-Hakim no. 7061, al-Baihaqi no. 11338 dan ad-Daraquthni no. 3009).
Imam at-Tirmidzi berkomentar, “Hadis dari Anas adalah hadis hasan sahih gharib.”
Imam al-Hakim berkomentar, “Hadis ini sahih menurut syarat Asy-Syaikhayn, tetapi keduanya tidak mengeluarkan hadis tersebut.”
Al-Hafizh adz-Dzahabi di dalam At-Talkhîsh berkomentar, “(Hadis ini sahih) menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.”
Al-Khilâbah maknanya adalah al-khadî’ah (tipu daya). Al-Khadî’ah adalah haram. Penafian al-khilâbah itu memberi makna tuntutan untuk meninggalkan (thalab at-tarki), yakni larangan dari al-khilâbah. Kerana al-khilâbah adalah al-khadî’ah dan haram, maka al-khilâbah adalah haram.
Tipu daya dalam hal barang diistilahkan oleh para ulama dengan at-tadlîs dengan dua bentuknya. Adapun tipu daya dalam hal harga diistilahkan oleh para ulama dengan al-ghabnu.
Menurut al-Jauhari dalam Ash-Shihâh fi al-Lughah, ar-Razi dalam Mukhtâr ash-Shihâh dan Ibnu Manzhur dalam Lisân al-‘Arab, ghabana secara bahasa ertinya khada’a (menipu/memperdaya). Menurut Ibnu Duraid dalam Jumhurah al-Lughah dan Sa’di Abu Habib dalam al-Qâmûsh al-Fiqhi, ghabana ertinya naqasha (mengurangi). Jika dikatakan, Ghabanahu fi al-bay’i wa asy-syirâ’,” maknanya adalah: khada’ahu wa ghalabahu (memperdaya dan mengalahkannya). Jika dikatakan, “Ghabana fulân[an],” maknanya adalah: naqashahu fi ats-tsaman wa ghayyarahu (mengurangi dan mengubah harga).
Sa’di Abu Habib dalam al-Qâmûsh al-Fiqhi menjelaskan, secara istilah menurut ulama Syafi’iyah, al-ghabn adalah kelebihan atas harga yang sepadan (tsaman al-mitsli). Al-‘Allamah asy-Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan dalam An-Nizhâm al-Iqtishâdî fî al-Islâm, al-ghabn adalah menjual sesuatu dengan harga lebih dari yang sepadan atau kurang dari yang sepadan.
Al-Ghabnu itu termasuk al-khilâbah, yakni al-khadî’ah yang diharamkan oleh syariah. Dengan demikian al-ghabnu adalah haram. Hanya saja, al-ghabnu yang haram itu adalah al-ghabnu al-fâhisy (zalim). Sebab, ‘illat keharam al-ghabnu adalah keberadaannya sebagai khadî’ah (tipu daya) dalam harga. Tidak disebut khadî’ah (tipu daya) jika kecil kerana selisih harga yang kecil itu merupakan kemahiran tawar-menawar. Jadi al-ghabnu itu menjadi khadî’ah yang haram itu jika ianya fâhisy (zalim).
Penentuan kadar ghabn yang termasuk ghabn fâhisy itu mengikuti apa yang berlaku di pasaran, yakni menurut penilaian para penjual atau para pedagang. Selisih harga dari harga pasaran yang menjadi ghabn fâhisy itu tidak ditentukan dengan kadar sepertiga, seperlima atau lainnya. Jika terjadi perselisihan tentang adakah berlaku ghabn fâhisy atau tidak, maka hal itu dikembalikan pada penentuan nilai oleh para ahli ekonomi/matematik (ahlu al-hibrah). Hal itu seperti penentuan tsaman al-mitsli atau ajru al-mitsli.
Selain itu, orang yang tertipu (al-maghbûn) itu pada saat akad, dia tidak tahu harga pasaran. Sebab, jika dia tahu dan tetap menerima transaksi itu, ertinya dia tidak tertipu atau dicurangi. Ini kerana dia menerima harga yang lebih tinggi atau lebih rendah itu disertai dengan pengetahuannya. Dengan itu ertinya dia redha atau rela dengan harga itu disertai pengetahuan dia.
Jika terpenuhi kedua hal itu, iaitu al-ghabnu al-fâhisy dan yang tertipu tidak tahu harga pasaran, maka pihak yang tertipu itu memiliki khiyaar (pilihan). Hal itu sesuai penuturan Muhammad bin Yahya bin Habban menuturkan bahawa datuknya, iaitu Munqidz bin Amru, sering tertipu dalam jual-beli. Lalu dia mengadu kepada Nabi SAW, kemudian beliau bersabda:
إِذَا أَنْتَ بَايَعْتَ فَقُلْ لاَ خِلاَبَةَ. ثُمَّ أَنْتَ فِى كُلِّ سِلْعَةٍ ابْتَعْتَهَا بِالْخِيَارِ ثَلاَثَ لَيَالٍ فَإِنْ رَضِيتَ فَأَمْسِكْ وَإِنْ سَخِطْتَ فَارْدُدْهَا عَلَى صَاحِبِهَا
“Jika engkau berjual-bel,i maka katakanlah, “Tidak boleh ada penipuan.” Kemudian engkau dalam setiap barang yang engkau beli memiliki khiyaar tiga malam. Jika engkau redha maka, pertahankan. Jika engkau tidak suka maka kembalikanlah kepada pemiliknya.” (HR Ibn Majah, al-Baihaqi dan ad-Daraquthni)
Ash-Shan’ani di dalam Subul as-Salâm menyatakan bahawa hadis lâ khilâbah (tidak boleh ada penipuan) itu merupakan dalil adanya khiyaar ghabn di dalam jual-beli jika terjadi ghabn (kecurangan).
Rasul SAW hanya memberikan pilihan kepada pihak yang tertipu satu di antara dua pilihan: Pertama, jika dia ridha, dia boleh meneruskan transaksi itu. Ertinya, dia mempertahankan barang atau harga yang dia dapat. Kedua, jika dia tidak redha, dia boleh membatalkan transaksinya. Bagi penjual, dia perlu meminta kembali barangnya dan mengembalikan harganya (bayaran). Bagi pembeli pula, dia mengembalikan barangnya dan meminta kembali harga yang sudah dia bayarkan. Tidak ada pilihan lain selain dua pilihan itu. Jadi, dia tidak boleh meminta selisih harga transaksi itu dengan harga normal atau meminta kompensasi.
WalLâh a’lam wa ahkam.

