Site icon MuslimahHTM News

Khilafah Rasyidah Kedua: Penyelesaian bagi Penjajahan dan Kezaliman

[Gaza Setahun Berlalu]

Khilafah Rasyidah Kedua: Penyelesaian bagi Penjajahan dan Kezaliman

 

Allah (swt) telah menjanjikan Khilafah Rasyidah Kedua. Dan Rasul-Nya, Muhammad (saw) telah menyampaikan berita gembira mengenai hal itu.

 

Adakah Allah (swt) akan menyampaikan berita gembira mengenai sesuatu yang tidak penting atau tidak vital? Bukankah seluruh umat manusia sedang merana di bawah cengkaman sistem-sistem kufur penjajah ini? Kita memerlukan Khilafah bukan hanya untuk keselamatan umat Islam, tetapi untuk keselamatan seluruh umat manusia!

 

Satu-satunya sebab berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Gaza adalah kerana kegagalan melaksanakan perintah Allah di bumi ini. Di Gaza, di seluruh Tanah Suci Palestin, dan kini di Lubnan, manusia dibunuh sewenang-wenangnya hanya kerana mereka Muslim.

 

Kuasa penjajah sedang memberi makan kepada raksasa Zionis yang menceroboh, hanya untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka bahkan mengorbankan prinsip dan nilai-nilai mereka sendiri, hak asasi manusia, hak wanita, hak kanak-kanak, dan kebebasan yang mereka bawa ke seluruh dunia melalui peperangan dan penjajahan. Satu-satunya sebab mengapa mereka membiarkan raksasa ini terus tumbuh, berkembang dan merebak adalah untuk menghalang bangkitnya dominasi Islam, yang dianggap sebagai ancaman kepada kewujudan mereka.

 

Satu-satunya kuasa yang akan menamatkan keberadaan entiti penjenayah dan penjajah tersebut adalah Negara Khilafah Rasyidah Kedua, Khilafah ala minhaj Nubuwwah, yang akan melaksanakan kembali sistem Islam di dunia ini mengikut metode Kenabian, seperti yang ditetapkan oleh Allah (swt) dan dilaksanakan oleh Rasul-Nya, Muhammad (saw). Ini adalah janji Allah (swt) dan berita gembira dari Rasul-Nya (saw).

Exit mobile version