Site icon MuslimahHTM News

Surat Perintah Penangkapan ICC: Keadilan atau Instrumen Kekuasaan?

Surat Perintah Penangkapan ICC: Keadilan atau Instrumen Kekuasaan?

Oleh: Okay Pala (Aktivis Muslim Belanda)

 

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Netherlands telah mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadap Perdana Menteri Israel Netanyahu, bekas Menteri Pertahanan Gallant, dan pemimpin Hamas Mohammed Deif. Langkah ini tampaknya merupakan upaya penting untuk menangani jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. Namun, setiap kali terlihat jelas bahawa ICC dalam praktiknya terutama bertujuan untuk mendakwa individu dari negara-negara lemah, sementara negara-negara kuat dan para pemimpinnya tetap terus bebas dari sebarang dakwaan

 

ICC didirikan pada tahun 2002 dengan tujuan mengakhiri impuniti (pengecualian dari undang-undangan) atas jenayah antarabangsa yang serius. Ideanya adalah bahawa tidak ada seorang pun, terlepas dari pangkat atau kedudukan, mengatasi kuasa undang-undang. Namun, realitinya menunjukkan bahawa semua ini adalah ilusi. Pengadilan ini tidak memiliki kekuatan penegakan undang-undang sendiri dan sepenuhnya bergantung pada kerjasama antara negara-negara. Ini bererti bahawa hanya negara-negara yang menjadi pihak dalam Statut Rom yang diwajibkan bekerjasama dalam penyiasatan dan penangkapan. Namun, “Israel,” Amerika Syarikat, Rusia, dan China – beberapa negara terkuat di dunia berserta pelindung mereka – tidak memperakui ICC, sehingga mereka tidak terjejas.

 

Hal ini menciptakan gambaran yang tidak seimbang: negara-negara dengan sekutu kuat atau kedudukan geopolitik yang strategik dapat mengabaikan ICC tanpa konsekuensi apa pun. Sementara itu, pengadilan ini hanya berfokus pada negara-negara lemah seperti di Afrika, Timur Tengah, dan wilayah lain di mana resistensi politik mereka lebih kecil diharapkan. Bukan satu kebetulan bahawa sebahagian besar kes yang ditangani ICC melibatkan pemimpin Afrika. Negara-negara terkuat dan sekutunya tetap tidak terlihat.

 

Meskipun ICC memperkenalkan dirinya sebagai badan neutral dan bebas, namun sejauh manakah kebenarannya? Sebahagian besar badan ini didanai oleh negara-negara Barat, terutamanya dari Eropah, dan beroperasi dalam konteks geopolitik di mana negara-negara ini memainkan peranan dominan. Amerika Syarikat tidak pernah mengakui badan pengadilan ini dan secara aktif mensabotaj operasinya ketika menyentuh kepentingan Amerika atau sekutunya, seperti “Israel.” Dalam masa yang sama, negara-negara Eropah mendukung ICC, dengan syarat selagi mereka tidak menghalangi agenda geopolitik mereka sendiri.

 

Ini menggambarkan bahawa ICC hanya berfungsi untuk mengendalikan negara-negara lemah dan mempertahankan hubungan kekuasaan yang ada. Di saat kekuatan besar seperti AS dan sekutu mereka, termasuk “Israel,” terlibat, tidak ada kemahuan politik untuk benar-benar meminta pertanggungjawaban dari mereka. Hal ini bukan hanya mencalarkan kredibiliti pengadilan, tetapi juga menjadikannya alat kekuasaan negara-negara besar.

 

“Israel” dan Double Standard

ICC mendakwa memiliki jurisdiksi (kekuasaan kehakiman) atas wilayah Palestin kerana Palestin menjadi anggota Statut Rom pada tahun 2015. Oleh kerana itu, pengadilan dapat memulakan siasatan terhadap kemungkinan berlakunya jenayah perang di wilayah pendudukan. Namun, Israel tetap tidak didakwa sehingga ke saat ini kerana perlindungan yang dinikmatinya dari Amerika Syarikat dan sekutu lainnya. Surat perintah penangkapan terhadap Netanyahu dan Gallant, seperti surat perintah sebelumnya terhadap para pemimpin dunia lainnya, kemungkinan besar tidak akan pernah dilaksanakan. Israel dengan mudahnya mengabaikan ICC.

 

Negara-negara Eropah, seperti Belanda, sering kali menghantar signal yang bertentangan terkait “Israel.” Di satu sisi, pemerintah Belanda berbicara tentang solusi dua negara dan mengecam pembangunan permukiman Israel di wilayah pendudukan. Di sisi lain, Belanda mempertahankan hubungan ekonomi dan politik yang erat dengan “Israel” dan jarang mengambil langkah konkrit terhadap kebijakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa. Dalam satu tahun terakhir, sementara “Israel” dituduh melakukan genosid di Gaza, Belanda tetap berdiri tanpa syarat di belakang pendudukan, yang semakin menyoroti pertentangan ini.

 

Salah satu contohnya adalah acara lawatan pemimpin PVV Geert Wilders ke “Israel.” Wilders, seorang pendukung vokal “Israel,” telah mengumumkan rencana untuk bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Netanyahu, meskipun ada surat perintah penangkapan antarabangsa terhadapnya. Di sisi lain, Menteri Luar Negeri Belanda Caspar Veldkamp menyatakan bahawa Belanda akan melaksanakan surat perintah penangkapan dari ICC terhadap Perdana Menteri “Israel” Benjamin Netanyahu.

 

Jika Belanda, seperti yang dinyatakan Menteri Veldkamp, memutuskan untuk menghormati keputusan ICC dan menangkap Netanyahu selama kunjungan ke Belanda, hal ini menimbulkan pertanyaan tentang motif di sebaliknya. Adakah ini benar-benar komitmen tulus untuk sistem undang-undang antarabangsa, atau adakah kepentingan geopolitik dari kekuatan besar seperti AS dan sekutu mereka memainkan peranan penting? Penangkapan yang sangat tidak mungkin dilakukan ini dapat dinilai sebagai langkah strategik oleh kekuatan besar seperti AS untuk memberikan tekanan pada faksi politik tertentu di “Israel,” demi memajukan solusi dua negara yang diinginkan AS dan membatasi kebebasan politik Netanyahu.

 

Semua contoh ini menunjukkan bahawa Belanda, seperti negara-negara Eropah lainnya, sering memiliki sikap ambivalen terhadap “Israel,” di mana kedudukan rasmi yang tidak sesuai dengan praktiknya. Ini adalah paradoks di satu sisi mendukung supremasi undang-undang, menghormati tatanan undang-undang antarabangsa, dan resolusi PBB, tetapi di sisi lain tetap memberikan dukungan penuh kepada “Israel,” sebuah negara yang secara sistematik melanggar resolusi dan perjanjian antarabangsa. Meskipun ada tuduhan jenayah, penindasan, bahkan genosid, Belanda tetap tanpa syarat mendukung “Israel,” yang dengan tajam memperjelas pertentangan ini.

 

Apa yang membuatkan situasi ini semakin menyedihkan adalah peranan Belanda sebagai tuan rumah ICC. Sementara pengadilan di Den Haag mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadap para pemimpin Israel, politik Belanda pada saat yang sama bekerja untuk membatasi kritik terhadap Israel. Mosi yang menyamakan anti-zionisme dengan anti-semitisme membuatkan semakin sukar untuk mengungkapkan kritikan yang sah terhadap kebijakan Israel di wilayah Palestin. Double standard ini menimbulkan pertanyaan tentang ketulusan Belanda dan negara-negara Barat yang lain dalam dukungan mereka yang disebut-sebut untuk keadilan antarabangsa.

 

 

ICC tidak lebih dari politik simbolik dan alat untuk menyasarkan negara-negara dan individu yang lebih lemah, sementara negara-negara kuat tetap kebal dari pertanggungjawaban. Surat perintah penangkapan terhadap Netanyahu, Gallant, dan Deif penting secara simbolik, tetapi pada saat yang sama menyoroti kelemahan struktural pengadilan tersebut. Jelas bahawa ICC tidak didirikan untuk melayani keadilan, tetapi lebih untuk melindungi kepentingan negara-negara kuat dan mempertahankan tatanan dunia seperti yang ada saat ini.

 

Sumber: https://news.visimuslim.org

Exit mobile version