AKU SEBENARNYA TELAH DIMAKAN, KETIKA LEMBU PUTIH DEWASA ITU DIMAKAN
Penulis : Rufaidah Al Aslamiyah
Perumpamaan ini sangat menarik. Perumpamaan dalam bahasa Arab ini berbunyi: Aku makan pada hari lembu putih dewasa itu dimakan dimana “Aku sebenarnya telah dimakan oleh singa, apabila lembu putih dewasa itu dimakan.” Pada zaman dahulu, terdapat tiga ekor lembu iaitu putih, merah, dan hitam. Ketiga-tiga lembu ini bertarung dengan singa yang hendak memakannya. Tetapi kerana ketiga-tiga ekor lembu itu bersatu, sang singa tidak dapat makan seekor pun baik dari lembu putih, merah, atau hitam.
Walaupun begitu singa tidak menyerah kalah. Bagi memburu ketiga-tiga lembu tersebut, ia tidak boleh dilakukan sekaligus tetapi diburu secara berasingan. Caranya, dia perlu memisahkan ketiga-tiga lembu tersebut dengan pujukan dan tipu daya. Singa telah mula menyasar lembu putih sebagai mangsa. Jadi, dia mendekati dua lembu yang lain iaitu merah dan hitam. Dia berkata, “Aku akan makan lembu putih, jadi jika tidak mahu aku memakan kalian, lebih baik kalian diam dan tidak perlu membantu. Aku akan meninggalkan kalian dan kalian akan selamat.” Tali lembu putih dipotong. Kedua-dua lembu itu bersetuju. Mereka hanya berdiam diri, ketika lembu putih menjadi mangsa singa, mereka tidak peduli sama sekali kerana mereka bukanlah yang menjadi mangsa.
Singa memakan lembu putih dengan lahap tanpa sebarang kesulitan, manakala kedua-dua ekor lembu yang lain melihat teman mereka menjadi mangsa tanpa sedikit pun rasa simpati. Mereka silap kerana menyangka singa tidak akan memburu mereka. Namun, setelah beberapa hari berlalu, giliran mereka pula menjadi mangsa. Sekiranya kedua-dua ekor lembu ini bersatu, maka singa tidak dapat menundukkan mereka. Namun singa telah menggunakan cara yang sama seperti cara memangsa lembu putih.
Singa datang kepada lembu hitam dewasa, “Aku akan memangsa lembu merah, kamu hanya diam dan tidak perlu membantu. Kamu tidak akan menjadi mangsaku, hanya tenang dan diam. Kamu selamat.” Singa turut memakan lembu merah dengan lahap tanpa berlawan di depan mata lembu hitam. Malah lembu hitam itu hanya melihat dan menyaksikan temannya lembu merah dimakan oleh singa, tanpa simpati . Seolah-olah itu tidak akan berlaku kepadanya. Namun, dia silap.
Setelah hari berlalu, lembu hitam tinggal bersendirian. Apabila hidup sendirian, singa dengan mudah memangsanya, sebagaimana kedua-dua temannya yang telah dimakan oleh singa sebelum ini. Ketika lembu hitam hampir mati, dia berkata, “Sesungguhnya aku telah dimakan oleh singa, ketika temanku lembu putih dimakan.” Maksudnya, ketika mereka membiarkan lembu putih menjadi mangsa singa, dan tidak melawan, akhirnya kekuatan lembu telah berkurangan kerana hanya tinggal dua ekor sehingga tinggal seekor, dan ketika itulah singa dengan mudah melakukan tindakannya.
Perumpamaan yang sangat indah menggambarkan betapa pentingnya perpaduan umat Islam. Bukan hanya penting, tetapi juga wajib. Cara orang kafir untuk menghancurkan kekuatan Islam adalah dengan menghina umat Islam. “Islam Radikal” lawan “Islam Moderat“, “Arab Islam“(senibina Arab) lawan “Architectural Islam“(senibina Islam). Semua ini mempunyai matlamat yang sama, untuk menghancurkan kekuatan umat Islam, dan 0memangsa umat Islam.
Pelik apabila terdapat umat Islam serta jemaah Islam, yang berbangga tidak dilabel sebagai “Islam Radikal” tetapi gembira dilabel sebagai “Islam Moderat“, apabila mereka turut menjadi mangsa setelah “Islam Radikal” menjadi mangsa. Ini kerana musuh orang kafir seperti yang dinyatakan oleh Samuel Huntington bukanlah “Islam Radikal” atau “Islam Moderat” tetapi Islam itu sendiri. Dikotomi ini hanyalah cara kuffar barat “singa” melakukannya untuk memangsa umat Islam serta menghancurkan Islam.
Oleh itu, apabila kuffar barat mencetus konflik dan bahkan pembubaran terhadap jemaah atau organisasi Islam, serta diikuti dengan perang terhadap hukum Syariah, sasaran bukan hanya jemaah atau organisasi, tetapi untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Berhati-hatilah!
Sumber : https://www.facebook.com/share/p/2iSt9e7aHj2sSDiB/

