[ Have Your Say #MuslimahIdeal ]
Kepentingan Pemikiran Islam
Kepentingan pemikiran islam adalah membentuk generasi berakidah dan beriman dengan seluruh syariat Allah. Kerana ini asas yang tidak dapat dimungkiri lagi. Pemikiranlah yang membentuk tingkah laku.
Pemikiran Islam yang benar bukan sahaja menjadikan individu yang terbaik tetapi mampu membina sebuah peradaban emas yang gemilang sebagaimana zaman dahulu. Para sahabat yang dibina pemikirannya oleh Rasulullah merubah tingkah laku mereka 180° dari sifat buruk masyarakat jahiliyyah sehingga menjadi masyarakat yang lemah lembut dan berakhlak mulia.
Semua ini didasari dengan ilmu pengetahuan. Dengan belajar dan mendalami Islam, bina pemikiran islam di dalam diri, nescaya umat Islam pasti bangkit semula bersinar seperti sepatutnya. Kerana emas tetap emas walaupun di dalam timbunan lumpur.
Puan Aslah
Pahang
Kepentingan Pemikiran Islam

