Site icon MuslimahHTM News

[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam] Islam Menghapuskan Nasionalisme

[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]

Islam Menghapuskan Nasionalisme

 

Struktur nasionalistik masyarakat Arab pagan yang berlangsung selama beberapa abad telah dihapuskan seiring dengan datangnya Islam. Islam mengubah keseluruhan masyarakat untuk menegakkan suatu model kehidupan yang bukan hanya untuk diikuti oleh orang Arab saja, tetapi juga oleh seluruh umat manusia. Islam tidak mengajarkan paganisme, melainkan mengajarkan manusia untuk percaya kepada Zat Yang Maha Esa dan mengikuti seluruh perintah-Nya.

 

Sebabnya, Allah SWT telah berfirman, “Padahal mereka tidak disuruh, melainkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (TMQ Al Bayyinah: 5).

 

Menyembah Allah SWT bererti bahawa manusia meninggalkan seluruh bentuk peribadatan dan memutuskan seluruh hubungannya dengan segala sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Allah Taala. Hal ini termasuk penyembahan berhala dan juga amalan-amalan peribadatan lain yang dijunjung tinggi pada masa jahiliah, seperti menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup, pelacuran, dan penipuan di pasar-pasar.

 

Tidak berhenti sampai di situ, Islam juga menuntut kesetiaan pemeluknya. Hal ini menekankan pada fakta bahawa tidak ada sesuatu yang lebih dicintai melebihi kecintaannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Islam menuntut kesetiaan yang lebih tinggi kepada agama, bukan kepada suku. Ini sebagaimana firman Allah SWT,

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)..” (TMQ At Taubah: 23–24).

 

Ini bererti bahawa keluarga dan kerabat berada pada urutan setelah Allah SWT dan Rasul SAW, serta berjwang kerana Allah semata. Oleh kerana itu, Islam tidak menuntut kesetiaan pemeluknya, kecuali kesetiaan kepada din (agama)-Nya semata. Kerangka pemerintah baru ini meninggalkan bekas yang mendalam pada manusia yang sedikit demi sedikit mulai meninggalkan adat jahiliah dan kesukuan.

 

Banyak contoh boleh kita temui dalam sirah bahawasanya kecintaan kepada keluarga dan kerabat dikalahkan, kerana lebih memilih Islam. Dalam perang Badar, banyak anak yang perlu berperang dengan ayahnya sendiri kerana sang ayah lebih memilih kekafiran daripada iman, sementara sang anak lebih memilih iman daripada kekafiran.

 

Dengan mengajarkan manusia agar beriman dan mentaati Allah SWT dan Rasul SAW serta menjadikan Islam sebagai dasar persatuan mereka, maka Islam telah menciptakan ikatan ideologi di antara mereka.

 

Jadi, Islam mengikat manusia dengan akidah Islam. Dalam Islam, semua diperlakukan sama tanpa memandang latar belakangnya. Siapa pun yang menyatakan syahadah “Laa ilaaha illa Allah Muhammad ar-Rasul Allah”  menjadi bahagian daripada umat Islam.

 

Persatuan yang sangat menonjol yang telah terwujud kerana akidah Islam ini dapat dilihat dari banyak contoh dalam sirah, tetapi contoh berikut ini mungkin merupakan contoh yang paling mengesankan. Ketika kaum muslim hijrah dari Mekah ke Madinah, Rasul SAW mengajarkan persaudaraan di antara kaum muslim dengan tujuan untuk lebih mengeratkan hubungan mereka dalam urusan perdagangan dan urusan sosial.

 

Bapa saudara Nabi, Hamzah RA, dipersaudarakan dengan maulanya, yakni Zaid. Abu Bakar menjadi saudara Kharijah bin Zaid. Demikian pula, kaum Ansar dan Muhajirin juga membentuk ikatan persaudaraan. Umar bin Khattab dan Utbah bin Malik al Zajraji bersaudara sebagaimana Thalhah bin Ubaidillah bersaudara dengan Abu Ayyub Al Ansari, serta Abdu Al Rahman bin ‘Auf bersaudara dengan Sa’ad bin Al Rabi’.

 

Persaudaraan ini memberi pengaruh yang nyata di kalangan kaum muslim, khususnya kaum Muhajirin. Kaum Ansar memberikan wang dan barang milik mereka. Mereka membantu kaum Muhajirin dalam perdagangan dan juga pertanian.

 

Ikatan ideologi ini terus menjadi dasar persatuan mereka sehingga ke ribuan tahun sesudahnya. Islam menyatukan orang Arab, Barbar, Romawi, Afrika, Turki, Parsi, dan India, berikutnya juga Melayu, China, Circasia, Bosnia, dan lain-lain menjadi umat yang satu, iaitu umat Islam.

 

Dengan demikian, Islam menyatukan manusia tanpa melihat warna kulit, ras, status, ataupun bahasanya. Ikatan akidah inilah yang memberikan kekuatan kepada Daulah Islam dalam penyebarannya ke seluruh bumi Allah. Sebabnya, ikatan ini begitu kukuh menyatukan orang-orang Islam sehingga orang-orang kafir begitu ingin menghancurkannya dengan segala cara.

 

Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam

 

Exit mobile version