[Aktiviti] 1 Disember 2024 (Ahad) – Muslimah MHTM Cawangan Bangi telah mengadakan Talk Show Muslimah dengan tajuk “Muslimah Ideal : Inspirasi Muslimah Palestin Untuk Dunia”. Talk show ini dikelola oleh moderator Puan Nur Shafiqah Hakim dan tetamu jemputan Dr Ummu Sumayyah.
Dr Ummu Sumayyah menyampaikan bahawa kita boleh mengambil banyak iktibar melalui perjuangan wanita Palestin hari ini. Antaranya kekuatan spiritual yang kuat dikalangan mereka yang menjamin tunggak ketahanan di tengah-tengah bencana yang melanda, sikap sabar dan penerimaan terhadap takdir Allah swt, keteguhan mereka terhadap maruah dan identiti Islam, serta budaya mengutamakan pendidikan. Inilah antara poin-poin ibrah yang diketengahkan, yang menjadi benteng pertahanan umat di Palestin (senjata utama dalam kehidupan) dalam menghadapi penindasan oleh rejim zalim entiti Zi0nis. Bahkan lebih istimewa, para muslimah di Palestin menunjukkan keteladanan luar biasa terkait peranan keibuan dan pendidik generasi. Baik ketika masa damai mahupun ketika perang berkecamuk. Maka tidak hairanlah di bumi berkah itu sentiasa tumbuh generasi yang tidak putus asa dan istiqamah dalam perlawanan menentang arus dunia, menggenggam syariat.
Daripada talk show ini juga moderator mengajak semua hadirin agar terus semangat dalam menjalani hidup dan membina diri sebagai seorang Muslimah Ideal berdasarkan acuan syariat. Sesungguhnya, kita semua adalah penggerak generasi untuk pembebasan Palestin di masa hadapan. Allahul musta’an.

