[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Orang Arab dan Bahasa Arab
Pengetahuan tentang bila, di mana, dan kepada siapa Allah menurunkan wahyu-Nya hanyalah milik Allah. Allah telah mengirimkan Muhammad SAW sebagai utusan yang terakhir dan mewahyukan Al-Quran kepadanya. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, “Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran dengan berbahasa Arab agar kamu memahaminya.” (TMQ Yusuf: 2).
Dalam banyak ayat Al-Quran, Allah juga menyebutkan bahawa Dia memilih bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran sehingga bahasa Islam adalah bahasa Arab. Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat Arab dengan menggunakan bahasa Arab. Alasan utamanya kerana penduduk di jazirah tersebut berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tersebut. Bahkan, ketika Nabi SAW mengirimkan surat kepada para raja dan pemimpin di Asia dan Afrika pun, beliau juga menggunakan bahasa Arab. Beliau selalu menggunakan bahasa Arab dalam surat-surat beliau.
Allah SWT juga telah memerintahkan kita untuk membaca surah-surah Al-Quran dalam solat kita dengan bahasa Arab, “… kerana itu bacalah apa-apa yang mudah (bagimu) dalam Al-Quran dan dirikanlah solat.” (TMQ Al-Muzammil: 20).
Nabi SAW juga menyebutkan dalam hadis beliau yang maksudnya kurang lebih, “Surah Al Fatihah adalah wajib (untuk dibaca) dalam solat. Solat tidak akan diterima daripada siapa pun yang tidak membaca surah Al Fatihah.” Dalam hadis mutawatir yang lain, Rasul SAW bersabda, “Seseorang yang tidak membaca surah Al Fatihah, maka solatnya tidak sempurna.”
Dengan demikian dapat difahami bahawa Al-Quran hanya dipandang sebagai Al-Quran jika dibaca dalam bahasa Arab. Jika tidak, maka itu hanyalah merupakan terjemahan dan tafsiran maksud Al-Quran saja.
Dari hadis di atas jelaslah bahawa membaca surah Al Fatihah bererti membaca Al-Quran dan mestilah dalam bahasa Arab. Sebabnya, teks Al-Quran dan Sunnah dinyatakan dalam bahasa Arab. Begitu pula ijtihad hanya dapat dilakukan jika memahami bahasa Arab. Oleh kerana itulah, kita tidak dapat memisahkan Islam daripada bahasa Arab.
Ketika orang-orang Arab menerima petunjuk Islam, mereka memiliki sifat-sifat yang baik sekaligus juga yang jelik. Kebaikan-kebaikan mereka antara lain adalah bahawasanya mereka sedia mengorbankan hidup mereka demi kepercayaan mereka. Mereka memiliki sikap militer yang kukuh dan telah terbiasa dengan iklim padang pasir yang ekstrem. Adapun sebahagian keburukan mereka adalah bahawa perasaan mereka melekat dengan suku mereka (ashabiyah). Mereka mengikuti kehendak dan keinginan mereka sendiri dan cenderung untuk mengikuti nenek moyang mereka, seperti menyembah berhala secara membabi buta.
Ketika Islam datang, yang dibawa pula oleh orang Arab sendiri, sifat-sifat kebaikan orang Arab tersebut sangat membantu mereka dalam menyebarkan Islam. Bersamaan dengan itu pula Islam membasmi dan mengurangkan sifat-sifat buruk mereka.
Seperti telah disebutkan di atas, bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan dalam wahyu Al-Quran sehingga turut menjadi bahasa Islam. Ketika Islam sampai kepada orang-orang non-Arab, mereka memeluk Islam dan mula belajar bahasa Arab. Segera setelah itu, orang Islam non-Arab tersebut tidak hanya menguasai bahasa Arab, tetapi juga memperoleh pengetahuan yang mendalam tentang Islam.
Pada masa awal sejarah Islam, dapat ditemukan banyak mujtahid (orang yang memiliki kemampuan memahami hukum Islam dari sumber utamanya, yakni Al-Quran, Sunnah, dan ijmak sahabat) yang mengungguli orang Arab dalam ilmu keislamannya. Misalnya, Imam Bukhari dan masih banyak lagi yang lainnya.
Bahasa Arab hendaklah dipelajari dan diucapkan oleh orang Islam. Usaha ini sepatutnya tidak dipandang sebagai pemikiran yang bersifat nasionalistik. Sebabnya, Allah SWT sendiri telah memilih bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran.
Oleh kerana itu, kita tidak dapat memisahkan bahasa Arab dari Islam, juga tidak boleh mengabaikannya. Sama halnya kita boleh boleh mengabaikan peranan orang-orang Arab dalam menyebarkan Islam ke seluruh penjuru dunia. Ini dilakukan bukan sebagai usaha berbau kebangsaan, tetapi sebagai umat Islam.
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam

